June 1, 2010

hari pertama

hari ni first day merangkap hari lapor diriku di KKR.
aku sampai stesen bank negara pukul 7.40am dan terpaksa menapak selama 10-15 minit untuk sampai ke KKR. mak aii boleh kurus aku dalam masa sebulan.
then aku pun menuju ke bilik meeting seperti yang diarahkan.
okay, aku sampai pukul 8 kat bilik tu.tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 10.15 baru start taklimat! aku dengan lapar tak makan secebis makanan pun,mulalah nak mengamuk huhu tapi aku still control ayu..

mereka menerangkan serba sedikit pasal KKR then bagi taklimat macam mana nak isi borang2 yang banyak itu. kemudian kami menanti dengan penuh debar..iaitu dimana kami akan diposting hehe..dan..NINA FAIRUZ BIN SAHARUDIN..aik bila pulak aku tukar jantina? sungguh kurang sopan! nasib baik boleh betulkan nama kat surat tu. dan aku dipostingkan di bangunan sebelah tu je hehe..nasib baik dapat KL gak..

kemudian aku pergi makan bersama rakan2 yang baru kukenali hehe peramah rupanya aku ni..pukul 2 aku naik ke HR untuk membetulkan namaku. then turun balik ke bangunan sebelah untuk report duty kepada Ketua Jabatan.punyalah jauhnya mencari..bila dah lapor diri ke KJ, kena turun bawah pulak jumpa puan XX. then dia just bagi kitorang (aku dan beberapa orang teman baru) beberapa borang lagi yang perlu diisi dan yang bestnya,we all still taktau under unit mana sebab bos meeting.nasib baik dia bagi balik awal.adoyai...

anyway, aku amat berterima kasih kepada rakan2 ku yang mesej ku pagi2 untuk mengucapkan selamat.. dan tak sangka KG pun berbuat begitu hehe *wink* *wink*

2 comments:

shada said...

selamat bekerja di tempat baru nina ;)

semoga cpt dpt kawn baru ek..

anata said...

thanx shada..
alhamdulillah,dh dpt kawan baru.. :)