June 22, 2010

bila diri tak dihargai..

terasa sangat diriku ini tidak dihargai pabila kesetiaanku selama lebih 2 tahun bagaikan tiada erti di matamu..
segala pengorbanan ku dipandang ibarat sampah selama ini..
tak cukup kah aku bertungkus lumus, berpenat lelah menghabiskan masaku kepada kamu-kamu?
apakah kesetiaanku selama 2 tahun ni hanya sekadar picisan?

hello! sedar lah sikit, aku juga menyumbang untuk KPI kamu!
aku bersabung tenaga selama 8 jam sehari untuk memastikan service level berada di paras yang membanggakan!
tak cukup dengan tu, aku juga menyumbang tenaga dan masa dalam apa jua aktiviti yang diadakan di sana!
kau butakan mata kau ke untuk melihat semua tu?

dulu aku masih ada nilai hormat pada kau walau apa pun keburukanmu yang dijaja oleh semua..
tapi kini,memang hilang terus rasa hormat ku kerana kau tak layak untuk memilikinya!
padaku kau hanya mementingkan diri!
budak hingusan kau berikan privilege itu..tapi aku...
ye aku sedar aku bukan lagi sebahagian dari kalian tapi tak bolehkah mengikut sedikit perikemanusiaan, kau memberikan privilege tersebut kepadaku..
pada saat dan ketika kalian memperoleh anugerah yang dibanggakan itu, aku adalah sebahagian dari penyumbang tersebut!
aku bukan sahaja menyumbangkan segalanya kepada  bawah pimpinan kau, malahan kepada seluruh organisasi!


aku tak hairan sekiranya ramai yang hilang rasa hormat padamu..
kau memang tak layak untuk itu!

2 comments:

Anonymous said...

u sounds so frustated

anata said...

yes i am T_T