February 26, 2011

another love united

hari ni hari persandingan zana & qabir sebelah qabir kat dewan presint 8..aku pergi dengan izam..
aku pakai baju yang merah hitam, sama gak dengan izam. kitorang ala-ala kapel of the year la hehehe

tapi masuk2 je dewan tadi,aku dah segan sebab pengantin pun pakai baju kaler sama..merah hitam gak hikhik..
alamak gambar pengantin dalam kamera, kamera kat atas huhu...malas la nak amik..biar la dulu hehe tapi memang agak sama..aku dah naik segan dengan zana tadi hehe.. takpe,pape pun dorang dah selamat dah...aku je tak tau bila huhu...

February 24, 2011

sila jangan EMO sangat boleh?!

wahhh marahnya,marah kat sape tu cik nina?
sape lagi.....hormon dalaman ni ha!
okies, aku mengaku yang 'bendera merah' sedang berkibar sekarang..
tapi selalunya mana ada emo2 ni time period.tanya la semua orang yang rapat dengan aku...dorang pun kadang tak perasan bila masa aku period sebab aku memang bukan jenis emo time period.

tapi kali ni, taktau la apa si hormon ni nak...dia asyik emo je manjang...penat mak noqs
dah la emo manjang,plus sengugut pulak.selalunya senggugut hari pertama je..pastu takde dah...ni hari pertama senggugut, hari keempat senggugut lagi..adoyai,incik hormon, apa yang sedang anda lakukan ini?

haaa cakap pasal asyik emo, aku sekarang ni pantang la orang cam buat tak layan sikit, mula la terasa hati...
sikit-sikit nak terasa...tapi yang terasa nya dengan sorang je...huhuhu..orang lain cam tak bagi kesan sangat..

orang tu agak bizi dengan kerja dia this week and jarang la nak dapat chat or sms or call dia time kerja..itu pun aku nak emo..apa daaaa.. aku emo,dan aku rasa dia tahu dari suara aku..hari tu pun sebab dia lambat,aku marah dia..ugut nak blah kalau dia tak sampai lagi 5 minit. haaa scary weyh! tapi nasib la bila pandang muka dia jadi sejukkkk je *gediks* so takleh marah lama2 huhuhu

but seriously, i hate this! tak suka la emo2 ni..tolong la behave wahai hormon!

February 22, 2011

day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.

ni pic aku semalam..disebabkan entri ni sepatutnya aku buat semalam so aku post picta semalam
baju polkadot baru.beg polkadot jua.
okay picta sudah.3 good things that happened in the past 30 days...urmmm this is tough..

first : pergi kelantan dengan orang yang disayangi hahaha bosan orang yang dok baca cerita ni ulang2..

second: aku dapat belajar banyak benda baru dengan kerja baru aku ni. (walaupun kadang2 tak larat nak kerja)

third : aku cuba untuk build repo dengan ramai orang kat tempat kerja and nampak cam okay je semua orang dengan aku...

tak de mende sangat yang jadi last month...so just cerita kecik2 je..

eh eh sedar tak sedar dah habis dah challenge ni..urm memula je semangat nak buat hari2 challenge ni tapi lepas dah gi kelantan for a week than no access to internet, mula la malas huhu

-fin-

February 21, 2011

aku merinduimu...ting tong

sincere love
sincere kisses
sincere smiles
sincere laughs
sincere cuddles
sincere conversations..

why is it so hard for me to gain it from you?

look deep into my eyes..
can you see the true love shines from within?
can you see a sincere heart loving you?

let me put your right hand on my chest and your left on yours..
would you feel the same heartbeat?
no, right?
because why...
i sincerely,
deeply,
honestly,
unconditioned 
loving you for the past 15 months.. 

but to you...
i'm just a side course meal for you right..
just a second choice..
just a substitute..

don't you know that i would rather being hurt by hearing the truth than smile hearing lies..

i hope one day....one fine day..you will realized how much i mean to you..
one fine day babe..one fine day..
GOD is always being fair to His slaves..





I wonder..

I wonder if I didn't update my FB status, didn't tweet, didn't check in foursquare, didn't reply your text, didn't answer your calls for a week...

what would crossed your mind?
Would you think I'm sick?
Would you search for me?
Would you be worried?
Would you think I'm dead?

Or you just don't care?!
Hurmmmm..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

February 20, 2011

day 29 : something that you could never get tired of doing

first and foremost....

day dreaming hehe aka berangan hehe

aku memang suka berangan..setiap malam before tidur mesti nak berangan dulu..tak sah kalau tak berangan..

and the second one.....i could never get tired of LOVING... loving you (KG) is the precious thing...i could never get tired of loving you...cares for you...

hahahaha kebanyakan entri aku dok cerita pasal KG je...kihkihkih

day 28 : in this past month, what have you learn?

sepanjang bulan lepas....banyak yang aku dapat belajar, experienced..

antaranya aku pergi kelantan dengan KG dan kawan dia. dalam perjalanan kitorang tu, aku dapat create moments with him. walaupun aku cakap dengan dia aku nak pergi kelantan sebab nak melawat kawan2 aku kat sana...tapi sebenarnya aku pergi sebab aku tau dia nak balik tapi terbatas sebab kereta dia bukan in a good condition. aku takut jadi apa2 kat dia so aku ajak balik naik kereta aku. memang la aku tak duduk rumah dia, tapi balik sekali =)
banyak gak la sweet moments dengan dia kat sana...

lepas tu lagi..urm aku belajar something new in my job scope.takyah la cerita sangat pasal kerja sebab bukannya ramai yang paham hehe..

pendek kata banyak la yang aku belajar tapi biar la aku keep it to myself....

day 27 : what kind of person attracts you?

ahaaaa...of cos la aku nak cerita pasal lelaki hehe

first thing yang akan buat aku nak pandang lelaki tu adalah ketinggian dia yang melebihi aku! aku mesti la nak lelaki yang tinggi sikit dari aku.even seinci hehe..

pastu aku suka tengok lelaki yang berkulit cerah/putih tapi bukan lah yang gebu, jambu tu hehe.

aku suka tengok mata lelaki yang kecik,kuyu, sebab nampak romantik hehe

aku gak suka tengok bibir lelaki yang nampak merah2 eventhough dia perokok tegar.

lagi lagi aku suka lelaki yang senyuman dia mencairkan jiwa hehe

aku suka lelaki yang kelakar, banyak benda dia nak bercerita.aku tak gemar sangat orang yang pendiam...

and 1 lagi benda pelik yang orang tak paham kat aku ni, aku suka bad boys. bukan lah bad sangat sampai bunuh orang. tapi aku suka lelaki yang ada life.camne nak cerita ek. aku suka yang malam weekdays, dia takde dok rumah je,dia keluar minum dengan member2..yang tau pergi club,party (tapi bukan kaki). aku pelik gak kenapa aku suka lelaki camni.pendek kata aku tak berapa gemar lelaki yang skema.. hehehehe

lagi....aku suka lelaki yang hormat orang tua dan suka budak hehe...

dan dan dan aku suka lelaki yang ada punggung hehe orang kata punggung separuh bulan.hahahahaha

ok bai.

February 19, 2011

day 26 : a photo of somewhere you want to go

tempat yang aku dah jatuh cinta and teruja gila nak pergi sebelum menutup mata adalah:

bora bora island, tahiti

ya Allah cantiknya ciptaan Allah.memang jatuh cinta gile dengan kecantikan beach dia..
memang la first and foremost sebelum mati nak pergi mekah tapi itu memang impian semua muslim kan..

February 18, 2011

day 25 : who are you ?

my name is KHAN! ahaks khan la sangat,hidung penyet hahaha

okla, pe lagi yang nak diceritakan mengenai NINA FAIRUZ?

kebanyakan info dah ada kat entry day 23 : 15 facts about you.

okay la..aku ni boleh dikatakan senang masuk dengan sapa2 aje. bawak la aku ke mana pun, campak lah ke mana pun, aku memang senang masuk. tapi... ha ada tapi... untuk 5 minit yang pertama memang aku akan senyap je..lepas tu boleh lah start borak hehe. kalau cam aku rasa kacip sangat, tak tau nak borak apa, aku tumpang senyum n gelak je hehe

aku juga adalah anak sulung tapi selalu disalah anggap oleh semua orang yang aku ni sama ada anak bongsu, ataupun anak tengah. sebab aku ni takde rupda dan takde tokoh sebagai anak sulung.ramai cakap aku ni nampak macam anak manja. (biar betul?!) bebudak kat ofis ramai tak caya aku ni anak sulung. mana ada aku manja la wei #fliphair hehe. tapi aku memang agak manja dengan adik-adik aku. kalau outing dengan dorang memang aku akan pegang tangan dorang, peluk2 macam kapel hahaha...sampai gefren adik aku jeles kikiki

aku suka karoks, tapi bila aku karoks dengan memember yang suara sedap, aku jadi pemalu hehe...aku takmo nyanyi sebab suara aku tak sedap hehe. sampai pernah kena sound dengan qila, ala enjoy je bukan nak masuk ujibakat AF pun hehe.

erm banyak la benda nak cerita kalau nak dibentangkan kat sini...cukuplah kot sekerat dua ni huhu..bosan pun kalau baca banyak2 (ada ke orang nak baca)

February 15, 2011

day 24 : a photo of something that means a lot to you

day 23 : 15 facts about you

facts about me..hehe malula...

nama penuh nina fairuz,nama kosong nina
umur baru 25 tahun (baru?WTH?)
lahir sebagai seorang perempuan pada 17 mei 1986
suka,gila,obses kepada warna PURPLE/UNGU
anak sulung dari 4 orang adik beradik (adik semua lelaki dan selalu dibuli)]
suka sangat makan apa2 berkaitan coklat,mangga.
tak berapa boleh masuk makan mee goreng mamak tapi sangat suka roti pisang
dah nak masuk kali ke 3 jadi pengapit, pasni kena stop kalau tak orang cakap lambat kawin
sangat passionate bout weddings,arts n crafts,handmade cards
sangat tak reti potong kuku sendiri-mesti akan senget benget
sangat loyal, bila dah sayang someone memang tak la ada orang lain
sangat teringin nak try bungee jumping, sky diving, ATV riding
sangat over-protected,kena balik rumah paling lambat pun kul 10malam
pernah belajar kat gombak,chenor,tanjong malim dan kota bharu
sedang menyayangi seseorang yang sangat2..

okay cukup 15!

day 22 : a letter to someone who hurt you recently

emm letter to someone who hurt me? recently? how about to someone who made me cry and laugh at the same time?

dear you, F.I
terima kasih diatas segala memori yang tercipta..
terima kasih kerana beriku peluang untuk berkawan denganmu...
terima kasih kerana kau pernah membenarkan dirimu bertakhta dihatiku...
terima kasih kerana tanpa kau sedar sebenarnya kau telah menjadi seorang yang sangat penting dalam hidupku..

kau telah menjadi sebab untukku bangun dengan ceria setiap pagi..
kau telah menjadi pembuai mimpi2 ku setiap malam kerana ku sentiasa teringatkan mu..
kau adalah antara penyebab utama setiap senyum dan tangisku kebelakangan ini..
kau juga adalah antara penyebab aku bersemangat untuk meniti hari-hariku..
kerana kau membuatkan ku rasa diriku penting untukmu..

ingatkah kau pernah berkali-kali ucapkan terima kasih diatas setiap pertolonganku kepadamu..
dan aku membalas..'kau pun pernah menolongku'
mungkin kau tidak sedar bahawa kau adalah penyebab untuk....
aku melupakan orang yang pernah ku sayang selama ini,yang telah ku ambil masa 2 tahun untuk kulupakan..
kau juga penyebab untuk wajahku berseri saban hari kerana aku bahagia bergelar sahabatmu..

aku senantiasa memohon kepada Illahi agar setibanya saat untukku pergi dari hidupmu nanti,
kau akan dapat berubah menjadi seorang yang aku harapkan,yakni yang lebih baik dari sekarang..
aku juga berharap kau akan mengingatiku dan kenangan kita bersama...
kau akan tersenyum tatkala kau melewati tempat-tempat yang pernah kita kunjungi..
untuk ke sekian kalinya F.I,
aku ingin kau tahu bahawa aku teramat menyayangimu sehingga tiada ruang untuk insan lain..
tetapi ku tahu siapaku disisi mu,cuma seorang sahabat..
mengetahui bahawa aku antara insan penting dalam hidupmu,cukup buatku bahagia..
mengetahui bahawa kau menghargaiku,cukup membuatku puas..
apa yang aku inginkan hanya kebahagiaan dan kegembiraan mu,walaupun ianya tanpaku...






February 13, 2011

day 21 : a photo of something that makes you happy

ermmm banyak sebenarnya gambar yang buat aku happy sesangat...

gambar familia
 gambar dengan memember time dinner etiqa

 gambar lompat-lompat masa kat teluk chempedak
 gambar pakwe saya ehem Channing Tatum

gambar makanan terutamanya chocs and cakes!

day 19 : a picture of something you want to do before you die

eh eh ni soalan ulangan ni..saje nak uji aku ke ape...

malas la nak post 2x plak kan pasal benda yang sama...ok NEXT!

February 11, 2011

day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex

aiyark termiss lagi beberapa hari...super duper busy la lately..balik rumah je dah penat,letih,exhausted,tired dan segalanya..

okay task kali ni,
5 things that irritate ME about opposite sex
 
1) men are so damn EGO! eventhough they misses or loves you, they wont tell you and let you wondering. and did they know it's hurt!
 
2) lelaki yang suka tabur janji manis kat pompuan! please be real!
 
3) lelaki yang kencing pancut pastu tak cuci balik especially kat toilet petrol pump yang unisex
 
4) lelaki yang suka meludah merata!
 
5) men who always act like he's single but the truth is he's married!

February 8, 2011

day 17 : how you hope your future will be

urm how i hope my future will be...??

there are so many hopes and dreams playing in my mind every single day.

first : i hope i can be a daughter that my parents proud of. a daughter that can ease my family burdens. a daughter that will always prays for her parents health, wealth and happiness. 

second : i hope i will be a successful career woman that not only success in career but also in my life. a success that can satisfy my passion. i'm dreaming of having a well-known and successful event management company.

third : i hope that i will be with someone who cherish me, catch me when i fall, be there first everytime i needed someone, loves me for who i am and who i'll be. someone that can made me feel whole..

forth : i hope that i can achieve every dreams and wishes in time... AMINNN

February 7, 2011

day 16 : a picture of someone who inspires you

okay, this is tough cos i have a few person that inspires me every single day but the one that on the top of the list is definitely my MAMA and ABAH



February 6, 2011

thoughts

 I hate the way you talk to me and the way you cut your hair..
I hate the way you drive my car, I hate it when you stare..
I hate the way you read my mind, I hate it when you made me calm..
I hate it when you hold my hands, I hate it even more when you're holding my heart
I hate you so much it makes me sick, it even makes me rhyme..
I hate the way you're always right, I hate it when you lie...
I hate it when you make me laugh, even worse you make me cry...
I hate it when you're not around and the fact that you didint call...
But mostly I hate it that I dont hate you..
Not even a little bit
Not even close
Not even at all....


 

February 5, 2011

day 15 : something that you don't leave the house without

hahah walaupun ini bukanlah rupa blackberry saya tapi i cant leave my house without it.sanggup patah balik ambil huhuhu.selain itu, of kos la my wallet..alamak tak de la pulak gambar wallet huhu..dan juga lupa pulak aku ada fon 1 lagi yang dah 6 tahun berkhidmat hehe

day 14 : a tv show that you're currently addicted to

owh yang ni tak dapat la 1 je tv show hahaha

you know you love me xoxo

NCIS

DON'T STOP BELIEVING

day 13 : a picture of your favorite band or artist

aiyark 1 je ke boleh huhu
susah betul ni..sebab aku ada banyak sangat artis pooojaaan

okay so here he is...

owh incik bruno mars
his eyes his eyes make the stars look like they're not shining
his hair his hair falls perfectly without him trying

day 12 : your current relationship,

ow ow... this question is kinda hard for me to answer...



emm kalau ikutkan soalan asalnya macam ni: day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is

well kalau ikutlan pada pandangan mata kasar, aku sedang single tapi kalau ikut pada pandangan halus dan mendalam,  it's complicated haaa.... macam mana tu..

okay being in a complicated relationship is complicated! i dunno whether he loves me like i love him or not.
it's not cool being in an unsolved riddle..but i chose this path so i have to bear with it.
i love spending time with him but we were like..urgh i dunno how to say it.okay next! 

day 11 : what's in your make up bag?

ohoooo i dun have a make up bag! do i have to have one? naaah..

okay let's just assume that my handbag is my make up bag cos i have lotsa stuffs in my handbag ahaks...

ada ini :
two way cake foundation miyami-cosway

silkygirl gel eyeliner
nina ricci perfume haha namaku disitu

okay kalau make up thingy, itu ajelah hehe
yang lain junkies huhu

day 10 : a photo of your favorite place to eat

okay the challenge continues..
my favorite place ha...ayooo banyak favorite ni..guano? ehem tiba2 keluar loghat kelantan lak ni..
okay jap2 pikir lagi kat mana aku suka sangat makan..

haaa ni memang faveret fast food aku..tapi kat kl tak de la mekdi yang camni gayanya huhu

day 9 : a photo of the item you last purchased

banyak sangat rasanya barang yang aku purchased. yang aku ingat last sekali aku purchased makanan yang sangat banyak untuk dimakan dalam perjalanan kelantan ke kl.


aha inilah yang terakhir sekali aku beli..rocky stick! sangat best mamam masa driving hehe

day 8 : a song that match your mood

alamak terlalu seronok berada di kelantan sampai lupa nak sambung challenge ni. (padahal takde berukband kat sana)

okay kalau diikutkan mood saya pada saat dan ketika ini, bercampur-campur.. kejap nak pikir lagu apa sesuai...


akhirnya ambil lagu ni sebab lagu ni terngiang-ngiang dalam kepala otak lepas KG mainkan lagu ni 5 kali pukul 1 pagi tadi.

aku akan pergi dari hidupmu sayang...
aku harapkan bahawa aku telah mencipta banyak kenangan bersama yang boleh kau abadikan dan kenang sepanjang ketiadaan aku nanti..
satu yang perlu kau tahu, aku sangat suka kehadiran kau disisi ku..kau sentiasa membuatkan aku tersenyum walaupun hanya dengan pandangan nakalmu itu..
kau sentiasa membuatkan aku senang, tenang dan gembira..
aku berharap kau juga berasa begitu sepanjang aku bersamamu...

a week with you

owh damn sepatutnya aku hupdate sambungan 30 days challenges tu tapi aku rasa karang la kot sebab apa yang aku rasa adalah lebih penting....

kenangan kat kelantan kinda sweet untuk aku sebabnya aku terasa macam rapat sangat dengan si dia..
setiap hari mesti kitorang hang out sama walaupun jarak rumah dia and rumah ayu makan masa 40 minit. banyak gambar kitorang tapi aku tau aku kena hormati dia punya 'saham' and lagipun kitorang punya relationship kan complicated... tapi ada banyak gambar yang nampak sweet je ♥ 

dia bawak aku pergi jumpa parents dia..yang mana membawa makna besar pada aku walaupun aku tau aku bukan dikenalkan sebagai 'bakal' ahaks.
kitorang banyak spent time together..gi beach..lepaking dengan kawan2 rapat dia..
owh i just love being around him..
one thing to say, he was being sooo sweet when we were in kelantan. that makes me overwhelmed.
walaupun kitorang tak dapat nak date berdua je kat kelantan sebab 'PA' dia ada je kat mana kitorang ada hehe.


tadi masa kitorang on the way balik KL, dia ada pegang tangan aku...lama...and kuat genggaman dia..
bila aku tengok genggaman tangan tu,aku tiba2 rasa sedih...sebab apa...?
sebab aku tau tak lama lagi aku akan lepaskan tangan tu pergi...aku akan lepaskan tangan tu bila sampai masanya yang aku tahu dan yakin yang dia dah berubah..aku tau masa itu akan tiba sikit je lagi sebab aku tengok dia makin better.
aku tau sepatutnya aku walk away lama dulu..tapi aku sedar yang mula2 dulu aku berkawan dengan dia sebab nak tengok dia berubah..so bila dia dah berubah aku akan walk away sebab by that time, dia tak akan perlukan aku lagi..

masa dalam kereta, dia dedicated lagu Pegi by Aizat untuk aku sempena kepergian aku dari Etiqa. dan dia saja nak kenakan aku ulang lagu tu banyak kali sebab dia tau aku menangis masa Eddy nyanyi lagu tu untuk aku before aku berhenti.dia cakap tangga Etiqa 4C yang merapatkan kitorang dan kalau dia pergi dulu, mesti aku akan teringatkan tangga tu.. sementara tu dalam hati aku bermonolog yang aku memang akan pergi dari sisi hidupmu soon.....whether u like it or not or to be exact, whether i like it or not, that is the decision i have to choose.

emm dah la kot aku membebel mengarut..saja nak luahkan perasaan hahaha