December 12, 2013

kawan

baru mataku terbuka melihat warna sebenar dirinya
yang selama ini ku anggap sekepala rupanya tidak
baru ku lihat sikap pentingkan diri itu
baru ku sedar sikap tamak itu

aku salahkan diriku yang lambat menilai orang
aku salahkan diriku yang mungkin bukan sahabat yang baik untuknya

kadang tertanya
kenapa aku diberi kawan seperti itu
adakah kerana aku juga pernah begitu pada yang lain?

siapa yang nak ingat keburukan diri sendiri kan?
aku sendiri lupa kiranya aku pernah begitu

mungkin aku yang tak pandai berkawan
atau mungkin aku yang biarkan kepala ku dipijak oleh kawan

aku sedaya updaya cuba menjadi kawan yang baik
bahkan aku cuba untuk menjadi sister kepada mereka
tapi.. hurmm mungkin puncanya aku

October 31, 2013

61 days to 2014

Mak aiii lamanya tak menarikan jari jemari runcing debab debab ku kat sini hihihi
Bukan malas tapi tak tau nak share apa.. Kang bila aku share benda yang buat aku happy, kata aku poyo nak menunjuk.. kang bila aku share kata aku sedih bermuram durja kata aku tak redha haihhh susah hihihih

so, lagi 61 hari ke 2014! 61 hari lagi? seriously????

cepatnya lahai masa berlalu... aku terasa tua dan penat bila mengenangkan sekejap je nak tahun 2014. aku rasa macam tak banyak yang aku achieve tahun 2013 ni.. tapi i'm proud of myself sebab setiap apa yang jadi, aku jadikan iktibar, pengajaran, lesson learned.

aku bersyukur dengan setiap dugaan, nikmat dariNya. sangat bersyukur.
housemate aku pernah cakap kat aku 'akak tengok kau ni ceria je nina.. bahagia je akak tengok..macam tak ada problem'

gila tak ada problem? of kos la ada.. tapi aku rasa, terlalu banyak nikmat Allah bagi kat aku untuk aku mengeluh dan merintih bila diduga.. memang la bila ada problem kadang tu contohnya duit tak sampai hujung bulan dah habis, kerja banyak, gaduh dengan boyfie, etc. tapi aku ada orang-orang yang sentiasa ada untuk aku.. yang boleh tolong aku...dorang adalah rahmat dariNya untukku.. mama, abah, siblings, boyfie, colleagues, friends semua tu ada time aku nak merengek..

alhamdulillah aku dengan FI semakin bahagia. dan aku tengok hamba Allah tu pun bahagia dengan kehidupan dia sekarang. sungguh aku syukur dan happy sangat sebab Allah makbulkan doa aku.. aku sentiasa doakan hamba Allah tu bahagia dengan suami dia dan sekarang memang aku tengok dia bahagia... asalkan kita tak kacau life each other, cukup lah kan ^_^

sekarang ni aku baru melangkah sebelah kaki dalam investment. masih banyak kena belajar. harap-harap aku rajin untuk terus belajar ^_^

nanti dah nak dekat-dekat new year, kita buat recap ye macam selalu hihihi

May 4, 2013

TRIP TO SINGAPORE - PART 2

Haaa ni sambungan dari entri sebelum ni...

MISSION 2

 Camwhore kat Orchard Road! Hahahah sebabnya Orchard Road ada patung2 yang kalerful tu.. Sebenarnya Orchard Road ni ada mall yang banyak branded items tapi since misi shopping takde dalam misi we all, so takde la shopping punnnn just cuci-cuci mata je.. well, hasil pemerhatian kitorang, branded items kat sini murah sikit dari kat kl eventhough dah convert ke RM. Ada butik LV, DIOR, COACH, CHANEL etc


tangga lampu ^_^

MISSION 3

Souvenir hunting!!!! Setelah aku menelaah kat blog2 orang yang pernah datang Singapore ni, aku ajak bebudak senget ni gi Bugis Street untuk cari souvenir.

Bugis Street lebih kurang macam downtown kita gak la. ada jual keychains, tshirts, skirts, lighters etc. Aku nak beli keychains n tshirt je punnnn heheheh

 

 

Lupa nak bagitau, senang je nak ke Bugis Street ni, naik MRT lepas tu jalan kaki sikit ^_^. Kitorang balik dari Bugis Street dalam pukul 10 malam camtu sebab MRT habis dalam pukul 11 pm. takut terlepas lak.. Okay, tamatlah DAY 1.

untuk DAY 2, konfem-konfem sangat panjang sebab kitorang ke USS ^_^
Later la... for now, chiao ^_^

May 3, 2013

TRIP TO SINGAPORE (yang dah berzaman) - part 1

Booo nina, dah berzaman pergi singapore baru nak update blog!!! boooooooo -_-"

Bukan apa, takde mood nak update cerita panjang-panjang hehehe

Okay, sekarang kita cerita pasal trip ke singapore kitorang on 30/1/13-2/2/13

Day 1
  • Aku, Syaza, Hajar n Dilla decided untuk naik flight pergi singapore. Flight pukul 11.45am. kitorang beli tiket ni time promo tahun lepas RM55/person pergi je. Balik kitorang nak naik train weehuuu
  • Dalam flight, kitorang beli sesiap meal on flight -nasi beriyani sebab takut mahal sangat makanan kat sana.
  • Touch down kat airport Singapore pukul 12.30 kalau tak silap. Sesampai je kitorang terus camwhored hahaha
  • Kitorang pening sat sebab taktau nak naik MRT kat mana. Tanya orang ni tunjuk kat sana, tanya orang tu tunjuk kat situ. Pening! Last-last rupanya memang kat tempat memula kitorang pergi pfftttt
  • First thing bila nak naik MRT, kitorang beli Pass Card dia dulu untuk 3 hari S$30.00 kalau tak silap. Agak save la hasil dari survey kitorang sebab boleh guna untuk naik MRT dan Bus.
  • Dah beli Pass macam touchngo tu, kitorang menuju ke MRT Lavender. Sangatlah dekat stesen MRT dengan Mercury Bsckpackers (tempat kitorang meniduri). Kitorang booked hostel ni thru Agoda, wayyyy murah dari harga asal.(kalau tak salah S$ 147 untuk 2 malam sebab dia kira per bed). Hostel ni selesa, bersih. cumanya geli sikit bila memikirkan kongsi toilet but hey, we survived!
  • Dah checked in, rest-rest kejap sesambil pikir nak pergi mana dulu sebabnya kitorang ambil masa agak lama gak dari airport nak ke hostel kitorang. Kalau tak salah, pukul 2 lebih baru kitorang sampai hostel kitorang. Lepas rest-rest, mandi-manda, kitorang memulakan percutian :)
upon arrival ^_^

Mercury Backpackers- 4 bunk beds.

MISSION - 1
  • Misi pertama kitorang adalah nak tangkap gambar kat Merlion and Marina Sandbay hehehe.. Ktorg naik MRT ke sana. Cuaca agak best sebab tak panas and tak hujan. First naik MRT dari Lavender St. ke Raffles Place. Dari MRT station, we just walked to Merlion Park. Melalui Fullerton Hotel and akan nampak Marina Sandbay Hotel.


 
Mission 1- accomplished!
 
 
 
Mission 2 nanti sambung ye.. Panjang dah ni entry ni hehehehe



January 22, 2013

HATI KERINGKAH AKU?

aku selalu tersentuh bila baca status orang yang duduk jauh dari mak abah yang bunyi nya:
  • rindunya masakan mak!!!
  • rindunya nak peluk cium mak!!
  • balik ni nak tidur bawah ketiak mak puas-puas
sebab apa aku tersentuh? sebab aku tak pernah rasa macam tu.. serius, tak pernah. nak tahu sebab apa?

sebab yang paling utama aku rasa, mama seorang wanita yang hati kering. dia seorang wanita yang kental, jarang tunjukkan emosi dia. dia cuma tahu bebel dan marah. jarang nak tunjuk dia sedih atau rindu lagi lah jauh sekali. mama tak pernah tunjuk dia rindu kat anak-anak dia.. dulu masa aku sekolah kat pahang or study kat kelantan, tak pernah pun masa aku balik cuti, dia nak peluk cium ketat-ketat. aku tak diajar sebegitu. mama pun macam tak allow aku buat macam tu, entah. nak kata mama akan call tanya dah makan ke hari ni? how was your day? tak pernah aku rasa. dulu kalau mama call pun mesti ada hal lain. tak pun aku call mintak duit. entahlah kadang rasa, berdosa ke aku takde perasaan tu?

Abah sendiri mengaku mama hati kering sebab bila kes adik tu, abah lagi lembut hati daripada mama. sama jugak masa kes aiman buat perangai. abah lagi lembut hati. Aku kadang tersentuh sayu tengok orang yang jalan-jalan peluk mak dorang, cium pipi mak dorang... sebab aku takde. adalah jalan shopping pegang tangan mama sekali sekala tapi nak kata peluk cium before balik pahang or kelantan dulu, tak de kot..

Dulu masa kat pahang, budak katil sebelah tanya aku masa aku first sampai lepas mama abah tinggalkan aku kat hostel tu "kau tak nangis ke? tak sedih ke?" aku siap boleh jawab " tak,biasa je. kena nangis ke?" haaa nampak tak disitu..

Bila orang lain rindu masakan mak dorang, aku selalu terlintas, mama bukannya masak pun kalau aku balik. memang mama is a working lady. pergi kerja gelap pagi, balik kerja gelap malam. memang jarang masak. selalu bungkus je. kalau weekend pun benda yang simple je mama masak sebab sabtu pun mama kerja, ahad je mama cuti. so paling-paling pun mama masak spageti carbonara, nasi goreng sedap mama.

Eh jap, ada yang beranggapan aku burukkan mama aku ke? janganlah salah anggap.. she's my world but i just wanna express what i feel. aku cuma cakap aku tak diajar untuk tunjukkan kasih sayang aku dengan cara yang orang lain tunjuk. in fact kalau aku nak cakap aku rindu kat mama pun aku segan.
eh lantak lah orang lain nak fikir apa kan, bukannya dorang duduk dalam kasut aku.

ok tu je.

January 11, 2013

Day 10

:::: In My Car :::

Tadaaaa
Hehehe sila jangan muntah! Ini bukan aku yang tulis tapi FI yang tulis. Banyak kali dia tulis kat dashboard guna kapur. Mana dia dapat kapur pun aku taktau...

Pernah sekali abah drive kereta masa aku tidur. Nasib baik abah ingatkan itu adalah nama aku instead of Nina Faizul hihihi fuhhhh
~NF~

January 9, 2013

DAY 9

DAY 9 - FAMOUS

hurmmmm i have no idea nak letak gambar apa.....

Seriously have no idea.....

owh damn!!!! i'm gonna skip this muahahahaha

otak agak tepu nak fikir 
okbai


DAY 8

alamak, late entry huhuhuuh
takde masa semalam sebab agak bizi...

so for DAY 8 - Soon-to-be

Jeng.. Jeng.. Jeng...


hihihihihihihihihihihihihihihihihi
gatai sangat dah ni....

I dont know when and who's gonna be my future-imam but of course I want FI to be my future-imam ^_^ but Allah knows best and all I can do is say a little prayer and redha when the time come..... 

January 7, 2013

Day 7

:::SIBLINGS:::

These are my critters.
Ameer Farhan - the gendut!
Aiman Naim- the poyo!
Hilmi Ariffin - the....quiet one


~NF~

DAY 6

.MY WISH.
 


This is my ultimate wish. I dont know when but i'm sure that one fine day, i'll be there as HIS guest of honor. I really hope that I will be there this year, with my parents or even better, together with my husband :') Ya Allah, please fulfill my ultimate wish, my ultimate dream. Either to perform Umrah or Hajj... Please call me as your guest of honor....
 

January 5, 2013

DAY 5

..::: The One and Only :::...
NINA FAIRUZ! Hahahaha sangat poyo! Tampo diri sendiri!
~NF~

January 4, 2013

DAY 4

LUCKY.
I'm lucky to have you in my life other than my beloved familia.
Please don't let me go, hold me still. Forget yesterday, target for tomorrow, together.
~NF~

Day 3

JOY.

~NF~

January 2, 2013

Photo A Day #2

The word is READING.
This is what I'm reading for past few days ^_^

~NF~

January 1, 2013

Day 1 (A Photo A Day)

Disebabkan aku still dalam Bilik Bencana, ni je benda yang banyak biru.. Ye...peta... -_-"
~NF~

1.1.2013

Holaaa 2013!!!

My first entry of the year!! rajinnya..yelah sebab tengah duty kat bilik bencana, and sekarang lagi 10 minit nakk pukul 6am. cukup pukul 6,nak hantar report email huhuhu...


HEY 2013, I WONT ASK YOU TO BE KIND BUT ONE THING FOR SURE... I'M GONNA MAKE YOU AWESOME IN MY OWN WAY!!

so as a start, aku nak join A Photo A Day Challenge by Papier Love hehehe saja gatai...

Amende tu? Ni ha... ^_^