December 22, 2011

Tentang KG

Ada yg hilang ketika kau hilang...
Hatiku,jiwaku

Ada yg pergi ketika kau pergi...
Senyumku,tawaku

Hidupku ikut hilang bersamamu...
Cintaku ikut pergi bersamamu...

Sementara ku masih disini... mencuba tegak berdiri tanpamu...
Faizul Ismail... (⌣_⌣")
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

December 4, 2011

this girl.yeah this girl.

November 14, 2011

WTF???


aku terkejut bila aku tengok kat Stats, dan bila aku klik Month, tengok kat Search keywords ada orang search guna perkataan seperti dibulatkan diatas!!!!

siapa la yang tergamak buat begitu hukhukhuk

tapi tadi aku google,memang ada satu FB page yang nama tu.aku taktau la apa kes sebab tak dapat bukak fb kat opis.

kecik hati aku bila orang search camtu huhuhu....
aku risau lak ade orang gile tu dok skodeng blog aku dan menggila kat KG aku adoyai.

terasa macam nak private blog ni....
kengkawan,sila berikan email supaya aku boleh allow anda-anda untuk baca blog picisan ini hehehe


November 10, 2011

Andai kau tahu

Aku tak pernah menyesali 'KITA'
Tak pernah menyesali apa yang telah aku buat untukmu,jauh sekali untuk mengungkitnya
Tak pernah menyesal mengenalimu,menyayangimu,mengambil berat tentangmu,berada disisimu through thicks and thins...

Tapi maafkanku andai aku bukan terbaik untukmu.Aku tak sempurna tetapi aku berusaha untuk menyempurnakanmu...

Apa yang aku lakukan untukmu,bukanlah kerana ku terpaksa tetapi kerana hatiku menginginkannya...

Kau antara yang terindah dalam hidupku..Aku berharap aku dapat memilikimu..owh tidak,bukan memilikimu,menjadi sebahagian darimu..menjadi yang halal untukmu...untuk selamanya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

November 8, 2011

Sebab sayang....

Sedih sangat rasa bila kita terpaksa jaga hati orang lain yang takde kena mengena dengan hidup kita demi orang yang kita sayang.
itulah yang aku alami sekarang,segala-galanya aku buat sebab KG.

aku akui sekarang aku happy dengan dia sebab dia lebih jujur dan berterus terang dengan aku sekarang...tapi demi dia, demi taknak serabut kan dia dengan problems, aku terpaksa mengalah dengan sorang lagi makhluk Allah yang gila!

aku tahu,sesiapa yang tak tahu cerita sebenar antara kitaorang akan anggap aku ni jahat,perampas.. tapi sumpah demi Allah, aku tak rampas KG...

sesiapa yang dengar dari sebelah pihak je mungkin akan anggap aku ni perempuan jahat..tapi kalau betul aku ni jahat, aku takkan mengalah macam ni untuk orang yang aku sayang dan untuk orang yang anggap aku jahat tu...

pening enuff? hehehe cerita antara Nina Fairuz dan Faizul Ismail sangat lah complicated.
saban hari aku tak putus doa agar jalan kami dipermudahkan.. tapi sometimes memang aku give up nak teruskan.. tapi lepas tengok raut wajah yang tenang tu walaupun dirundum pelbagai masalah, aku jadi kuat semula...

semua orang tak faham kenapa aku tak boleh nak walk away dari dia..aku sendiri tak faham...tahap kesabaran aku Allah kurniakan demi dia tersangat lah tinggi..kalau dulu,jangan harap lah aku nak tunggu macam ni.. dulu memang salah sikit je terus aku tinggalkan. tapi kali ni....aku sendiri tak faham,cuma aku harap ada hikmah disebalik semua ini..hikmah yang terbaik untuk aku dan dia..

antara sebab aku tak walk away:
1) senyuman dia boleh ease keserabutan aku
2) dia tahu apa dalam fikiran aku most of the time..sampai kadang aku termalu sendiri bila aku fikir buruk pasal dia..
3) aku masih nak tengok dia berubah.
4) aku taknak tengok dia give up dengan life dia
5) he's full of surprises
6) everytime i met him, butterfiles were fluttering in my stomach. EVERYTIME.
7) when i said 'i'm fine', he's the one that knew, i'm not fine and he grabbed me close to him and says 'i know you're not.tell me'

ye aku tau orang akan cakap cliche nya reasons.biasalah,ni reasons orang tengah buta sebab cinta. but the truth is, i have lots of reasons why i still love and stick with him... engkau punya manja aku saja yang tahu (^.^)
yes maybe i was blinded from the very beginning tapi satu aku pegang dari dulu...
'kalau betul dia dicipta untukku, walau sehebat mana seisi alam menghalang, kami akan tetap bersama.dan kalau dia memang bukan untukku, walau sehebat mana kami usaha,takkan mungkin bersatu'
kita cuma boleh merancang...Allah yang tentukan semuanya..kalau pun kami ni tak berjodoh, aku takkan pernah menyesal apa yang aku pernah buat untuknya, apa yang aku pernah lalui deminya...

Love is not about how long i can wait for him but about how well i understand why i am waiting

You know you truly love somebody when they hurt you so badly but all you can think about it is the times when they made you smile

The best part of being in love is when you love a person and be happy. Even if the person can never be yours or you know that it cant be last forever

Some relationships are like sandcastle. You know it's not gonna last but you continue to build it anyway

*quotes are from twitter*




November 6, 2011

Pending entry 2 : #OctTwtFest

apakah #octtwtfest? itu adalah 1 event yang kali kedua dibuat oleh dan untuk ahli twitter (^.^) ni kira first time evver aku joined.tahun lepas tak pergi sebab baru lagi dengan twitter..

haaa tahun ni aku pergi dengan retis twitter wooo hehehe

tak banyak gambar time tu sebab aku pergi dengan ajib,segan nak mintak dia amik gambar!
agak menarik gak la kat sana, banyak gile perfomance yang dibuat oleh ahli2 twitterjaya.
artis pun ramai gak. antaranya altimet, dj nas-t,fauziah ghous,iqram dinzly, fazura, lisa surihani,joe flizzow etc.
yang paling epic adalah Cinta Muka Bulu Parody! sangat lawak weiiii
pastu ada gak lagi best, poco-poco twitterjaya!

heehehehe enuff la,gonna post vids and pics

ajib-boy-angah

wit altimet

mami shuffling!epic woo!





 
Cinta Muka Bulu Parody

Pending entry 1 : october babies

Gile la!! lama gile tak update si masyamku ini...sorry masyam,jangan merajuk puhlisss xoxo
bukannya apa, lately aku jiwa kacau (JK), mixed feelings, terlalu banyak benda di benak ni...sampai tak tahu yang mana satu nak diluahkan kat masyam..

okay,since it's already November, let's recap bout October occay? (^.^)
huh berpeluh ni nak mengingat balik apa yang jadi...
first, aku nak buat belated birthday wishes to all the October's babies

gile ramai celebrate birthday bulan ni...
wishing uollssss: dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan, bahagia hingga ke akhir hayat

1) 01/10/11 my cousin : syuk ablil our awal ashaari (^.^)



2) 02/10/11 kak nurul - blogger yang sedang giat gigih berblog (^.^)


3) 07/10/11 mat tob - my muncet,beloved advisor, brother and my comfort shoulder





4) 09/10/11 my lovely cousin - tyra aka mekyah hehehe




5) 10/10/11 shema - a mummy to be,my bff, mak tiri ku yang kuat bebel (^.^)


6) 10/10/11 ayu - my housemate, my bff, my bantal peluk hehehe


7) 13/10/11 & 20/10/11 lan & wawa - pengantin-to-be. disebabkan dua-dua bulan sama, aku letak sekali je hehe


8) 14/10/11 zawana - bonda to anggun yang gylo,mereng hehehe

9) 15/10/11 fahmi - my cousin


10) 15/10/11 syafiq - my another cousin adik beradik ni dengan si fahmi





11) 17/10/11 janna- my bestie



12) 29/10/11 aiman naim - my bro yang kuat perasan hahahah

13) 30/10/11 aida - si budak kecik kat ofis hehehe


14) 23/10/11 last but not least, incik faizul - the one that own my heart


♥♥

okay done! fuh berpeluh aku nak buat entry ni...ramai gile!!! sayang kamu semua xoxoxoxo





October 14, 2011

kenapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis?

Aku baru baca satu artikel dari FB. quite interesting,just wanna share with uollsss (^.^)

kalau nak tau kenapa jari perkahwinan disarungkan ke jari manis, cer try test buat macam yang diarahkan di bawah...


satukan kedua tangan anda ...dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).




permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....



1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.



2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.



3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.



4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.



*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.
 
 

October 12, 2011

hye sweet stalker

Aku sangat-sangat pissed off bila ada makhluk Allah ni sibuk-sibuk hal aku!
okay fine aku admit yang aku pun once stalked her fb tapi dah stop lama dah sebab aku menyampah and i have better things to do! in fact, aku rasa i have better life than you!!!

kalau setakat stalk senyap-senyap je sudah la, ni sibuk post kat wall dia pasal apa yang aku post (orang lain yang bagitau aku) dah la tu, sibuk bagitau KG aku kalau apa yang aku post kat wall tu ade kena mengena dengan KG aku tu!! (sapa yang tak tau cerita memang takkan faham,sori (^.^) )

kamon la girl, grow up!!!
i am kind enuff not to hate you and attack you back
tolong la get a real life will ya?!

selama ni aku tak pernah benci kau, aku tak pernah salahkan kau dalam semua segi..segalanya aku bagi kau menang,aku mengalah tapi sekarang.... kau memang dah switched on suis kemarahan aku!!

jangan lah sampai tahap aku benci kau! aku tak suka benci-benci orang tau tak!
sekarang ni kat wall fb aku,aku kena jadi plastik sebab aku nak sakitkan hati dia bila baca status aku...
tapi aku takut member-member aku salah anggap lak,ingatkan dalam hati ada taman and nak muntah baca status aku yang jiwang tuh hahahah





October 11, 2011

Akhirnya!!!

yeah akhirnya berjaya jugak aku menempekkan signature ke dalam blog ku ini hehehe...

mekasih kak nurul (^.^)

October 4, 2011

i am sorry

Pelindung rahsia perempuan.shhhhh...

Semua perempuan akan datang penyakit bulanannya. Suka ke tak ke, mesti kena hadapi penyakit tu (^_^) apa lagi, datang haid la..
Macam-macam pe'el bila perempuan datang bulan kan, ada yang nak mengamuk je, ada yang nak nanges je, ada yang nak makan je.. macam-macam la..

tapi semua tu berkaitan dengan hormon. tau tak sebenarnya pemakaian pelindung rahsia a.k.a pad pun adalah mempengaruhi mood kita semasa period?

yela, cuba bayangkan kita pakai pad yang tebalnya macam pampers baby tu.selesa tak? konfirm tak kan?
nak pakai seluar ketat pun tak cun, nampak terbonjol je hehehe

ada yang suka/selesa pakai maxi,overnight,slim etc. dan pad pun ada macam-macam jenama dah sekarang, tengok je iklan kat tv macam-macam ada! kalau aku pulak, aku lebih selesa pakai Kotex sejak azali lagi. bukan tak pernah try brand lain tapi entah lah, Kotex jugak yang serasi.

Aku memang selesa pakai yang overnight, tak reti nak pakai maxi.  tapi overnight tu paham-paham jela, tebal dan panjang. memang kengkadang agak kurang selesa tapi aku rasa secure sebab dia panjang. Tapi sekarang aku dah tak payah risau lagi sebab dah ada Kotex Ultrathin Overnight (^.^) sangat selesa dan rasa macam tak pakai pad pun. Satu lagi pad Kotex yang aku suka, Kotex Style Overnight, memang selesa sangat! sebab dia menyerap ke dalam,cumanya harga dia slightly mahal.

So sesapa yang selalunya pakai overnight yang tebal-tebal tu, ce try yang baru punya Kotex Ultrathin Overnight ataupun Kotex STYLE Overnight

*aku tak disponsor oleh kotex untuk buat entri ni pun hehehe sesaja je*

October 3, 2011

Jamuan Raya BSFJ

haaaa dah lama gile tak update blog..bukan apa,jiwa tersangatlah kacau sehinggakan kalau aku blog mengadu masalah aku kat sini, konfirm aku akan nanges..

okay tak mo nanges nanges, ni aku nak bercerita pasal jamuan raya bahagian aku.

jamuan tu 27hb Sept. actually combined dengan meeting sekali. kiranya sambil menyelam minum air la ni..
memula ada la presentation dari Dato' and etc... pastu ada ceramah agama tajuknya Bagaimana Rasulullah Menyambut Aidilfitri.. after that jamuan makan...macam2 ada! biasalah juadah raya, do i have to name it one by one? takyah la kot...juadah standard hehehe..masa dok makan-makan, mulut penuh dengan satay dan rendang ayam, ada la diselit-selitkan lucky draw. majority yang dapat lucky draw adalah ibu-ibu mengandung! aku sangat jeles! tapi tapi tapi.... tiba-tiba nama aku dipanggil sebab dapat hadiah misteri iaitu hadiah orang paling ceria, sporting! OMG! lihatlah dunia hahaha...okay lepas dah buncit perut, sambung balik dengan ceramah tapi kali ni ceramah dari seorang penganalisis jenayah yang memang feymes, Kamal Affandi! he's hillarious! memang best gile, dari mula sampai habis ceramah, semua tak berhenti gelak.



okay now,let's camwhoring hehe
bersiaran dari meja pendaftaran.nampak bunga didada? (^.^)


we olls pakai sama kaler uolls

kanak2 riang ria ribena hahaha
haaa inilah muka paling ceria n sporting BSFJ! cam tak caya je hehe tang mana yang aku ceria pun taktau la (^.l^) thanx kepada yang mengundi hehehe

owh perasan tak gambar ketika makan tak ada...ini adalah kerana kami kusyuk makan sampai tak sempat amik gambar hehehe

sekian~peace out~

September 12, 2011

...

emosi sangat-sangat tak stabil.
sumpah.
aku sangat rapuh dikala ini.

senyuman yang terukir hanya plastik semata-mata kerana aku tak mahu orang disekelilingku merasakan kemuraman ku itu.

maaf sekiranya wajah muramku membantutkan kegirangan hati orang disekelilingku..tapi kadangkala, aku tak dapat menahan apa yang ada dibenakku..

sumpah,demi Allah aku sangat-sangat rapuh sekarang.
sekiranya aku tidak kuat kepercayaan kepada Allah, hanya Dia saja yang tahu apa akan aku lakukan pada diriku ini..

Aku menangisi takdir Allah.
Aku mempersoalkan takdir Allah.
Itu cukup untuk membuatku rasa berdosa yang amat besar!
Aku kembali mengucap kalimah Allah untuk menyedarkan diriku bahawa Dia ada disampingku sentiasa....
Aku sedang kuat berusaha untuk menerima qada' dan qadarnya..

Saat aku mempersoalkan takdirku, Allah temukan aku dengan sahabatku yang lebih berat dugaannya...dan tatkala itu aku tahu, dugaanku tidak sebesar dia.. Aku perlu kuat untuknya, begitu juga dia.. Kami perlu saling mengingati bahawa kami perlu redha....

i dont ask much, just a smile back from you guys as an appreciation to my effort to put a smile on my face these days! i am falling apart inside! so when i smile, i expect you guys to smile back to me as a strength to me, as a positive vibes to me so that i know i have you guys by my side...

August 25, 2011

tidak ku sangka (^.^)

hari selasa hari tu, aku berbuka dengan bebudak ECC yang gylo {ira,kimie,dave,rezza,zeety,zamry,jayley,apeq,nadia,izam,aan,apiz,eddy and sue} kat Flamming Steamboat kat Danau...biase la bila dengan bebudak gylo ni memang gylo hehehe..but somehow mood aku tak berapa okay hari tu..sangat2 mental breakdown..tapi thanx to izam yang tau kenapa aku moody, and he tried to cheer me up.. agak lambat sikit baru aku boleh tersenyum dan bergelak ketawa dengan dorang.sampai apeq banyak kali tegur muka aku masam giler.

bila aku dah okay sikit,aku borak2 n bergelak ketawa dengan dorang...

pastu kebetulan rezza ade kat situ,aku pun tanya la pasal kad kahwin handmade yang aku buat tu....(ada typo pada tarikh Islam.bukan salah sikit2,salah semua terus date tu!) rezza cakap takpe,nevermind...aku suggest la bagi je kat orang,orang tak perasan kot..tapi rezza cakap,dia nak bagi kat VIP,orang2 lamo,particular sikit.. seriously,rasa bersalah tu masih menebal...

tapi tapi tapi...izam pula memberi perkhabaran gembira dengan mengatakan kad tu cantik giler!!! {^.^} aku pulak buat muka (O.o) biar betul izam ni puji aku camtu sekali...ke perli? izam cerita lagi,kakak2 kat ECC ramai yang puji kad tu sangat cantik. hmmpphhhh hidung ku kembang kempis kembang kempis hehehe

okaylah,aku letak la gambar kad kahwin rezza tu kat sini ye...


kad beserta sampul nya

cover kad kahwin

tadaaaa

August 22, 2011

aku tidak bersalah!

haaa kemain title entry hehe..cerita ni sebenarnya dah basi sebab minggu lepas nye cerita tapi disebabkan aku dok menepek kat site minggu lepas so tak dapat la nak update..

cerita nya bermula di pagi isni yang hening..aku bergegas ke workstation sebab nak taip minute meeting yang perlu diedarkan pagi tu jugak. so aku pun duduk la atas kerusi merah highback itu..tiba-tiba.....aku terasa seperti kerusi tu makin menurun,menurun.aku bangun. 'eh ko ni dah kenapa kerusi?' lepas tu aku duduk balik...tiba-tiba....
PRAKKKK patah kaki kerusi aku tu. kak shue dalam bilik meluru keluar,si amir pun berlari-lari mak keluar bilik. pastu korang pun tau apa jadi...dorang bantai gelak kan aku!!! hampeh tul.si amir ni la bapak kuat nya gelakkan aku (-_-") aku tak de la jatuh tergolek sebab aku sempat bangun masa kerusi tu patah.kalau tak mesti lagi kuat si amir tu gelak.

aku tak bersalah!!!! bukan aku punca nya..aku dah seminggu tak duduk kat kerusi tu...

aku tak bersalah!!!

August 15, 2011

impian tak tercapai... (T_T)

  • nak berbaju raya sama kaler this year... (purple)
  • nak panjat broga hill together gether
  • nak naik basikal pusing-pusing kat putrajaya
  • nak lepak kat Tasik Pullman yang best je tu..
  • pergi makan kat FullHouse Cafe
  • pergi Genting sesama
  • lepaking together gether and makan ice cream banyak2
  • lots more yang kitorang selalu bercerita masa dalam kereta,lepak makan etc...

ini adalah sedikit sebanyak dari listing impian yang bakal tak tercapai...sebab apa?sebab mungkin lepas ni aku tak dapat jumpa dia lagi...or mungkin aku akan dilupakan... (berdoa agar tidak sesekali dilupakan)

sekarang ni dah nampak garis-garis kejauhan yang aku tak faham kenapa and i'm crying hard inside to know what it is...aku sangat sedih bila semua ni jadi...semua jadi bila aku baru nak start happy2 dengan dia balik,aku baru nak start percaya dia balik.....

aku tahu dia ada super duper big problem tapi....emmm ntah la,orang tau dia ada alasan dia yang tersendiri..tapi orang harap bukan alasan dia tak sayang orang lagi... (T_T)

August 13, 2011

dugaan maha besar di bulan ramadhan

Allah tak akan menguji hamba-hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya.Sekiranya kita diuji dengan dugaan yang dirasakan tak tertanggung dek bahu kita,bersyukurlah kerana sesungguhnya Allah itu masih memandangmu.. -ini bukan sebijik-sebijik petikan hadis.cuma dipetik sedikit dari hadis dan diolah sesuai dengan keadaan.tetapi maksudnya masih sama dan tidak terpesong.

Aku rasa macam nak gugur jantungku bila aku terima berita yang agak menyedihkan dari mulut orang yang paling aku sayang.. (tak perlu la dikongsikan apa beritanya) Terus gugur airmataku..Ya Allah tabahnya hatimu wahai sayang menanggung semua dugaan ini tetapi masih bisa mengukir senyuman..Allah jadikan kau seorang yang kuat dan tabah..

Kau buat keputusan untuk balik ke kampung untuk tenangkan fikiran dan juga untuk jaga parents mu..Mungkin itu dapat menenangkan fikiranmu yang telah lama serabut...tapi ini semua adalah dari tindakanmu sendiri..aku harap kamu dapat belajar dari kesilapan dan jangan buat kesilapan macam ni lagi..

Walau apa pun,kamu tahu aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik dan semoga kamu dapat menjadi yang lebih baik.Learn from mistake...Aku akan sentiasa disisimu walaupun kau akan jauh dariku..

August 11, 2011

baju raya

wah lagi dua minggu je nak raya..sekejap je rasa (^.^)

sedang aku berblogwalking,aku ternampak koleksi baju raya yang sangat2 marvelous!

ini semua adalah collection rizalman! sangat2 cantik.sudah jatuh chenta sama the first picta (*_*)
dicedok di sini
.

August 10, 2011

is this a real love?

dear you,please read this one day...

before this i didnt know whether what i feel right now is a real love or just a puppy love..until i read these quotes from twitter :

1) Being able to wait is the sign of true love and patience.Anyone can say she/he loves you but not everyone can wait (i am waiting for you..always stand by your side...)

2)It's hard when you know you shouldnt wait and yet you're too in love to let go... (i've tried to let go but it keeps coming back to me)

3) Sometimes a girl keep going back to a guy who treats her bad,because she's not ready to give up that maybe someday he'll change. (i still not give up hope on you)

4) Love is when he hurts you, and you get so mad but you cant yell at him cos you know that if you do,it'll hurt his feelings too...

5) No matter  how many times you get hurt,you always forgive them.some call it stupid,some call it LOVE

6) If you love someone,and truly love someone,you'll put aside foolish pride and fear and love them without regret...

7) The person who has truly loved you is the only one has the strength to accept your mistakes and forgive you (i always forgive and accept you back)

8) Funny how love keeps us trying even when our heats get shattered and our minds get tired (i'm still here beside you)

9) There are thousands of reasons why i should leave you but it only takes one reason to make me stay (the only reason is i love you!)

10) Every girl has that one guy she goes back to,heartbreak after heartbreak,and nobody knows why,not even her.she just cant let go

11)Love is having your head tell you to slap him but all you wanna do is look into his eyes and smile..

12) It doesnt matter how long you've known him.. If he's kept you smiling since day one,dont lose him

13) You know it's true love when he is the only person that can make you smile when you're at your lowest.

14) if you cant get someone off your mind,maybe she/he is supposed to be there.sometimes,mind recognize what heart trying yo deny.

15) before i met you,i never knew what it was like to look at someone and smile for no reason

16)When you love someone,you'll do anything,you'll do every crazy thing and you cant explain

17)you know what takes real courage? telling someone you love them and expect nothing in return,not even love...

18) Someone who really loves you is someone who will always stick on you,even if you hurt her repeatedly

19) when we really love someone,all we ever wanted is their happiness even it doesnt include us.

well,there's lots more actually...after read these quotes that i got from twitter, i realize that my feeling towards you is real love. i never felt like this before...i truly,deeply,madly in love with you...

August 9, 2011

rezeki ramadhan

alhamdulillah rezeki bulan ramadhan (^.^) tapi bukan rezeki aku sorang, rezeki semua penjawat awam dan pesara...

iye,kami semua diberikan bonus sebanyak setengah bulan gaji (walaupun tak sebanyak orang swasta yang dapat 3 4 bulan) tapi alhamdulillah la,ada juga duit tambahan untuk aku renew insurance dan roadtax.
sebelum ni aku memang dah pikir nak buat loan dengan mama untuk renew insurance tapi dengan adanya bonus ini, aku tak perlu buat loan wewewewew

syukran Ya Allah...adik2 ku macam biasa la dapat duit raya tapi lebih la seringgit hahahaah

hopefully staff CFS pun dapat nikmati bersama..pada aku,jasa dan apa yang dorang contributed sangatlah besar...
cumanya aku tak berapa sedap la bila baca status FB salah sorang kawan aku..yang berbunyi lebih kurang macam ni.. 'apalah najib ni,bagi gomen staff je bonus.kurangkan lah tax ke minyak ke supaya semua dapat nikmati bersama..' pada aku,ala jangan lah dengki,kitorang baru je dapat bonus setengah bulan kalau nak compare dengan korang yang swasta yang selalu dapat at least sebulan gaji...takpela,lain orang lain opinion dia kan...

what ever pun, syukran dan aku happy (^.^)

August 3, 2011

bicara tentang hari kebesaran

hari ni adalah hari ke 3 ramadhan..hari kebesaran yang dimaksudkan sudah semestinya la hari raya aidilfitri (^.^) hehehe baru hari ketiga puasa,aku dah sibuk2 pasal raya kan..

bukan apa,aku tiba-tiba teringat...this year's raya wont be the same...
tiba-tiba pagi ni aku sayu..sebak...
seriously,aku hampir menangis kat workstation aku ni masa aku dok menaip..

hari raya tahun ni,tanpa atuk di sisi...arwah wan telah lama pergi, dan perginya juga tatkala syawal...
terasa rumah atuk akan kosong dan hambar...apatah lagi ciklong dengan agenda ketamakannya sendiri..kami tak tau la sama ada dapat beraya di rumah atuk atau tak...

masih terngiang-ngiang dan segar dalam ingatan ku malam raya mesti arwah wan 'kerah tenaga' kami..aku selalunya akan diberi tugasan memotong bawang,halia etc untuk dibuat nasi dagang..selain tu disuruh pukul telur untuk dibuat kek masam manis.my faveret tuh! tapi kalau arwah wan buat je la yang faveret nya...lepas tu pepagi raya memang akan dibangunkan awal,yela,anak dara kan hehehe
 pergi sembahyang raya, balik rumah terus melantak.arwah wan selalu buat rendang daging dan nasi dagang.lepas tu terbentang atas meja, tapai pulut, satay,kek batik aku wajib hehe...
lepas tu takde lagi scene minum air kelapa dengan atuk..dulu atuk akan kait kelapa, potongkan untuk kami dan minum terus dari kelapa tu..

aku rindu untuk mengucup tangan dan pipi kedua-dua arwah...walaupun arwah wan kuat membebel tapi sumpah aku rindukan wan...keadaan raya dah tak sama sejak arwah wan meninggal 5 tahun lepas..sekarang arwah atuk pulak takde,lagi la bertambah kehambarannya..

aku berharap kami sepupu sepapat masih lagi dapat beraya di rumah atuk...bukan apa, ketamakan seseorang membuatkan kami seperti hilang hak ke atas rumah itu...nak beraya pun macam tak best je sekarang..kami dah tawar hati nak balik kampung...bayangkan la apa guna balik beraya kalau kena tidur hotel kan...semoga Allah memberi kesedaran kepada hambaNya yang tamak dan buta hati tu...

August 1, 2011

Nine things guys find sexy about you that have nothing to do with how you look

i found this article on tob's fb. it quite interesting especially to those who has low self-esteem.
let see the nine things!

a wise man will know that what's "on the surface has very little to do with how good the sex will actually be."

These nine things are:

1. Your walk. Confident in heels, or sultry and hip-swinging, pretty much anything but a manly clomp. Wonder how they feel about what I normally got going on - the panties-riding-up wiggle.


2. Your voice. I'm assuming the baby talk voice is a big turn off, but anything else gets a thumbs up.

3. Your sharp wit. Alden writes, "Just watch any classic screwball comedy - verbal sparring is the ultimate foreplay."

4. The way you dance. Even if you're not dirty dancing, dancing of any kind is certainly suggestive and, if you're good at it, a major turn-on.

5. Your adventurous spirit. Being game implies that you might be willing to be just as adventurous without your clothes on.

6. Your shyness. Guys get a charge out of, as Ludacris says, "A lady in the street, but a freak in the bed."

7. Your laugh. Alden reminisces, "I think the laugh was the first thing I ever found sexy. Before I knew what sexy was, I remember hearing Kathleen Turner's laugh (I was probably 7) and feeling something ... different."

8. The way you smell. This is not about your coconut shampoo or your Beyonce perfume, this is about the inherent YOU smell. Probably comes from a deep evolutionary/chemical place that we don't have room to explore here.

9. Your ability to communicate. After all, you have to eventually put your clothes back on and look each other in the eye and connect over something else other than that you both enjoy those fuzzy handcuffs.

see,not every men on earth only attracted to beautiful face...some of them care for something that lasts longer (^.^)

credit to : incik pandai

July 30, 2011

Semoga Allah permudahkan segalanya

semalam adalah antara hariiyang membahagiakan aku...masa dinner cum berbuka puasa semalam...
dia meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya..segala-galanya pasal kami...
sebelum ni memang aku ada dinasihatkan oleh wawa untuk try bercakap pasal masa depan dengan dia..tapi dsebabkan keserabutan yang melandanya sekarang dengan macam-macam masalah sekarang,aku hold dulu..tapi aku paling tak sangka dia akan buka topik FUTURE dengan aku...

muka dia serius...dan aku dapat rasakan dia memang serius nak ada masa depan dengan aku...cuma dia tanya mama and abah boleh ke terima dia kalau hidup da still tak stabil macam sekarang.. (insyallah dear, orang akan tolong dia all the way) seriusly,masa kami bercakap pasal ni,aku touched..aku nak menangis...nasib baik tempat makan ktorang agak terhad pencahayaannya..so dia memang tak perasan mata aku berlinang..cuma dia dengar suara aku berlain,bergetar...

macam-macam dia bagitau aku apa yang dia fikir pasal masa depan kitorang..aku tak pernah sangka dia ada terpikir macam tu..cumanya,dia sedang berhadapan dengan dugaan yang agak besar sekarang ni..

Ya Allah, 
andai dia memang jodoh yang kau tetapkan untukku...
permudahkanlah jalan kami berdua...
murahkanlah rezeki kami berdua agar kami dapat mendirikan hubungan yang halal disisiMu Ya Allah..
Andai dia tercipta untuk menjadi imamku,berikanlah hidayah dan keberkatanMu untuk kami..
Andai aku tercipta menjadi pemberi dan penguat semangat kepadanya,tetapkanlah hatiku dan berikanlah ketabahan kepadaku untuk berada disampingnya dikala susah dan senang..
Andai aku yang diciptakan dari rusuk kirinya,untuk berlindung di dalam dakapan kasihnya...kau bukakanlah pintu hati kami agar kasih sayang sentiasa dihati kami...
Andai dugaan dan ujian yang kau berikan kepada kami dikala ini adalah sebagai titik permulaan untuk kami bina hidup baru bersama....
kuatkanlah semangat kami,tabahkanlah hati kami..
Andai setiap titis airmata yang pernah kutitiskan dahulu kerananya adalah ujian dariMu, hadirkanlah senyuman yang berkekalan dalam hidupku bersamanya...


*doakanlah kami ye kepada semua yang baca entri ni (^.^) terima kasih...kalau jodoh diantara kami kekal,korang semua adalah salah 1 sebabnya...sebab doa korang*


ramadhan datang lagi (^.~)

alhamdulillah...ramadhan kembali lagi membawa seribu keberkatan kepada setiap umat Muhammad SAW.

aku bersyukur sebab insyallah aku dapat sama-sama menyambutnya kali ini..
dan alhamdulillah aku dapat mengganti puasa tahun lepas dan dua tahun lepas yang aku tertinggal hehehe walaupun aku baru selesai mengganti jumaat baru ni hehehe

bila bulan puasa ni macam2 la benda yang dah start bermain dalam kepalotak memasing kan...
nak bersahur makan apa,berbuka makan apa,nak kuruskan badan la bagai hehehe
yang perempuan tu takyah la ngada nak harap dapat puasa penuh heheehe...

well aku ambik peluang dari ramadhan ni dengan bernekad untuk kuruskan badan hahahahahahaah
benda yang dah berapa juta kali aku nekad...

takpe takpe we'll see bout that...aku akan kurangkan makan nasi samada waktu berbuka atau bersahur...masa aku ganti puasa,dapat je aku tahan dari bersahur makanan berat (^.^) tak susah sebenarnya tapi cuma mind set dan disiplin perlu MANTOP! dulu aku boleh je buat kan hehehe

okay aku menyasarkan berat aku turun at least 3kg dalam sebulan ni ngeeee

aku juga berharap kan kepada keberkatan bulan ramadhan ini agar kami pekerja gomen dapatlah bonus hendaknya hehehe..yela,mane taknya,roadtax n insurance mati 2 har sebelum raya hahahaha

July 29, 2011

maafkan saya..

saya ni memang selalu over sexsaited when it comes to wedding.. (^.^)
tanya la sesapa yang kenal aku,aku akan over excited bila dorang bercerita pasal upcoming wedding dorang..diulangi WEDDING DORANG bukan wedding aku..

aku tak tau la,memang sejak azali aku really into wedding..
dulu masa member2 aku nak kahwin,aku yang sibuk survey kan pakej pelamin la,catering la.. hehehe
sampaikan masa si Mel kahwin, aku la yang menjadi wedding planner nya hehehe..

masa Mel kahwin dulu memang aku yang volunteer nak jadi wedding planner dia..dari kad sampai la ke pelamin,semua aku yang uruskan..

sebab tu la aku cipta CINTA tapi CINTA sekarang more to small events...belum ke arah wedding lagi..kalau wedding pun aku just tolong company abah buat cards, centerpiece,goodies bags, hand bouquet, etc.. CINTA masih lagi merangkak dengan bimbingan company abah...so abah selalunya akan sub ke company CINTA untuk buat small thingy yang dia rasa aku boleh manage.. yela,aku bekerja,mana ada masa nak manage kalau dapat big-big project.hari tu abah dah tanya,nak manage 1 wedding ni ke by my own? aku still tak berani sebab takut aku takde masa..yela,kerja selalu kena pergi outstation,susah sikit nak manage...takpela,kita merangkak dulu...

ha berbalik kepada tajuk entri....maafkan saya sebab saya yang lebih excited dari bakal-bakal pengantin hehe..sekarang ni dalam kepala aku macam2 planning aku dah pikir untuk wedding aku hehehe tapi bilakah,tidak diketahui lagi hehehe
so kepada bakal2 yang mana aku lagi over dari uolls,maafkanlah saya ye hehehe

July 22, 2011

entri gewdix part 2

aku memang kuat berangan okay! (^.^)

ini adalah sambungan dari entri gewdix ari tu

40. i would like to spend a nite out with you just laying on the roof or grass field looking at the sky and the stars..and we share our stories, dreams,hopes together

41. i really love to travel.so i hope every month we can go jalan2 cari makan la eh...i have lotsa places i wanted to go..so be prepared ehehe

42. i would love to try the outdoor activities with ya such as paragliding, fishing, wall-climbing, hiking, mandi sungai, jungle tracking and lots mooooreeeee (^.^)

43. please please please lemme drive your car once in a while..and please dont bebel2 pasal my driving skill hehehe

44. i know most of guys didnt like if their girl tegur 'i suka la u panggil i macam tu..' or ' i suka cara u belai rambut i' or 'i suka u buat ini buat itu bla bla bla' but please dont stop doing what i like you do (^.^) cos by saying that, shows my appreciation towards you bebeyh

okay, the list will not stop here, it will be continued...if you're annoyed by my list...i cant help u hehe..but if you like it,tell your boyfriend what you like so that we can share the happiness hehe

toodooloo

July 14, 2011

entri gewdixxx

disebabkan agak lama dah tak blogging, aku nak buat entri gewdix hahaha

buat my future bf, no matter who you are,please read with love ngeee

dear my future bf...

1. i wish that you will call me with manja2 pet name..cos i like to call you by manja2 pet name macam munchkin, bunny, masyam, mucuk, muncet, etc

2. i wish that you will call me during your hectic day and say 'i had a super duper hectic day today..just call to hear your voice...it makes me calm and release my tension'

3. i really2 like if you take me out with your click and introduce me as your girl/future wifey instead of 'awek aku'

4. i would love to see you make an effort to pujuk me whenever i gedik2 merajuk

5. i wish you will always be there whenever i need you, and lean your shoulder when i'm about to cry.

6. i really hope that whenever i say 'i'm okay' with an unusual voice tone, you will hug me and say ' i know you're not,lemme know why'

7.i wish you can see yourself thru my eyes...how you make it shine and glow

8. i wish you could pick up every time i call you..except if you're in a meeting,in a toilet or sleeping la..

9. i wish you will always make your time everytime i call you and say ' dear, let's makan kat....or let's go to....'

10. i wish you can fit in my world especially with my friends and vice versa..

11. i really love if you hold my hand tight and walk together (^.^)

12. please take note that i really love to put my hand on your thigh when you're driving,so jangan la geli2.i letak je,tak menggatal hehehe and i would love if you do that too..tapi jangan la merayap..it makes me feel safe

13. please please be there whenever i say, 'tension la kerja hari ni..bos ni bos tu..' cos by looking at your face and your smile will definitely make the tensions fly away

14. please jangan kecik hati bila i tak bawak you jumpa my family..cos i need to be confirmed with our relationship..but when the time is right, i will bring you k..

15. i really hope you can impress my abah and mama when i bring you home..tapi jangan pelik2 sangat la ye sayang hehe

16. i wish that you will tahan my jealousy cos i'm a jealous person hehehe tapi tak sampai blind jealous (haa boleh?)

17. i like if you can show me that you're jealous when i talk about my male colleagues or my male friends..just a lil, oso will do..it shows that you love me...

18. i wish you call me every morning to wish 'good morning my munchkin..dont tension2 kerja ok.nanti kita lunch/dineer sama'

19. and during nite, you call me to wish 'nyte2 munchkin, tido elok2 tau..mimpi i je tau..'

20. i wish whenever i wanna go outstation, you will say 'masyam, jaga diri elok2 tau kat tempat orang..i takde dengan you nak tengok2 u..be safe k'

21. i wish you will empty your tummy everytime i say i wanna cook for you cos i love to cook for my love (^.^)

22. i wish you will love my kek batik cos i love making it...(orang cakap sedap,i ikut orang cakap hehe)

23. i hope you tak pening bila everytime i nak beli baju, kasut,bag, mesti kaler purple dulu yang i capai hehehe

24. i wish when i say 'I love you', you will reply 'I love you 2 3 4' or whatever yang you rasa sweet and you mean it from your heart

25. i wish you can tahan my childish behaviour and i ni cengeng tau hohoho

26. i dont expect fancy2 present during my birthday, just sing to me happy birthday song will do (^.^)

27. i really2 love if you kiss my ubun2, when i'm feeling down..and on my forehead everytime you send me home..

28. i love it when i say ' nak potong rambut la..rimas..' and you reply 'jangan la...biar la rambut u panjang...i suke...' and the fight keep going on with a smile on our faces

29. i would love to hear you say 'nak ikut nak ikut nak ikut' everytime i say i wanna go somewhere hehehe

30. i wish you can cook for me sometimes.. i dont care how it tastes hehehe

31. i would love to hear you say ' kenapa comel sangat hari ni ni?' sambil cubit2 pipi i yang chubby ni.. or 'haaa,bila orang serius, buat muka comel' (^.^)

32. i wish we can eat chocs and ice cream together gether everytime we hang out

33. i wish you can accept my family especially my bros yang tahap kesengalan amat tinggi tapi malu2

34. i wish you can show to my bros how to be a man and how to treat their girl right

35. i wish you will love me as much or more than i love you

36. i wish you will say to me ' i will go whereever you go until the end of time' (^.^)

37.i wish you will make me happier every single day

38.i hope you will accept me the way i am..accept all my flaws and imperfections

39. last but not least (actually there's sooo much more), you will say 'nina fairuz,i love you so much and i dont wanna live without you'

July 6, 2011

let me be the first...

if no one ever have faith on you before this...
let me be the first...

if no one ever make your smile,their smile...
let me be the first...

if no one ever believe that you will change to be a better person...
let me be the first...

if no one ever listen to your massive problems...
let me be the first...

if you have no shoulder to cry on,no ears to hear...
let me be the first...

if no one tells you that your simple text in the morning bring the brightness to their day...
let me be the first...

if no one ever tells you that your smile is a painkiller...
let me be the first...

if no one ever shows how much they love you...
let me be the first...

i wanna be the first for everything in your life...trust me,that is my ultimate desire...
but i wanna be the last person in your life that you love...
please let me be the first and the last for you...

June 30, 2011

Itu riak namanya!

Lokasi:Naza Talyya Hotel,JB
Mood:LAPAR!!

Assalammualaikum! (Gaya prof izzi) (⌒.⌒)

Aku bukanlah seorang yang baik sangat,jauh sekali nak dikatakan alim (tudung pun tak pakai..)Aku bukan nak berceramah atau apa..tapi..sekadar mengingatkan diri sendiri dan orang yang baca blog ku ini..

Ada seorang hamba Allah ni,perempuan..dahulunya dia free hair,dan takde la alim sangat..tapi lately dia dah berubah menjadi lebih baik yakni bertudung..alhamdulillah la..tapi satu aku tak berkenan..dia agak menunjuk2..yela,dia tak perlu la publish kat FB,Twitter,BBM status mengatakan dia solat,mengaji,solat sunat bagai..memang kamu dah berubah jadi lebih baik tapi apa yang kamu buat tu adalah riak..bukankah Allah mahukan hambaNya bersederhana dan tidak menunjuk2 amalan mereka..itu baru lah ikhlas namanya.simple as that.

Sorrylah kepada sesapa yang terasa,bukan niat nak memburukkan cuma mengingatkan..ikhlas dari hati,tak perlu sebarkan 1 dunia apa yang kita buat ke jalan Allah.renung2kan selamat beramal (⌒.⌒)

~peace out~
~Miznina's BlackBerry®~

June 27, 2011

tersentak dari mimpi ngeri

semalam aku decided untuk jumpa dengan daus (seorang yang dulu bff aku pernah tried untuk kenen2 kan aku dengan dia)..lame gile kot kitorang tak ketemu..semalam tetiba aku tergerak nak jumpa dia..

well first of all aku betul2 shocked bila dekat fb dia tukar relationship status dia from single to in a relationship with... (i'm totally happy for you) but then bila ketemuan sama dia di kedai makan sebelah sup meletop, aku dikejutkan dengan satu lagi good news..he's getting engaged (^.^)

nak tau nak tau kenapa aku betul2 shocked? sebab dia adalah seorang yang takut nak ade serius relationship lepas dia putus dengan gf cina dia dulu...dia dulu memang pernah pasang skandal2 n teragak social (in a not so good kind of social)...and semalam bagitau aku yang dia nak settle down? of cos i'm happy for him..but in the same time it touched me..

dia ada cakap dengan aku...'dah sampai masanya untuk aku serius dan berubah..walaupun tak semuanya tapi aku akan slowly berubah jadi a better man.dia buat aku sedar untuk jadi better...gf aku sebelum ni tak buat aku rasa camni....' ini yang tacing sebenarnya...

ayat2 yang terkeluar dari mulut dia, aku dapat rasakan ikhlas dan serius..tetiba aku tersenyum sendiri...
terdetik dalam hatiku....semua orang akan berubah untuk jadi lebih baik..it's just a matter of time..
dan dan dan bukan dia sorang je yang noty dan akan turn good yang aku kenal...semenjak 3 minggu kebelakangan ni yang aku betul-betul emosi ni....aku dapat berita 3 orang kawan lelaki ku yang nak turn to a better man...semuanya sebab perempuan yang dorang sayang...

memang pernah ada orang cakap dengan aku,kalau someone berubah sebab orang lain, niat dia dah salah disitu..aku kinda agree tapi not totally la..sebab aku rasa setiap orang perlu ada 'warning alarm' dan juga penguat semangat untuk buat dorang sedar apa yang dorang patut ubah..conversation with daus semalam buatkan hati aku kuat untuk bagi someone peluang untuk teruskan berubah menjadi lebih baik...sebab aku dah nampak he's half way there...maybe orang lain tak nampak tapi aku nampak...

thanx daus for the great conversation that makes me realised one thing that i almost forget...or i should say that i wanna forget... everybody will change to be a better prson, it's just a matter of time...

June 26, 2011

let these songs tell you how i feel bout you

 
 that should be me-justin bieber (cover by shila amzah)

just the way you are - bruno mars (my fav)

June 25, 2011

this is not the end....

tak tau dari mana nak mulakan...
agaknya cukup terang dan jelas bila aku katakan aku penat..
aku penat dengan segala kepahitan yang perlu aku telan...aku bukan give up..tapi aku take a break..
aku percaya kepada takdir Allah...sekiranya dia memang tertulis untukku, takkan ke mana kan (^.^)

aku takkan boleh membenci orang yang kusayangi...
aku takkan boleh melupakan semua kenangan yang masih segar dalam ingatan...

sekarang ini.....i really miss him..Allah je yang tahu perasaan aku kala ni..
mana-mana aku pergi ada je benda yang buat aku teringat dia..
i miss your smell...
i miss your cheekiness
i miss your laugh..
i miss you smile..

owh shoot,i cant continue blogging bout this...aku dah start nak nanges...
apa2 pun aku harap, dan berdoa dia adalah untukku...aku harap dia akan setelkan problem dia yang 1 tu..aku harap dia akan kembali padaku tanpa ada insan lain dihatinya...
i'll wait for you......

please take your time to settle that problem....but please dont take forever....

stories of the vacations -delayed huhuhu

bila di tanya mana gambar vacays? baru aku teringat aku tak post pon gambar aku gi jenjalan kat dalam ni...okay okay marilah aku lekat dalam ni...

LANGKAWI
 view dari 2800 kaki dari paras laut
 cabel car!!!


 3 dara pinggitan di tepi pantai yang indah

sesi berkasih sayang dengan haiwan 

 saya tak reti bagi makan itik!dia sudu tangan saya!

 pendakian ke tasik dayang bunting

 berkayuh2 di sekitar tasik dayang bunting

 tiga gadis topi besau

 cabel car lagi hehe..wajah perlu dirahsiakan

mendaki tangga disekitar cable car's area


 island hoping tyme

okay gambar bandung ade dalam pendrive yang tertinggal kat office huhuhu..later la...