October 14, 2011

kenapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis?

Aku baru baca satu artikel dari FB. quite interesting,just wanna share with uollsss (^.^)

kalau nak tau kenapa jari perkahwinan disarungkan ke jari manis, cer try test buat macam yang diarahkan di bawah...


satukan kedua tangan anda ...dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).




permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....



1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.



2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.



3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.



4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.



*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.
 
 

October 12, 2011

hye sweet stalker

Aku sangat-sangat pissed off bila ada makhluk Allah ni sibuk-sibuk hal aku!
okay fine aku admit yang aku pun once stalked her fb tapi dah stop lama dah sebab aku menyampah and i have better things to do! in fact, aku rasa i have better life than you!!!

kalau setakat stalk senyap-senyap je sudah la, ni sibuk post kat wall dia pasal apa yang aku post (orang lain yang bagitau aku) dah la tu, sibuk bagitau KG aku kalau apa yang aku post kat wall tu ade kena mengena dengan KG aku tu!! (sapa yang tak tau cerita memang takkan faham,sori (^.^) )

kamon la girl, grow up!!!
i am kind enuff not to hate you and attack you back
tolong la get a real life will ya?!

selama ni aku tak pernah benci kau, aku tak pernah salahkan kau dalam semua segi..segalanya aku bagi kau menang,aku mengalah tapi sekarang.... kau memang dah switched on suis kemarahan aku!!

jangan lah sampai tahap aku benci kau! aku tak suka benci-benci orang tau tak!
sekarang ni kat wall fb aku,aku kena jadi plastik sebab aku nak sakitkan hati dia bila baca status aku...
tapi aku takut member-member aku salah anggap lak,ingatkan dalam hati ada taman and nak muntah baca status aku yang jiwang tuh hahahah





October 11, 2011

Akhirnya!!!

yeah akhirnya berjaya jugak aku menempekkan signature ke dalam blog ku ini hehehe...

mekasih kak nurul (^.^)

October 4, 2011

i am sorry

Pelindung rahsia perempuan.shhhhh...

Semua perempuan akan datang penyakit bulanannya. Suka ke tak ke, mesti kena hadapi penyakit tu (^_^) apa lagi, datang haid la..
Macam-macam pe'el bila perempuan datang bulan kan, ada yang nak mengamuk je, ada yang nak nanges je, ada yang nak makan je.. macam-macam la..

tapi semua tu berkaitan dengan hormon. tau tak sebenarnya pemakaian pelindung rahsia a.k.a pad pun adalah mempengaruhi mood kita semasa period?

yela, cuba bayangkan kita pakai pad yang tebalnya macam pampers baby tu.selesa tak? konfirm tak kan?
nak pakai seluar ketat pun tak cun, nampak terbonjol je hehehe

ada yang suka/selesa pakai maxi,overnight,slim etc. dan pad pun ada macam-macam jenama dah sekarang, tengok je iklan kat tv macam-macam ada! kalau aku pulak, aku lebih selesa pakai Kotex sejak azali lagi. bukan tak pernah try brand lain tapi entah lah, Kotex jugak yang serasi.

Aku memang selesa pakai yang overnight, tak reti nak pakai maxi.  tapi overnight tu paham-paham jela, tebal dan panjang. memang kengkadang agak kurang selesa tapi aku rasa secure sebab dia panjang. Tapi sekarang aku dah tak payah risau lagi sebab dah ada Kotex Ultrathin Overnight (^.^) sangat selesa dan rasa macam tak pakai pad pun. Satu lagi pad Kotex yang aku suka, Kotex Style Overnight, memang selesa sangat! sebab dia menyerap ke dalam,cumanya harga dia slightly mahal.

So sesapa yang selalunya pakai overnight yang tebal-tebal tu, ce try yang baru punya Kotex Ultrathin Overnight ataupun Kotex STYLE Overnight

*aku tak disponsor oleh kotex untuk buat entri ni pun hehehe sesaja je*

October 3, 2011

Jamuan Raya BSFJ

haaaa dah lama gile tak update blog..bukan apa,jiwa tersangatlah kacau sehinggakan kalau aku blog mengadu masalah aku kat sini, konfirm aku akan nanges..

okay tak mo nanges nanges, ni aku nak bercerita pasal jamuan raya bahagian aku.

jamuan tu 27hb Sept. actually combined dengan meeting sekali. kiranya sambil menyelam minum air la ni..
memula ada la presentation dari Dato' and etc... pastu ada ceramah agama tajuknya Bagaimana Rasulullah Menyambut Aidilfitri.. after that jamuan makan...macam2 ada! biasalah juadah raya, do i have to name it one by one? takyah la kot...juadah standard hehehe..masa dok makan-makan, mulut penuh dengan satay dan rendang ayam, ada la diselit-selitkan lucky draw. majority yang dapat lucky draw adalah ibu-ibu mengandung! aku sangat jeles! tapi tapi tapi.... tiba-tiba nama aku dipanggil sebab dapat hadiah misteri iaitu hadiah orang paling ceria, sporting! OMG! lihatlah dunia hahaha...okay lepas dah buncit perut, sambung balik dengan ceramah tapi kali ni ceramah dari seorang penganalisis jenayah yang memang feymes, Kamal Affandi! he's hillarious! memang best gile, dari mula sampai habis ceramah, semua tak berhenti gelak.



okay now,let's camwhoring hehe
bersiaran dari meja pendaftaran.nampak bunga didada? (^.^)


we olls pakai sama kaler uolls

kanak2 riang ria ribena hahaha
haaa inilah muka paling ceria n sporting BSFJ! cam tak caya je hehe tang mana yang aku ceria pun taktau la (^.l^) thanx kepada yang mengundi hehehe

owh perasan tak gambar ketika makan tak ada...ini adalah kerana kami kusyuk makan sampai tak sempat amik gambar hehehe

sekian~peace out~