July 30, 2012

popia ketam (^.^)

dah 3 4 hari terasa nak makan popia ketam lepas terbaca review sorang blogger ni pasal popia ketam yang best kat bazar shah alam. cari kat bazar kat rumah, takde. hampa.

takpela, alternatif lain adalah buat sendiri (^.^)



ye saya gigih buat sendiri popia ketam dengan penuh kasih sayang.

nak try buat jugak ke? okay, sharing is caring kan hehehe

bahan-bahannya:

10 crabstick (yang panjang.kalau yang pendek kena 20 sticks)
1 carrot
1 timun
kulit popia kecik
2 sudu mayonis
chili flakes
garam




cara-cara pembuatan:
1) sagat carrot dan timun. ikutlah nak sagat banyak mana
2) rebus crabstick tu dalam 2 3 minit. angkat dan lenyek-lenyekkan.
3) lepas dah lenyek-lenyek crabstick tu, letak garam dan chili flakes secukup rasa. campur sekali mayonis, kacau rata-rata.
4) dah ready semua bahan-bahan, ambik kulit popia dan letak la bahan-bahan tadi dan kemudian gulung popia tu. kat hujung kulit dia guna air sikit nak bagi lekat.
5) dah siap gulung-gulung, kita goreng dalam kuali. dan sedia dimakan (^.^) boleh cicah dengan sos or mayonis je.

tada!!!!!!


bagi mama, abah, ameer dan kesayangan rasa. of kos la dorang suka.. kesayangan makan tak ingat dunia dah.sedap betul katanya :8)


July 26, 2012

tolonglah kuat wahai hati


 aku seharusnya bersyukur. dan ya,aku memang bersyukur.sangat bersyukur atas kurniaanNya.
tapi hati ni.. hati ni tak sekuat mana...
asyik rasa bersalah je..
asyik rasa insecure je..
asyik rasa... entahla..

aku bahagia disayanginya..
bahagia disampingnya..
tapi perasaan insecure tu kadang melampau..

puas dah pujuk hati ni supaya kuat dan percayakan dia..
tapi....

sampai kan acapkali emo pasal benda yang samaaaa je..
letih la macam ni..
janganlah sakiti diri kau sendiri wahai hati..
kan dah bahagia, dah disayangi...
ini yang kita harapkan dari dulu kan..





July 24, 2012

Biarlah dia...

Alhamdulillah
itu yang sering terucap di bibir dan hati
dengan kebahagiaan yang dikurniakan hari ini.

Walau hati sedikit gundah
Yang mungkin sayangnya pada yang lalu masih ada,
Namun ku gagahi jua...
Menyokongnya, sentiasa di sampingnya..

Aku benci rasa bersalah setiap kali aku 'stalk' insan itu
Aku rasa bersalah walaupun pada hakikatnya dia tidak tahu
aku juga mangsa keadaan
Pada insan itu, aku punca segalanya..
Tidak!
Keadaan dah sebegitu sejak dulu
Cuma aku pengakhirannya.

Biarlah,Allah itu lebih mengetahui
Walau macam mana aku cuba terangkan
Dia tidak akan mahu menerima semuanya
Dia hanya akan percaya apa yang dia mahu percaya
Dia hanya akan percaya yang aku punca segala

Ah, lupakan lah segalanya
Kau dah pilih jalan kau
Dan dia sedang pasrah
Dalam kepasrahannya, aku ada.

Aku pujuk hati jangan membenci insan itu
Aku pujuk hati yang insan itu tengah marah
Aku pujuk hati ini yang insan itu kurang pertimbangan
Sekarang aku serahkan segalanya pada Pencipta jalan cerita.

July 16, 2012

Weekend - memancing

well selama ni menganggap memancing itu adalah bosan!
dan sememangnya terbukti bosan! hahaha sorry FI

tapi weekend lepas adalah first time aku teman FI pergi memancing dengan bebudak rumah dia.
hari sabtu start 2 pagi - 8 pagi. sekor ikan pun tak dapat huhuhu. memula aku semangat lagi temankan dia, duduk tengok dia buat umpan, baling pancing, tarik pancing tengok takde ikan. kunyah-kunyah kuaci. tapi pukul 4am, aku kalah. mengantok sangat dah. aku tidur dalam kereta. niat di hati nak bangun 5.30am tapi aku terjaga pukul 7 pagi muahahaha.akhirnya mereka berdua pulang dengan hampa hehehe

hari ahad repeat lagi hahaha.dekat kolam sebelah pulak. started 2 am sampai 6 am je kali ni. kali ni ramai sikit, budak rumah dia ada 2 orang n kawan dia with bini. the more, the merrier. kali ni aku tahan mata dan juga perut sebab lapar sangat! pukul 5,kawan dia n bini balik. so aku ambil chance tidur sekejap. dia kejut aku pukul 6, gerak balik. pulang dengan hampa jua...memasing memang mengantuk gile! kengkawan dia masuk je keta terus tidur. aku terlelap kejap,tapi dia kejut sebab dia mengantuk. aku picit-picit tangan dia taknak bagi mengantuk. sampai je rumah dia, aku memang tak larat nak drive balik. so aku cakap aku nak tidur depan rumah dia. kitorang tidur la dalam kereta, depan rumah dia huhuhu sampai pukul 8.30am, aku bangun tengok-tengok dia hilang. rupanya masuk dalam rumah sebab dia panas,hampeh -___-"

itulah dia first experience aku pergi teman sang boyfie memancing. sebelum ni ex bf aku ada gak gile mancing tapi aku tak pernah teman pun hehehe... aku enjoy moments yang kitorang kongsi. aku try masuk dunia dia, join apa yang dia suka..and dia pun sama... thanx FI.


July 12, 2012

promise

i can't promise you to solve all of your problems
but i promise you that you won't face any of it alone.
and i promise you that you'll see me along your way through it.
and i promise you that it's gonna be worth it.

I'm always here for you.
No matter how ugly or dark your geelings may be.
You should not have to bear them alone.

insyallah, i will love you, cherish you, till the moment Allah call me to Him.

July 6, 2012

readymade cotton kurung

READYMADE BAJU KURUNG COTTON FOR SALE!!!!

sebelum ni memang dah jual pun baju kurung cotton ni cumanya tak diwar-warkan kat sini hehehe

so sekarang ni dengan suka hati aku nya nak maklumkan yang saya, ada jual readymade baju kurung cotton.
material dia sangat selesa dipakai. aku pun pakai jugak baju ni,sangat selesa dan nampak kurus (itu penting). cutting dia adalah baju kurung riau/pahang.
aku pakai saiz M (^.^)

ni ada gambar baju kurung sempat diambil..ada yang takde ditangan tapi fret not nanti kite amik stok lagi ye ^_^








sila klik gambar untuk tumbesaran

RM 65.00 sepasang / RM 120.00 dua pasang

material : english cotton (walaupun kerap dibasuh, tapi warna tak mudah luntur.senang nak digosok.sometimes tak payah gosok pun ^_^ )
saiz : XS, S, M, L, XL
measurement :


XL

Baju
Lengan: 7.5"

Bahu: 18.5"

Dada: 47"

Punggung: 50"

Labuh baju: 38.5"

Pinggang:46"

Kain
Punggung: 50"

Labuh kain: 39.5"

Pinggang kain: 34-40"


L

Baju
Lengan: 7"

Bahu: 15.5"

Dada: 43"

Punggung: 50"

Labuh baju: 38"

Kain 
Punggung: 46"

Labuh kain: 39.5"

Pinggang kain: 31"


XS

Baju
Lengan: 7"

Bahu: 14"

Dada: 35"

Punggung: 40"

Pinggang: 34"

Labuh baju: 38.5"

Kain 
Punggung: 38"

Labuh kain: 39.5"

Pinggang kain: 24"

kalau nak beli boleh lah call or sms or jumpa terus i ye (^_^) alamak,measurement M n S takde...nanti akan diupdate kemudian ye :)

July 5, 2012

mungkin ini bahagiaku ^_^

SYUKUR.

aku berharap, berdoa ini adalah bahagian bahagiaku yang telah ditetapkanNya dari Lul Mahfuz.
aku berdoa sehari-hari biarlah bahagia ini kekal ke Jannah.

walaupun pada pandangan manusia, aku bersalah, aku jahat...
hanya Allah saja tahu siapa yang patut dipersalahkan, siapa yang cuba mengalah
tak perlu lah aku terangkan panjang lebar kerana aku tahu kau takkan percaya
sebab dalam hati kau, akan tetap cop aku ni bersalah.

aku biarkan semua tu ditangan takdir.

kalau kau rasa kau dah redha, kau patut lepaskan semuanya
dan bukan mengata buruk tentang aku lagi
aku dah minta maaf bukan?
kau dah skodeng blog, fb dan twitter aku,
kau nilai la sendiri siapa salah.


July 2, 2012

Dah puas aku cuba sorok
Dah puas aku cuba sembunyi
Macam mana entah dia boleh dapat blog aku, twitter aku.
Semua dia nak stalk.
Semua dia nak tahu.
Semua dia nak korek.
Sekarang semua dia dah tahu.
Semua dia dah puas korek.
Nyah la kau dari hidup aku.

Walau macam mana pun...
Di sebalik semua ni, ada hikmah dan nikmat Allah.
Masalah dia antara aku, dia dan dia, selesai. (Insyallah)

Aku berdoa,berharap, semua yang jadi dulu takkan jadi lagi.
Dan pray hard yang bahagia yang aku dapat ini akan berkekalan sehingga jannah.
love,
me