June 29, 2010

i wish he is more like him..

sms dengan orang lain, A tapi mengharapkan orang lain,B seperti A yang sentiasa sms dan call aku.
kejam tak aku ni?

agak kejam la aku rasa tapi aku tak boleh menidakkan perasaan aku. bila dah mula sayang dekat someone, agak susah untuk sayang kat orang lain pulak.
tapi kalau dah orang yang kita sayang tu tak sayang kita pulak, macam mana..

C pernah nasihatkan aku, lebih baik pergi kepada orang yang sayangkan kita walaupun kita tak sayangkan dia daripada menunggu bagai menunggu buah yang tak gugur.

aku pun tak sure..tapi kalau dah hati tak boleh nak terima orang lain dalam hidup kita, nak buat macam mana pulak.
aku tau aku cuma mengecewakan hati sendiri dengan menanti orang yang tak berikan jawapan pasti pada rasa sayang aku kat dia. tapi aku tak boleh nak hilangkan perasaan tu. susah gile!
takpelah,aku rasa aku redha je apa-apa.just follow the flow bak kata orang putih.

June 26, 2010

old town white coffee!!!

ni nak cerita something yang menggelikan!

semalam masa aku dan member makan kat OTWC,bangsar, ada anak TIKUS keluar dari bawah seat aku!! (nasib baik tak masuk dalam kain)

mula2 aku nampak benda bergerak keluar dari seat aku.aku pun pandang la..cik ti tu boleh berhenti tanpa menyorok.lama pulak tu.bila aku bagitau member aku,dia cakap mainan je la tu.. (ada ke pulak mainan)

then cik ti tu bergerak masuk bawah kaki meja meja sebelah aku.then dia bergerak lagi ke meja sebelahnya.nasib baik orang tu tak pijak dia.

aku geli geleman dah,tapi tak tau nak react macam mana.nak jerit macam ni ke? 'TIKUS!!!' nak bagitau manager dia pun aku tak tau nak bagitau macam mana..
then aku dan kawanku biarkan je.

tengah kitorang chit chatting, tiba2 ada orang jerit.kantoi!!
then agak kecoh sekejap sebab pekerja OTWC sedang cuba untuk menghalau cik ti tu keluar. aku pulak dah siap angkat kaki atas kerusi sebab takut dia masuk dalam kain!

eiuuu gross!!! teruk la OTWC ni sekarang!

June 22, 2010

bila diri tak dihargai..

terasa sangat diriku ini tidak dihargai pabila kesetiaanku selama lebih 2 tahun bagaikan tiada erti di matamu..
segala pengorbanan ku dipandang ibarat sampah selama ini..
tak cukup kah aku bertungkus lumus, berpenat lelah menghabiskan masaku kepada kamu-kamu?
apakah kesetiaanku selama 2 tahun ni hanya sekadar picisan?

hello! sedar lah sikit, aku juga menyumbang untuk KPI kamu!
aku bersabung tenaga selama 8 jam sehari untuk memastikan service level berada di paras yang membanggakan!
tak cukup dengan tu, aku juga menyumbang tenaga dan masa dalam apa jua aktiviti yang diadakan di sana!
kau butakan mata kau ke untuk melihat semua tu?

dulu aku masih ada nilai hormat pada kau walau apa pun keburukanmu yang dijaja oleh semua..
tapi kini,memang hilang terus rasa hormat ku kerana kau tak layak untuk memilikinya!
padaku kau hanya mementingkan diri!
budak hingusan kau berikan privilege itu..tapi aku...
ye aku sedar aku bukan lagi sebahagian dari kalian tapi tak bolehkah mengikut sedikit perikemanusiaan, kau memberikan privilege tersebut kepadaku..
pada saat dan ketika kalian memperoleh anugerah yang dibanggakan itu, aku adalah sebahagian dari penyumbang tersebut!
aku bukan sahaja menyumbangkan segalanya kepada  bawah pimpinan kau, malahan kepada seluruh organisasi!


aku tak hairan sekiranya ramai yang hilang rasa hormat padamu..
kau memang tak layak untuk itu!

June 18, 2010

missing you..

i have to admit that i really miss ECC! (yeah kepada warga ECC yang membaca,silalah bangga hehe)
emm cos why? here at my new place there is no laughter during working hour. peeps here are so serious doing their works. i only hear them laughing during breakfast and lunch hour at our pantry.

things that i miss the most being with ECC folks :

♥ laughing during work hour even under lotsa pressure from callers or bosses.
♥ chatting when there is no inbound calls
♥ chatting in the ladies' room woot woot
♥ IM with my colleagues just to spread the gossip or just to say ngantuk la..
♥ doing motivational xtvts such as pop quiz, decorating our workstation according to the theme etc.
♥ being super crazee with them. disebabkan benda kecik pun boleh buat lawak sampai gelak nak pecah perut.
♥ usik-usik our colleagues.
♥ ECC huge pantry with tv and couch hehe (we dont have it here)
♥ i miss the workloads and reporting time huhu becos here,i dun have that much job and makes me bored 
♥ and so on..

guys, i really miss u olls!!
therefore, i will be there at ECC this lunch hour even not for long but i guess it's enuf to release the feeling..
today ECC is helding a FANTASY ISLAND theme for all the teams there.so i wanna see it :)       

June 17, 2010

muvee + berfoya2

THE KARATE KID sudah tonton dengan family dan muvee tu memang best! ada humor gak and ada part yang suspen..and i started to adore JADEN SMITH! he's cute and his acting similar to his daddy.. tapi cumanya cerita ni more to kung fu instead of karate!
 
hari sabtu yang lalu,aku keluar berfoya foya bersama-sama LAI. and lai brought her friend, dayah.
kami menonton muvee Lagenda Budak Setan seperti yang diwar-war kan sebelum ni hehe

memula aku booked tix thru m2u konon-konon nak tengok show pukul 2pm tapi disebabkan aku ter-berangan masa drive kat hiway,aku terlepas simpang exit sg buloh! dan aku masuk duke untuk ke selayang.then JEM yang maha jem! aku keluar rumah pukul 11 lebih then sampai seri gombak pukul 2.30! mana nak sempat.suruh lai ambil aku kat seri gombak naik nouvo dia. kitorang pun merempit huhu. then ambil tix show pukul 7pm sebab pukul 4.30pm dah habis! sobs sobs

sementara menunggu nak tengok LBS, kami sempat berfoya-foya dengan abang transformer hehe. memula cam malu2 nak ambil gambar dengan abang transformer tu tapi lepas dah start snap2, taknak blah pulak hehe sampai abang transformer tu bersuara 'wow,bestnye' huhu gatai ha abang transformer!

then kami pun menonton la LBS. cerita dia memang sedey. dan there was some part in the muvee reminds me to someone. aku tak nangis sangat hehe sebab lai la. masa part yang agak2 sedey, dia mesti tanya 'ha,nina nangis ek' huhu potong stim betul hikhik

sebaris seat kitorang semua perempuan. dan perempuan2 ni masa mula2 gelak bukan main lagi.pastu minah yang sebelah aku ni tak habis2 gelakkan lisa surihani yang pelat r. contohnya cughang  hehe. tapi later, aku tengok dia dok kesat2 airmata sebab touching huhu

tapi aku suka tengok farid kamil with braided hair. sangat kewl hehe. lisa pun sweet and her acting much better. and que as always, memang terbaeekk.cuma yang tak bestnya, kameraman dia macam tak pandai nak cari angel yang best. banyak dia close up. wei tak feel la tengok close up sampai semua parut jerawat farid kamil leh nampak. kalau dia ambil shot jauh sikit,maybe lagi berkesan and lagi touching aku rasa.

gambar berfoya-foya:

June 10, 2010

muvee time!!!

okay this week i'm gonna watch 2 muvee!

first will be THE KARATE KID with my beloved family.


cant wait to watch that cute lil boy, son of WILL SMITH, JADEN SMITH
the whole 6 of us will gather at OU tomorrow to celebrate my lil' bro's and my belated birthday.
after muvee, we will have our family dinner as always theheee =)
i love spending time with my family. and even though all 4 of my siblings are grown up, we still love having family muvee spree ahaks*

then on saturday, me and lai will chill out together gether without the rest (again). we planned to watch LBS. hopefully it wont be cancelled again huhu.. it was an emergency occurred so no biggies.

June 8, 2010

lesson for today

okay hari ni saya belajar cara-cara membinding documents ahaks

sesuatu yang senang dan tak dijangkakan bahawa ianya akan menjadi salah satu dari skop kerjaku.

June 7, 2010

Missing someone is terrible but it is a sweet feeling.

It makes you wondering if u meant anything for him/her,
thinking if he/she ever cares about u.
Rushing to the phone once it rings hoping that it's him/her.
Looking out of the window hoping that he/she will surprise u by appearing downstairs.
Sitting in front of the television but thinking of him/her,missing the final episode of your favourite show.
Laying on your bed, thinking of the last time u were out together.
Thinking of how nice it will be to sit under the stars again, talking about everything, your dreams, plans, future.
Logging on to the internet hoping to see him/her online.
When u realise that he/she isn't online and did not return your mail, u will start worrying if he/she is okay.

Missing someone is a way of growing up i guess. It exposes u to loneliness.It teaches u how to cope with being lonely and let u know that there is actually a feeling known as emptiness.
Sometimes it feels good to miss someone.
U know that u really care and u indulge in the feeling of loving/caring for him/her.

But missing someone and not knowing if he/she is feeling the same is terrible.U feel as if u are being left alone.
So if u miss someone, tell him/her and let them know.
At the same time, ask if they miss u.
Don't let the feeling of missing someone become jealousy or paranoia.
If u are the one being missed and u know it, let the other party know.
If u miss him/her too, tell them. Don't let them wait.And if the one you are missing can't/doesn't reciprocate,MOVE ON!!
Life is short, so instead of being hurt & waiting around-Move on!!
Believe in Urself & life, there's someone out there waiting to miss U too !!!

k.e.p.e.n.a.t.a.n

ini lagi penat dari buat kerja sampai 10hari 10 malam tak tidur okay.
lagi penat dari berlari 11km mendaki bukit..
ini bukan saja penat mental, tapi penat hati dan perasaan.

bukan nak merosakkan ikatan yang telah sedia ada tapi agak terkilan,okay bukan agak tapi amat terkilan.

me and my besties dah agak lama tak hang out together gether and i'm kinda miss it a lot! so do others,i'm pretty sure. but the thing is, every time we set the date to go out and chill, there will be lotsa obstacles and excuses!

okay, i know if they read this, they will go mad but i can't take it anymore. i've (so do L and M) tried so many times to set a day on weekend to chill out with all 5 of us but the outcome that i got is.. 'tak boleh la, ari ahad je la nak date.sabtu kena kerja,kerja banyak.' and ada gak excuse 'tak boleh la nak kuar dengan korang,rasa macam nak kuar dengan bf.' padahal selalu je date. emm adakah aku yang tak faham kehidupan orang bercinta,disebabkan aku dah 2tahun single? no,aku tak rasa pun camtu.sebab even dulu pun aku akan dahulukan member dari bf. tambahan kalau dah lama tak chill macam ni.

at last, aku keluar la berdua je dengan L. Then bila aku lebih rapat dengan L, dan banyak share secrets dengan L, ada pula yang terasa hati sebab dulu aku share everything with her. Macam mana nak share lagi, kalau nak chill pun susah. Just imagine, sebelum ni ada plan nak pergi melaka tapi dah berapa kali set date, asyik tak dapat je. okay kalau alasan ada kelas n hal penting, memang i'm cool with it tapi kalau macam benda2 yang boleh postpone, memang aku terasa sikit la.

macam hari tu, suggest untuk pergi bercuti jauh2 sikit macam KK or maybe langkawi again. tapi, nina check la tix flight! nina kan pandai arrange. okay, i dont mind arranging everything but masa tu aku busy sangat kot. dengan kerja angkat telefon selama 7 jam sehari. semuanya aku ke? dulu memang dari booked tix, sampai ke nak jalan ke mana, semua aku arrange. tapi, kita kan ramai, why not take turn.

macam baru2 ni, nak ajak tengok LBS punya la susah. kenapakah jadi macam ni. tapi before aku nak berhenti kerja hari tu,pesan jangan lupakan dorang. ni sekarang macam mana cerita?

sorry guys, aku bukan nak ungkit tapi just nak lepaskan apa yang terbuku dalam ini hati. i love you guys like my sis but if every time it's just one side, trying so hard, who can stand it?

June 6, 2010

masih ada yang sayang..

aku terharu bila ada kawan2 ofis lama yang call or sms dan cakap mereka rindukan aku..
ada juga yang comment kat FB cakap mereka rindukan aku di ofis
aku lagi bertambah terharu bila ada yang mengatakan mereka sedih melihat workstation ku..
kerana mereka cuma melihat workstation yang kosong tanpa penghuni nya lagi.
penghuni yang always senyum,suara kuat,gelak kuat,makan kuat hehe..
mereka tak sanggup menahan sedih bila terpandang workstation ku..tambahan liyana,dia dah la duduk sebelahku,lagi la dia terasa.
kak intan yang duduk depan aku pun mengaku pada liyana yang dia rindukan aku.hehe kak intan yang selalu nak bertekak je dengan aku.bertekak manja hehe

i never knew that i meant that much to you guys..
but you guys should know that each and everyone of you,means a lot to me..
jangan risau, korang semua akan sentiasa dikenang..

June 5, 2010

ibarat jatuh cinta pada pandangan pertama..
ibarat ternampak fahrin ahmad didepan mata..
ibarat sang arjuna melihat sang bidadari memakai kebaya merah didepannya..
ibarat terlihat channing tatum yang sexy berdiri sambil tersenyum didepanku..
ibarat terlihat teddybear yang sangat fluffy dan besar..
ibarat kanak-kanak terlihat lollipop yang colorful...
ibarat apa lagi boleh dikatakan ye..

itulah perasaanku tatkala aku melihat seseorang yang sangat sweet, nice, handsome, smart dan ahh,speechless...memakai baju melayu berdiri didepan ku..aku tak pernah tengok dia pakai baju melayu..just dalam gambar adalah..
tapi bila tengok dia pakai macam tu for the very first time,terasa dub dab dub dab :) (hopefully he didnt read this *shy*)
sampai aku teringat-ingat bawa ke tido..

channing tatum yg sgt delicious

June 3, 2010

bila otak penat..

bila otak penat, ianya menyekatku dari menghupdate ini blog huhu
otak penat,badan penat..
well actually otak bukan penat sebab kerja baru tapi penat memikirkan design handmade card yang baru huhu..

tapi bila penat ni terasa macam nak manja2 dengan someone tetapi aku tiada itu 'someone'..

aku cuma boleh bermanja dengan KG ku..wah,KG ke? hehe..dia yang boleh buat aku cair dengan hanya mengungkapkan 'iye yunk' atau tatkala dia membelai rambutku dan juga mencium ubun2 ku hehehe
angaukah aku? mungkin kot hehe tapi aku tau aku je yang berperasan begitu..
pada dia,aku cuma kawan rapat dia..

but it's okay, as long as i still can manja2 dengan you hahahaha

June 1, 2010

hari pertama

hari ni first day merangkap hari lapor diriku di KKR.
aku sampai stesen bank negara pukul 7.40am dan terpaksa menapak selama 10-15 minit untuk sampai ke KKR. mak aii boleh kurus aku dalam masa sebulan.
then aku pun menuju ke bilik meeting seperti yang diarahkan.
okay, aku sampai pukul 8 kat bilik tu.tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 10.15 baru start taklimat! aku dengan lapar tak makan secebis makanan pun,mulalah nak mengamuk huhu tapi aku still control ayu..

mereka menerangkan serba sedikit pasal KKR then bagi taklimat macam mana nak isi borang2 yang banyak itu. kemudian kami menanti dengan penuh debar..iaitu dimana kami akan diposting hehe..dan..NINA FAIRUZ BIN SAHARUDIN..aik bila pulak aku tukar jantina? sungguh kurang sopan! nasib baik boleh betulkan nama kat surat tu. dan aku dipostingkan di bangunan sebelah tu je hehe..nasib baik dapat KL gak..

kemudian aku pergi makan bersama rakan2 yang baru kukenali hehe peramah rupanya aku ni..pukul 2 aku naik ke HR untuk membetulkan namaku. then turun balik ke bangunan sebelah untuk report duty kepada Ketua Jabatan.punyalah jauhnya mencari..bila dah lapor diri ke KJ, kena turun bawah pulak jumpa puan XX. then dia just bagi kitorang (aku dan beberapa orang teman baru) beberapa borang lagi yang perlu diisi dan yang bestnya,we all still taktau under unit mana sebab bos meeting.nasib baik dia bagi balik awal.adoyai...

anyway, aku amat berterima kasih kepada rakan2 ku yang mesej ku pagi2 untuk mengucapkan selamat.. dan tak sangka KG pun berbuat begitu hehe *wink* *wink*