December 31, 2012

Bittersweet 2012










♥ 31.12.2012 ♥ 10.00am ♥ Bilik PA Pengarah ♥

Seperti kebiasaannya la kan, mesti nak kena buat recap sepanjang tahun hahahaha
Bukannya apa, tahu memang orang takde la beriya nak baca tapi sebagai motivasi untuk diri aku sendiri supaya do better next year.

2012 adalah tahun yang aku boleh katakan tahun airmata untuk aku.. Terlalu banyak dugaan dan ujian yang DIA turunkan. Tapi aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa setiap satu ujian dariNYA adalah tanda kasih dari DIA. maknanya DIA tetap nampak aku sebagai hambaNYA. Ujian untuk menyedarkan dari kealpaan. Ujian untuk menguatkan diri lebih dari yang kita tahu. Aku redha dan bersyukur diatas segala dugaan dan ujian itu. DIA masih nampak aku :')

Okay, let's recap my 2012! (excited lebih sengsorang hahaha)

♥ JANUARI ♥
  •  waktu ini, hati terlalu rapuh, terlalu emosi dan sedang menyediakan diri untuk mengalah dan melangkah. dah terlalu penat untuk berperang dengan airmata... tapi entah kenapa kekuatan itu masih ada...

♥ FEBRUARI ♥
  • Menang lucky draw masa pergi konsert Avril Lavigne!!!!!! dapat blackberry curve 3G woot woot dan sekarang Blackberry itu ditangan incik kesayangan hehehehe

♥ MAC ♥
  • Dapat tiket free pergi konsert Jessie J! Pergi dengan Ayu. Tiket first class pulak tu hehehehe
  • Dapat tiket free VIP seat untuk CUCI The Musical! heheheh gigih pergi Maju Junction untuk tiket free tu dengan wawa. Siap dapat salam dengan Hans! OMG!! of kos la pergi teater tu dengan incik FI hehe 
♥ APRIL ♥
  • Nothing much. still holding on him... Masa ni aku bagi dia masa / dateline sampai Julai je untuk dia pilih siapa antara aku dan that girl.. Sumpah masa ni amat penat untuk berperang lagi  
♥ MEI ♥
  • Dapat pergi Perhentian!!! Best gile wei!!! best la sebab fully sponsored by office hehehe sebab ada Bengkel kat sana.
  • Masa hari nak bertolak ke Perhentian, FI hantar ke LCCT tapi pagi tu masa kat rumah dia, dia terlanggar kereta jiran dia and kereta myvi tu kemek bumper :( nasib baik sempat catch flight huhuhu.. and malam tu he settled everything..
  • My birthday!!! Tapi sedih time ni sebab FI kat kelantan masa my birthday.. FI bagi..... adalah hehehe
♥ JUN ♥
  • berdebar gila sebab dateline untuk FI buat keputusan semakin hampir..... 
  • FI minta extension sampai December untuk dia clear everything with her.
♥ JULAI ♥
  •  Dia korek. Dia gali. Dia jumpa twitter dan blog aku!!! aku taktau hantu apa yang dah merasuk dia dan dia meroyan dan memaki aku big time!
  • Akhirnya, everything between him and her has ended. Syukur sangat ke hadratNya. DIA memudahkan tatkala aku memang nekad untuk mengalah dan melangkah... 
  • First time ever teman FI pergi memancing hahaha semangat ni nak teman dari midnite sampai ke pagi, alih-alih aku ternganga tidur dalam kereta. 
  • Masa keadaaan belum betul-betul pulih sepenuhnya antara kami bertiga... Aku pergi Kelantan sebab ada audit dan pergi dengan FI hehehe.. siap spent time dengan his parents. Siap bawak mak dia pergi klinik occay hahaha 
♥ OGOS ♥
  • Bahagianya dapat keluar date tanpa ada gangguan lagi hehehee
  • Tapi dugaan maha hebat. Dugaan pada dia. Dugaan pada aku juga.
  • Hari Raya Aidilfitri makin hilang serinya.... Kami dah takde kampung huhuhu.. Setiap kali balik Terengganu mesti ada je perbalahan. Bosan dan penat
♥ SEPTEMBER ♥
  • Nothing much jugak. Cant recall anything yang best.
♥ OCTOBER ♥
  • Najib announced bonus sebulan lagi !!!! alhamdulillah ^_^
  • Had an intimate birthday celebration of his. Small cake. Just the two of us. Syukur and bahagia sangat sebab last year memang tarikh ini, aku tengah makan hati berulam jantung sangat2
♥ NOVEMBER ♥
  • Nothing much jugak cuma embraced all the quality and priceless moment yang aku tak dapat for the past 3 years with FI ^_^ 
♥ DISEMBER ♥
  • Bulan ni adalah bulan yang paling aku menyesal apa yang terjadi. Sangat sangat kecewa. Dan aku berharap aku takkan lagi ulangi perkara ni.. Biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja yang tahu.... Aku taknak ingat kejadian ini tapi akan dijadikan pengajaran sepanjang hidupku... 

So that's all la kot. Banyak yang aku dah lupa apa yang jadi hahahaha
Well, for 2013 aku berharap dan berdoa agar ianya akan menjadi tahun yang baik untuk aku dan orang-orang yang aku sayangi...
Aku berharap agar aku dapat jadi a better NINA FAIRUZ as HIS servant, as a doter, as a sister, as a lover, as a friend and as a worker. aminnnn

LOOKING FORWARD TO MEET YA 2013!!

December 16, 2012

I was excited in a good way but...

Semalam aku tuit : 'Dimadukan dengan zynga poker'

Dan yang paling unsangkarable adalah pompuan tu reply this : 'you are so lucky ianya hanyalah zynga'

Memula aku memang macam happy bila dia reply,maybe dah takde buruk sangka dia pada aku... Aku excited called ayu n syaza bagitau n tanya dorang nak reply apa. Both of em suruh aku reply elok2,baik2 which that was exactly what I had in mind. Tapi... Bila aku tengok tuit dia yang selepas itu, bunyi dia macam ni : 'Dia hanya madukan kau dengan zynga, tapi aku dimadukan dengan kau. Can't you see the different?'

Wooo what's that supposed to mean? Kau nak cakap aku tak appreciate FI ke sampai aku complained pasal dia asyik main poker je? Hell no! I wasn't complaining or whinning.. Why on earth kau fikir macam tu? Aku tak faham,sungguh!

Lepas minta a few opinion, aku reply : sory,sincerely didn't mean anything.please stop read my tuit if its make you sad. U only make yourself suffer.

Demi Allah, aku sayang FI dan tak de nak merungut pasal kegilaan dia main poker or apa-apa pun. Aku terima dia seadanya. Kau fikir, lepas all the fights, pasal main poker pun aku nak complain? Silap la... Jangan risau, he's in a good hand.

Please stop worrying bout FI and start taking care bout your fiance please. I know it's damn hard to move on but you're engaged and about to get married. If you don't want to respect me, at least respect your fiance,your future hubby...
~NF~

December 13, 2012

FELINNA INCHLOSS LOTION

Percubaan untuk selim melim!!!

Memula hari tu macam was was nak beli Felinna Inchloss Lotion ni sebab takut macam pakai lotion2 slim yang lain dulu yang mana tidak berkesan!

Tapi dok survey2 testimoni and my cousin, Tya adalah pengguna dan pengedar jua, makanya aku pun try beli dengan Tya.

Tya pesan : sebelum pakai, ukur dulu.

tapi aku, lupa -_-"

target part aku adalah:

  • peha
  • lengan yang gelebeh-gelebeh tu
  • tummy yang dah macam triple cheese burger -_-"
  • betis yang macho sangat cam jantan -_-"

Sekarang ni dah nak dekat sebulan aku try lotion tu. Aku pakai setiap kali lepas mandi. sehari 2x, kadang2 sekali je sehari sebab tak sempat pakai masa pagi.

resultnya:

  • seluar dah terasa kelonggaran di bahagian peha
  • lengan dah less gelebeh.baju kat bahagian lengan dah longgar.
  • perut tak banyak hilang inci sebab makan sangat banyak lately -_-"
  • betis dah jadi lembut sikit lemak dia,compared to before this yang keras kental huhuhu
  • selulit dah less kelihatan ^_^
Ini adalah betul, bukan tipuan! memang aku tak ukur, tapi badan kita, kita boleh terasa sendiri perubahannya. baju pun dah longgar sikit kat lengan. result tu mestilah berbeza-beza antara semua orangkan... tak sama kan kadar lemak setiap orang. pada badan aku, dengan lemak tepu kental ni, sikit2 dia melembut dan mengurang... insyallah akan konsisten pakai lotion ni.

yang paling aku suka pasal lotion ni, dia tak panas sangat bila kita sapu kat badan. bau dia wangi, tak macam kebanyakan lotion kurus yang bau macam minyak angin dan agak malu nak pakai bila keluar. tapi felinna bau macam bedak,soft2 gitu.. pakai time gi keje pun tak segan.

Okay, sesiapa yang nak try Felinna ni boleh lah order dengan iolls ye kengkawan ^_^ RM75.00 je sebotol. boleh whats app/sms/call kat 019-2534105  kalau nak tanya tahan berapa lama, ikut kepada berapa banyak yang kita pakai la..banyak parts kita sapu, cepat lah habis hehehe kalau nak tau lebih pasal Felinna, ace pergi visit fb www.facebook.com/anggunboutique1 kat situ ada further info.


 
ni stok yang baru sampai hehehe
 
 



December 4, 2012

ShoutAwards2012!

23 / 11 / 2012 hari tu gigih aku, aiman n ayu pergi Sunway Lagoon Surf Beach semata-mata nak jadi screamers!!!

Memula ingatkan akan dapat tshirt shoutawards hari jumaat tu gak, alih2 dia suruh pergi amik kat ofis dia bulan depan -_-" aku pakai singlet n cardigan je sebab ingatkan nak sarung je tshirt tu...ayu siap gi beli tshirt baru sebab dia pun ingatkan macam tu... sengal la organiser ni!

Dah la bagi arahan tak clear, kejap suruh kitorang beratur kat sini, kejap kat sana.... malas la dah aku lepas ni...

Okay, cukup lah disitu mengatakan ketidakpuasanhati pasal volunteer team huhuhu

Kitorang dapat tempat depan stage sebab kitorang jadi tukang jerit hehehe

Jap nak letak gambar hehehe

Kitorang memang dekat dengan stage and kalau nak amik gambar artis memang clear la malangnya bateri masing-masing kong sebab awal gile kena ada kat sana...

So just a few camwhored pictas before show started heheheh

 
 
Kat sebelah kitorang ada la a group of college girls yang memula aku tengok dorang ni poyo-poser-gedik-perasan lebih tapi akhirnya my conclusion adalah memang BETUL PUN!!!!
 
Al-kisahnya, dorang ni aku rasa kaki club kot, bila music electro, techno je dorang layan joget, lagu lain dorang boo. Siap jerit tukar la performance lain!! WTH?! ingat show tu untuk please kau je ke? Pastu ada la 2 orang mamat yang pakai kemeja kotak2 tak berapa hensem cam nak tackle salah 2 orang dari dorang. Yang sorang girl tu bolayan maybe sebab dah ada bf kot. Yang girl sorang lagi ni memula aku tengok ingatkan just being friendly, and aku ingat mamat tu bukan taste dia... alih2 last2 event korang tau, mamat tu siap dapat peluk pinggang dia, dia pun lentok2 kepala n mamat tu cium2 kepala? Adoi, sedih aku tengok bebudak ni...baru je kenal a few hours dah camtu huhuhu Dah la mamat tu dok tolak2 ayu yang kecik tu semata2 nak dekat dengan pompuan tu. Ayu suruh aku berdiri kat spot ayu. Pastu dia tolak aku, aku tolak balik, aku kan besar apa ada hal! Pastu aku ketuk kepala mamat tu dengan balloon pillow yang kitorg dapat muahahaha padan muka!
 
Haaa tu la cerita nya... Lantak pi la kan dia bukan adik aku pun!!
 
Tapi tapi ni nak tunjuk retis2 yang aku suka dan jerit kuat gila baq hang bila dorang keluar heheheh
amy search yang awesome!
 
redza minhat yang hensem + sara ali yang comels
henry golding yang sangat......nvrmind

eh ramai lagi sebenarnya hehehehe tapi malas la nak amik gambar dorang bebanyak hehehe
 
anyway, the opening act sangat awesome!!!!! siap ada robot gundam and glowing skeletons in the dark!!!


 





December 2, 2012

Kenangan. Ada untukmu.

Tadi dengar lagu baru Najwa Latif feat Sleek feat sapa entah sorang lagi. Tajuk Sahabat.

Tak hafal lirik dia tapi it's bout being there for each other.he's been there when she was down, frustrated,devastated.

Terus teringat waktu FI down. Yang sangat2 down tahun lepas. Macam2 masalah menghentam bahunya. Dan aku ada disisi dia waktu tu. Sentiasa. Bagi sokongan, bagi semangat. Tapi sumpah aku tak sanggup tengok dia macam tu. Aku rasa kalau beban tu terletak di bahuku, tak mungkin aku sekuat dia. Allah jadikan FI seorang yang sangat kuat. Dan kekuatan itu adalah kekuatanku kini.

Cuma, aku tak dapat lagi tengok apa reaksi dia bila aku pula ada masalah seberat dia dulu. Alhamdulillah, hidupku stabil dari segi emosi, kewangan dan kasih sayang tatkala dia hadir dalam hidupku.

Aku berharap dia pun akan ada disisi aku sama seperti sewaktu aku ada disisinya... Always be and always will...
~NF~