December 31, 2012

Bittersweet 2012










♥ 31.12.2012 ♥ 10.00am ♥ Bilik PA Pengarah ♥

Seperti kebiasaannya la kan, mesti nak kena buat recap sepanjang tahun hahahaha
Bukannya apa, tahu memang orang takde la beriya nak baca tapi sebagai motivasi untuk diri aku sendiri supaya do better next year.

2012 adalah tahun yang aku boleh katakan tahun airmata untuk aku.. Terlalu banyak dugaan dan ujian yang DIA turunkan. Tapi aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa setiap satu ujian dariNYA adalah tanda kasih dari DIA. maknanya DIA tetap nampak aku sebagai hambaNYA. Ujian untuk menyedarkan dari kealpaan. Ujian untuk menguatkan diri lebih dari yang kita tahu. Aku redha dan bersyukur diatas segala dugaan dan ujian itu. DIA masih nampak aku :')

Okay, let's recap my 2012! (excited lebih sengsorang hahaha)

♥ JANUARI ♥
  •  waktu ini, hati terlalu rapuh, terlalu emosi dan sedang menyediakan diri untuk mengalah dan melangkah. dah terlalu penat untuk berperang dengan airmata... tapi entah kenapa kekuatan itu masih ada...

♥ FEBRUARI ♥
  • Menang lucky draw masa pergi konsert Avril Lavigne!!!!!! dapat blackberry curve 3G woot woot dan sekarang Blackberry itu ditangan incik kesayangan hehehehe

♥ MAC ♥
  • Dapat tiket free pergi konsert Jessie J! Pergi dengan Ayu. Tiket first class pulak tu hehehehe
  • Dapat tiket free VIP seat untuk CUCI The Musical! heheheh gigih pergi Maju Junction untuk tiket free tu dengan wawa. Siap dapat salam dengan Hans! OMG!! of kos la pergi teater tu dengan incik FI hehe 
♥ APRIL ♥
  • Nothing much. still holding on him... Masa ni aku bagi dia masa / dateline sampai Julai je untuk dia pilih siapa antara aku dan that girl.. Sumpah masa ni amat penat untuk berperang lagi  
♥ MEI ♥
  • Dapat pergi Perhentian!!! Best gile wei!!! best la sebab fully sponsored by office hehehe sebab ada Bengkel kat sana.
  • Masa hari nak bertolak ke Perhentian, FI hantar ke LCCT tapi pagi tu masa kat rumah dia, dia terlanggar kereta jiran dia and kereta myvi tu kemek bumper :( nasib baik sempat catch flight huhuhu.. and malam tu he settled everything..
  • My birthday!!! Tapi sedih time ni sebab FI kat kelantan masa my birthday.. FI bagi..... adalah hehehe
♥ JUN ♥
  • berdebar gila sebab dateline untuk FI buat keputusan semakin hampir..... 
  • FI minta extension sampai December untuk dia clear everything with her.
♥ JULAI ♥
  •  Dia korek. Dia gali. Dia jumpa twitter dan blog aku!!! aku taktau hantu apa yang dah merasuk dia dan dia meroyan dan memaki aku big time!
  • Akhirnya, everything between him and her has ended. Syukur sangat ke hadratNya. DIA memudahkan tatkala aku memang nekad untuk mengalah dan melangkah... 
  • First time ever teman FI pergi memancing hahaha semangat ni nak teman dari midnite sampai ke pagi, alih-alih aku ternganga tidur dalam kereta. 
  • Masa keadaaan belum betul-betul pulih sepenuhnya antara kami bertiga... Aku pergi Kelantan sebab ada audit dan pergi dengan FI hehehe.. siap spent time dengan his parents. Siap bawak mak dia pergi klinik occay hahaha 
♥ OGOS ♥
  • Bahagianya dapat keluar date tanpa ada gangguan lagi hehehee
  • Tapi dugaan maha hebat. Dugaan pada dia. Dugaan pada aku juga.
  • Hari Raya Aidilfitri makin hilang serinya.... Kami dah takde kampung huhuhu.. Setiap kali balik Terengganu mesti ada je perbalahan. Bosan dan penat
♥ SEPTEMBER ♥
  • Nothing much jugak. Cant recall anything yang best.
♥ OCTOBER ♥
  • Najib announced bonus sebulan lagi !!!! alhamdulillah ^_^
  • Had an intimate birthday celebration of his. Small cake. Just the two of us. Syukur and bahagia sangat sebab last year memang tarikh ini, aku tengah makan hati berulam jantung sangat2
♥ NOVEMBER ♥
  • Nothing much jugak cuma embraced all the quality and priceless moment yang aku tak dapat for the past 3 years with FI ^_^ 
♥ DISEMBER ♥
  • Bulan ni adalah bulan yang paling aku menyesal apa yang terjadi. Sangat sangat kecewa. Dan aku berharap aku takkan lagi ulangi perkara ni.. Biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja yang tahu.... Aku taknak ingat kejadian ini tapi akan dijadikan pengajaran sepanjang hidupku... 

So that's all la kot. Banyak yang aku dah lupa apa yang jadi hahahaha
Well, for 2013 aku berharap dan berdoa agar ianya akan menjadi tahun yang baik untuk aku dan orang-orang yang aku sayangi...
Aku berharap agar aku dapat jadi a better NINA FAIRUZ as HIS servant, as a doter, as a sister, as a lover, as a friend and as a worker. aminnnn

LOOKING FORWARD TO MEET YA 2013!!

December 16, 2012

I was excited in a good way but...

Semalam aku tuit : 'Dimadukan dengan zynga poker'

Dan yang paling unsangkarable adalah pompuan tu reply this : 'you are so lucky ianya hanyalah zynga'

Memula aku memang macam happy bila dia reply,maybe dah takde buruk sangka dia pada aku... Aku excited called ayu n syaza bagitau n tanya dorang nak reply apa. Both of em suruh aku reply elok2,baik2 which that was exactly what I had in mind. Tapi... Bila aku tengok tuit dia yang selepas itu, bunyi dia macam ni : 'Dia hanya madukan kau dengan zynga, tapi aku dimadukan dengan kau. Can't you see the different?'

Wooo what's that supposed to mean? Kau nak cakap aku tak appreciate FI ke sampai aku complained pasal dia asyik main poker je? Hell no! I wasn't complaining or whinning.. Why on earth kau fikir macam tu? Aku tak faham,sungguh!

Lepas minta a few opinion, aku reply : sory,sincerely didn't mean anything.please stop read my tuit if its make you sad. U only make yourself suffer.

Demi Allah, aku sayang FI dan tak de nak merungut pasal kegilaan dia main poker or apa-apa pun. Aku terima dia seadanya. Kau fikir, lepas all the fights, pasal main poker pun aku nak complain? Silap la... Jangan risau, he's in a good hand.

Please stop worrying bout FI and start taking care bout your fiance please. I know it's damn hard to move on but you're engaged and about to get married. If you don't want to respect me, at least respect your fiance,your future hubby...
~NF~

December 13, 2012

FELINNA INCHLOSS LOTION

Percubaan untuk selim melim!!!

Memula hari tu macam was was nak beli Felinna Inchloss Lotion ni sebab takut macam pakai lotion2 slim yang lain dulu yang mana tidak berkesan!

Tapi dok survey2 testimoni and my cousin, Tya adalah pengguna dan pengedar jua, makanya aku pun try beli dengan Tya.

Tya pesan : sebelum pakai, ukur dulu.

tapi aku, lupa -_-"

target part aku adalah:

  • peha
  • lengan yang gelebeh-gelebeh tu
  • tummy yang dah macam triple cheese burger -_-"
  • betis yang macho sangat cam jantan -_-"

Sekarang ni dah nak dekat sebulan aku try lotion tu. Aku pakai setiap kali lepas mandi. sehari 2x, kadang2 sekali je sehari sebab tak sempat pakai masa pagi.

resultnya:

  • seluar dah terasa kelonggaran di bahagian peha
  • lengan dah less gelebeh.baju kat bahagian lengan dah longgar.
  • perut tak banyak hilang inci sebab makan sangat banyak lately -_-"
  • betis dah jadi lembut sikit lemak dia,compared to before this yang keras kental huhuhu
  • selulit dah less kelihatan ^_^
Ini adalah betul, bukan tipuan! memang aku tak ukur, tapi badan kita, kita boleh terasa sendiri perubahannya. baju pun dah longgar sikit kat lengan. result tu mestilah berbeza-beza antara semua orangkan... tak sama kan kadar lemak setiap orang. pada badan aku, dengan lemak tepu kental ni, sikit2 dia melembut dan mengurang... insyallah akan konsisten pakai lotion ni.

yang paling aku suka pasal lotion ni, dia tak panas sangat bila kita sapu kat badan. bau dia wangi, tak macam kebanyakan lotion kurus yang bau macam minyak angin dan agak malu nak pakai bila keluar. tapi felinna bau macam bedak,soft2 gitu.. pakai time gi keje pun tak segan.

Okay, sesiapa yang nak try Felinna ni boleh lah order dengan iolls ye kengkawan ^_^ RM75.00 je sebotol. boleh whats app/sms/call kat 019-2534105  kalau nak tanya tahan berapa lama, ikut kepada berapa banyak yang kita pakai la..banyak parts kita sapu, cepat lah habis hehehe kalau nak tau lebih pasal Felinna, ace pergi visit fb www.facebook.com/anggunboutique1 kat situ ada further info.


 
ni stok yang baru sampai hehehe
 
 



December 4, 2012

ShoutAwards2012!

23 / 11 / 2012 hari tu gigih aku, aiman n ayu pergi Sunway Lagoon Surf Beach semata-mata nak jadi screamers!!!

Memula ingatkan akan dapat tshirt shoutawards hari jumaat tu gak, alih2 dia suruh pergi amik kat ofis dia bulan depan -_-" aku pakai singlet n cardigan je sebab ingatkan nak sarung je tshirt tu...ayu siap gi beli tshirt baru sebab dia pun ingatkan macam tu... sengal la organiser ni!

Dah la bagi arahan tak clear, kejap suruh kitorang beratur kat sini, kejap kat sana.... malas la dah aku lepas ni...

Okay, cukup lah disitu mengatakan ketidakpuasanhati pasal volunteer team huhuhu

Kitorang dapat tempat depan stage sebab kitorang jadi tukang jerit hehehe

Jap nak letak gambar hehehe

Kitorang memang dekat dengan stage and kalau nak amik gambar artis memang clear la malangnya bateri masing-masing kong sebab awal gile kena ada kat sana...

So just a few camwhored pictas before show started heheheh

 
 
Kat sebelah kitorang ada la a group of college girls yang memula aku tengok dorang ni poyo-poser-gedik-perasan lebih tapi akhirnya my conclusion adalah memang BETUL PUN!!!!
 
Al-kisahnya, dorang ni aku rasa kaki club kot, bila music electro, techno je dorang layan joget, lagu lain dorang boo. Siap jerit tukar la performance lain!! WTH?! ingat show tu untuk please kau je ke? Pastu ada la 2 orang mamat yang pakai kemeja kotak2 tak berapa hensem cam nak tackle salah 2 orang dari dorang. Yang sorang girl tu bolayan maybe sebab dah ada bf kot. Yang girl sorang lagi ni memula aku tengok ingatkan just being friendly, and aku ingat mamat tu bukan taste dia... alih2 last2 event korang tau, mamat tu siap dapat peluk pinggang dia, dia pun lentok2 kepala n mamat tu cium2 kepala? Adoi, sedih aku tengok bebudak ni...baru je kenal a few hours dah camtu huhuhu Dah la mamat tu dok tolak2 ayu yang kecik tu semata2 nak dekat dengan pompuan tu. Ayu suruh aku berdiri kat spot ayu. Pastu dia tolak aku, aku tolak balik, aku kan besar apa ada hal! Pastu aku ketuk kepala mamat tu dengan balloon pillow yang kitorg dapat muahahaha padan muka!
 
Haaa tu la cerita nya... Lantak pi la kan dia bukan adik aku pun!!
 
Tapi tapi ni nak tunjuk retis2 yang aku suka dan jerit kuat gila baq hang bila dorang keluar heheheh
amy search yang awesome!
 
redza minhat yang hensem + sara ali yang comels
henry golding yang sangat......nvrmind

eh ramai lagi sebenarnya hehehehe tapi malas la nak amik gambar dorang bebanyak hehehe
 
anyway, the opening act sangat awesome!!!!! siap ada robot gundam and glowing skeletons in the dark!!!


 





December 2, 2012

Kenangan. Ada untukmu.

Tadi dengar lagu baru Najwa Latif feat Sleek feat sapa entah sorang lagi. Tajuk Sahabat.

Tak hafal lirik dia tapi it's bout being there for each other.he's been there when she was down, frustrated,devastated.

Terus teringat waktu FI down. Yang sangat2 down tahun lepas. Macam2 masalah menghentam bahunya. Dan aku ada disisi dia waktu tu. Sentiasa. Bagi sokongan, bagi semangat. Tapi sumpah aku tak sanggup tengok dia macam tu. Aku rasa kalau beban tu terletak di bahuku, tak mungkin aku sekuat dia. Allah jadikan FI seorang yang sangat kuat. Dan kekuatan itu adalah kekuatanku kini.

Cuma, aku tak dapat lagi tengok apa reaksi dia bila aku pula ada masalah seberat dia dulu. Alhamdulillah, hidupku stabil dari segi emosi, kewangan dan kasih sayang tatkala dia hadir dalam hidupku.

Aku berharap dia pun akan ada disisi aku sama seperti sewaktu aku ada disisinya... Always be and always will...
~NF~

November 22, 2012

#PrayForGaza

 
Assalamualaikum...
 
 
Saban hari hati sebak dan tersentuh mendengar berita tentang nasib Gaza. Tak tahu bagaimana cara untuk membantu saudara Islam disana. Hanya doa dari kejauhan dikirimkan. Moga sekelumit doa dariku bakal membawa cahaya kepada mereka disana.
 
 
Tak sanggup nak post gambar-gambar dari keganasan Zionis tu... Sebak sangat. Time menaip ni pun airmata berlinang. Apalah dosa anak-anak kecil yang kau bunuh tu!!!
 
Perang ni dah berlarutan sekian tahun... Entah bila akan berhenti. Bersama lah kita mendoakan agar mereka yang tidak berdosa disana mendapat keselamatan dan kesejahteraan.
 
Pagi ni dengar di MHI, bahawa genjatan senjata akan dilaksanakan. Tapi zionis ni kan jahat nauzubillah, entah apa pula strategi dorang lepas ni untuk serang Palestin.
 
 
DOA! DOA! DOA!
Doakanlah mereka disetiap waktu selesai solat. Doakanlah mereka di setiap malam sebelum tidur.
Doakanlah mereka dikala mata mula dibuka setiap pagi.
 
 
Itu lah perkara paling berkuasa sekali andai kita tak mampu untuk membantu mereka dari segi lain.
Semoga Allah melindungi saudara Islam di Gaza setiap masa. Keamanan mereka bukan didunia tapi insyaAllah di akhirat kelak. Syahid itu untuk mereka.
 


November 6, 2012

Review - awana genting highland


holla ^_^

hari ni terasa nak buat review la pulak hehehe nampak tak ketiadaankerja disitu ^_^

bulan lepas weolls ada meeting kat awana genting highlands.

dari KL ke Genting kejap je, dalam setengah jam je. tak dan nak tidur pun hehehe

okay nak review and rate keadaan kat Awana hari tu.

Bilik Meeting :
  • kitorang dibagi bilik meeting yang salah at first. dah la menunggu kat bilik meeting yang salah tu dekat sejam.
  • lepas tu pergi bilik meeting yang betul, table setting tak seperti yang kitorang harapkan. kitorang mintak U-shape, dia set-up classroom. boss masuk, boss suruh tukar. tapi staff situ taknak tukar sebab dia cakap sales person dah informed PIC kitorang yang dorang nak buat classroom style. kitorang yang susun sendiri meja kerusi jadi U-shape.
  • mic dia bagi as per in order form je yakni 2 mic nak mintak lebih lagi, kena bayar.
  • minum pagi - OK. lunch - OK,banyak makanan. minum petang - OK.
  • kesimpulannya : LOUSY SERVICE! (3/10)
Bilik Hotel:
  • deluxe room - 2 super single bed. sangat comfy
  • view cantik. kemas.
  • bilik air,okay
  • iron and hair dryer ada dalam bilik
  • internet kena beli (malangnya) tapi disebabkan kitorang ambil pakej meeting, so internet adalah free tapi ada dia bagi password la.
  • harga sangat mahal RM300++ (tak ingat exact price )
  • kesimpulan : BOLEH LAH ^_^ (6/10)
 

okay la kot tu je hehehe. eh kejap tapi tapi tapi... ada diantara kitorang yang kena kacau malam tu. alhamdulillah lah bilik aku n farah tak kena kacau. yang kena kacau adalah di tingkat 15. cuma dorang dengar bunyi-bunyian. nasib baik semua selamat.

buat yang mabuk kenderaan macam aku, nak naik genting theme park tu silalah makan ubat tahan muntah ye huhuhuhu kalau tak jadi macam aku la, dok wek wek wek hahahaha

malam tu kitorang naik cable car pergi theme park. lepas tu experienced 4D movie. tajuk movie yang kitorang tonton Haunted Mine. best woooo kak ija sampai tutup-tutup mata, jerit-jerit hehehe tapi memang terasa macam kita yang lalu lombong berhantu tu. sebab dia 4D, kerusi dia pun akan bergerak sekali.

sekian review pasal AWANA GENTING HIGHLANDS ^_^






November 1, 2012

HAPPY BIRTHDAY KESAYANGAN!!!


23102012

Birthday kesayangan ~ Incik Faizul Ismail.

Happy sangat sebab on his birthday this year, aku ada dengan dia, happy compared to last year. ^_^

Takde buat apa sangat pun cuma tempah kek chocolate moist dengan kawan Hajar yang ada chocolate rose atas kek tu and celebrated dengan dia malam tu ^_^

Memula hajatnya nak pergi Penang sekali dengan si Syaza since birthday boyfie dia pun sama tapi budget tidak mengizinkan. Memula aku taknak beli kek sebab tau dia tak makan kek sangat, ingat nak beli burger pastu tulis guna mayo je and letak lilin hehehe tapi kegilaan dia sekarang adalah choc moist cake ^_^

Incik Faizul Ismail,
 
One year older, promise me you'll be one year wiser.
Happy 29th Birthday my kesayangan,
Wishing you a very good, healthy, happy, bless year ahead.
Orang harap jodoh kita berpanjangan setelah banyak gila dugaan yang kita hadapi.
Tak pernah lepas walau sehari pun doa agar semuanya baik-baik aja untuk dia.
Semoga dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dariNya
Semoga perubahan dan azam untuk menjadi a betterman akan istiqamah ^_^
 
Sepanjang 4 tahun kita kenal, banyak yang orang belajar dari dia terutamanya belajar untuk jadi extra sabar. Betul lah apa dia pernah cakap, sesuatu yang kita tunggu dengan penuh sabar, akhirnya akan lebih indah. alhamdulillah. ^_^
 
XOXO
 




F

October 17, 2012

October 2, 2012

bajet2013

selesai sudah pembentangan bajet2013 oleh PM kita Pak Ajib kan...
macam-macam respond lepas Najib announced bajet2013 tu.

yang happy nya bila Najib announced
  1.  penjawat awam dapat bonus satu setengah bulan
  2. belia 21-30 tahun yang bujang dan berpendapatan bawah RM2000 boleh dapat BR1M RM250.00
  3. belia 21-30 tahun dapat RM200 bila beli smartphone

takpelah kalau tak entitled untuk BR1M tu pun asalkan dapat bonus! yeay boleh guna untuk belanja pergi Singapore next year!!!!

tapi terpikir jugak kenapa kebanyakan benefit / peruntukan yang diberikan adalah one off payment ye... hurmmm

walaupun tatkala pekerja gomen seronok dapat bonus, still ada suara-suara sumbang dari pekerja swasta. "kenapa swasta tak dapat bonus" "bajet2013 tak bagi benefit sangat pun kepada pekerja swasta" "makin naik lemak la pekerja gomen, dok curi tulang pun boleh dapat bonus"

owh please la.. cuba bukak sikit minda tu. bukan aku ni nak memihak kepada kerajaan sangat bila dah dapat bonus ni tapi cuba fikir lebih mendalam. swasta dapat bonus 3 4 5 bulan tu, takde kecoh pun. gomen baru nak dapat bonus sebulan setengah, korang dah dengki. dah lah setengah2 pulak tu... jangan la cenggini..

lagi satu, ye memang aku akui pekerja gomen ramai yang amalkan pukul 8am breakfast, 10am minum, 12pm lunch, 3.00pm baru masuk ofis, 4.00pm minum petang,5.00pm balik. tapi alhamdulillah aku tak tergolong dalam golongan tu. in fact 1 department aku tak tergolong dalam group tu. itu adalah budaya certain department yang tak banyak kerja... macam kitorang ni tak terkejar masa nak buat kerja...

hah dah la nye membebel pasal ni, orang still akan cop government servants camtu jugak. sedih!




September 20, 2012

Latest addiction!

Addiction? Ah sudah ketagih apa pulak aku ni!!

hihihihi aku ketagih tengok drama - JANE BY DESIGN


Ceritanya pasal sorang highschool teenager nama Jane Quimby yang berlakon kekonon dia adalah adult yang nak bekerja di Donovan Decker, a hip fashion house! So si Jane ni kena la hidup di dua alam iaitu sekolah dan kerja. Lagi satu sebab dia buat macam ni sebab nak tolong abang dia yang takde kerja tetap. Takde orang tahu rahsia sebenar dia kecuali bff dia, Billy Nutter. Aku suka gila tengok Billy ni. Gaya badboy tapi baik and always be there for Jane! Sampaikan dia sanggup masuk detention class semata-mata nak tolong Jane. Well, dekat Donovan Decker, Jane ni assistant kepada Gray Chandler Murray, a world-famous fashion designer at Donovan Decker. Dan si Gray ni ada orang yang envy iaitu  India Jourdain. She always tries to sabotage Jane and steal Gray's job.

Cerita ni agak light and fun sebab tengok si Erica Dasher as Jane tu yang cute and kadang nampak clumsy. Lepas tu ada pulak Billy as her bff yang nampak macam bad boy tapi sangat baik dan sayangkan Jane as his bff eventhough gf dia si Lulu tu tak ngam dengan Jane.

Cerita ni kat Starworld, Astro. Kat rumah sewa takde astro, so paksa abah record cerita ni and aku akan tengok on weekend ^_^ dan bila aku nak tonton cerita ni, mama, ameer dan yang lain kena beralah dengan aku wakakaka seronoknya!

casts of Jane By Design
Lulu~Nick~Ben~Billy~Jane~Gray~Jeremy~India

Billy n Jane ~ comel kan *_*


suka sangat dis lil cute pink dress!!

Korang patut tonton Jane By Design ni sebab memang release tension hehehehe Lagipun aku memang minat bout fashion design dulu-dulu, sekarang dah kureng hihihi

Cerita dia setiap Selasa kat Starworld. Pukul berapa, lupa hehehe






September 12, 2012

dugaan tanda Allah sayang ^_^


Baru sahaja usai satu dugaan
Dugaan lain datang menyapa
Kalau tak pada aku, pada dia
Tapi banyaknya pada dia

Walaupun dugaan menimpanya
Takkan aku nak duduk sahaja
Dah berjanji susah senang bersama
Tempiasnya juga kurasa

Sungguh kalau dugaan itu padaku
Aku tak yakin aku sekuat dia
Dia, masih terukir senyum di bibirnya
Keluh kesah memang ada
Tapi akhirnya dia redha

Banyak, memang banyak dugaan kami
Kadang terlintas adakah ini petanda
Petanda kami bukan ditakdir bersama
Tapi alhamdulillah dengan izinNya semua dihadapi bersama

Aku perlu kuat untuknya
Dua kali lebih kuat dari dirinya

Katanya, mungkin ini balasan atas perbuatannya dulu
Kenangan silam yang banyak dosa katanya

Aku yakin, setiap dugaan ada hikmahNya
DIA takkan menguji lebih dari kemampuan hambaNya
DIA kan maha penyayang lagi maha mengasihani
Mana mungkin dia menganiaya hambaNya

Dugaan adalah tanda DIA sayang
Dugaan adalah tanda DIA ingat kita
Dugaan adalah tanda DIA mahu kita meminta dariNya
Dugaan adalah tanda DIA mahu kita mensyukuri

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. [Surah Al-Baqarah, 155- 156]
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Insyallah wahai kesayangan, kita akan hadapi segalanya bersama selagi diizinNya.




August 13, 2012

dandruff????

aku memang sakit jiwa bila kelumumur melanda kepala ku ini
serius stress bila kepala asyik gatal je. dah la kelumumur tu punca rambut gugur, botak kepala aku.

tapi aku dah temui syampu yang sesuai dan terbaik untuk dandruff (aku rasa pelik aku eja kelumumur)


 haaaa ni lah dia syampu nya SELSUN BLUE

ye botol dia macam botol clorox bak kata mamaku. harga dia memang agak mahal. 200ml dalam RM13++ tapi serius mujarab. aku pakai yang kepala merah. syampu dia kaler biru! haaaa menarik kan? Selsun blue ni adalah medicated syampu yang memang special untuk dandruff problem!

Selsun Blue contains selenium sulfide to conrol dandruff and seborrheic dermatitis. Menthol adds a cooling sensation. 

Tapi buat sesiapa yang setiap hari syampu rambut macam aku ni, kena selang seli syampu ni dengan syampu lain sebab syampu ni buat rambut aku agak kering. 
Sesiapa yang ada masalah dandruff, go to the store and grab one!

August 8, 2012

WONG SOLO


 Masa ramadhan ke 8 hari tu, first day berbuka dengan FI, hajat di hati nak berbuka kat wong solo, bangi tapi hajat tak kesampaian sebab terlalu ramai orang! dah try called untuk reserve tapi takde orang angkat. sangat sedih T_T

Tapi last saturday, eventhough aku tak puasa, still pergi teman si FI berbuka hehehe.. dia ajak makan wong solo sebab tau aku kempunan masa first week tu. tapi macam hari tu, called2 tak de orang angkat!

Akhirnya he came out with an idea. why not kita berbuka dulu depan rumah dia,makan yang light je then lepas waktu berbuka,kita pergi makan kat wong solo? Aku terus berseri-seri muka hehehe

Dalam pukul 8 cenggitu, kitorang pergi la Wong Solo Bandar Baru Bangi, orang masih ramai... aku mula mencebik... FI ajak makan ayam penyet AP, aku taknak sebab dah pernah try dan tak berapa best. Masa kitorang kat bandar kajang, nampak wong solo yang besar dari MetroPoint heheheh. terus serbu kesana dan walla!!!! orang tak ramai!

Dah pukul 8.30 baru nak makan berbuka, waiters situ dah pandang pelik, tapi apa ada hal kan? kitorang belasah je sampai kenyang hehehe

Sebab aa kitorang suka Wong Solo compared to other ayam penyet?
1) Sambal dia sedap dan pedas berasap telinga!
2) Jus Mangga dia fresh and pure mangga!
3) Suasana kedai dia yang ada port bersila
4) Sambal kicap dia pun sangat best!

set ayam penyet

my faveret, jus mangga   
banyak lagi sebenarnya menu dia tapi suka sangat set ayam penyet. harga dia berpatutan je. siapa yang belum try, pergi la try (^.^)


July 30, 2012

popia ketam (^.^)

dah 3 4 hari terasa nak makan popia ketam lepas terbaca review sorang blogger ni pasal popia ketam yang best kat bazar shah alam. cari kat bazar kat rumah, takde. hampa.

takpela, alternatif lain adalah buat sendiri (^.^)



ye saya gigih buat sendiri popia ketam dengan penuh kasih sayang.

nak try buat jugak ke? okay, sharing is caring kan hehehe

bahan-bahannya:

10 crabstick (yang panjang.kalau yang pendek kena 20 sticks)
1 carrot
1 timun
kulit popia kecik
2 sudu mayonis
chili flakes
garam




cara-cara pembuatan:
1) sagat carrot dan timun. ikutlah nak sagat banyak mana
2) rebus crabstick tu dalam 2 3 minit. angkat dan lenyek-lenyekkan.
3) lepas dah lenyek-lenyek crabstick tu, letak garam dan chili flakes secukup rasa. campur sekali mayonis, kacau rata-rata.
4) dah ready semua bahan-bahan, ambik kulit popia dan letak la bahan-bahan tadi dan kemudian gulung popia tu. kat hujung kulit dia guna air sikit nak bagi lekat.
5) dah siap gulung-gulung, kita goreng dalam kuali. dan sedia dimakan (^.^) boleh cicah dengan sos or mayonis je.

tada!!!!!!


bagi mama, abah, ameer dan kesayangan rasa. of kos la dorang suka.. kesayangan makan tak ingat dunia dah.sedap betul katanya :8)


July 26, 2012

tolonglah kuat wahai hati


 aku seharusnya bersyukur. dan ya,aku memang bersyukur.sangat bersyukur atas kurniaanNya.
tapi hati ni.. hati ni tak sekuat mana...
asyik rasa bersalah je..
asyik rasa insecure je..
asyik rasa... entahla..

aku bahagia disayanginya..
bahagia disampingnya..
tapi perasaan insecure tu kadang melampau..

puas dah pujuk hati ni supaya kuat dan percayakan dia..
tapi....

sampai kan acapkali emo pasal benda yang samaaaa je..
letih la macam ni..
janganlah sakiti diri kau sendiri wahai hati..
kan dah bahagia, dah disayangi...
ini yang kita harapkan dari dulu kan..





July 24, 2012

Biarlah dia...

Alhamdulillah
itu yang sering terucap di bibir dan hati
dengan kebahagiaan yang dikurniakan hari ini.

Walau hati sedikit gundah
Yang mungkin sayangnya pada yang lalu masih ada,
Namun ku gagahi jua...
Menyokongnya, sentiasa di sampingnya..

Aku benci rasa bersalah setiap kali aku 'stalk' insan itu
Aku rasa bersalah walaupun pada hakikatnya dia tidak tahu
aku juga mangsa keadaan
Pada insan itu, aku punca segalanya..
Tidak!
Keadaan dah sebegitu sejak dulu
Cuma aku pengakhirannya.

Biarlah,Allah itu lebih mengetahui
Walau macam mana aku cuba terangkan
Dia tidak akan mahu menerima semuanya
Dia hanya akan percaya apa yang dia mahu percaya
Dia hanya akan percaya yang aku punca segala

Ah, lupakan lah segalanya
Kau dah pilih jalan kau
Dan dia sedang pasrah
Dalam kepasrahannya, aku ada.

Aku pujuk hati jangan membenci insan itu
Aku pujuk hati yang insan itu tengah marah
Aku pujuk hati ini yang insan itu kurang pertimbangan
Sekarang aku serahkan segalanya pada Pencipta jalan cerita.

July 16, 2012

Weekend - memancing

well selama ni menganggap memancing itu adalah bosan!
dan sememangnya terbukti bosan! hahaha sorry FI

tapi weekend lepas adalah first time aku teman FI pergi memancing dengan bebudak rumah dia.
hari sabtu start 2 pagi - 8 pagi. sekor ikan pun tak dapat huhuhu. memula aku semangat lagi temankan dia, duduk tengok dia buat umpan, baling pancing, tarik pancing tengok takde ikan. kunyah-kunyah kuaci. tapi pukul 4am, aku kalah. mengantok sangat dah. aku tidur dalam kereta. niat di hati nak bangun 5.30am tapi aku terjaga pukul 7 pagi muahahaha.akhirnya mereka berdua pulang dengan hampa hehehe

hari ahad repeat lagi hahaha.dekat kolam sebelah pulak. started 2 am sampai 6 am je kali ni. kali ni ramai sikit, budak rumah dia ada 2 orang n kawan dia with bini. the more, the merrier. kali ni aku tahan mata dan juga perut sebab lapar sangat! pukul 5,kawan dia n bini balik. so aku ambil chance tidur sekejap. dia kejut aku pukul 6, gerak balik. pulang dengan hampa jua...memasing memang mengantuk gile! kengkawan dia masuk je keta terus tidur. aku terlelap kejap,tapi dia kejut sebab dia mengantuk. aku picit-picit tangan dia taknak bagi mengantuk. sampai je rumah dia, aku memang tak larat nak drive balik. so aku cakap aku nak tidur depan rumah dia. kitorang tidur la dalam kereta, depan rumah dia huhuhu sampai pukul 8.30am, aku bangun tengok-tengok dia hilang. rupanya masuk dalam rumah sebab dia panas,hampeh -___-"

itulah dia first experience aku pergi teman sang boyfie memancing. sebelum ni ex bf aku ada gak gile mancing tapi aku tak pernah teman pun hehehe... aku enjoy moments yang kitorang kongsi. aku try masuk dunia dia, join apa yang dia suka..and dia pun sama... thanx FI.


July 12, 2012

promise

i can't promise you to solve all of your problems
but i promise you that you won't face any of it alone.
and i promise you that you'll see me along your way through it.
and i promise you that it's gonna be worth it.

I'm always here for you.
No matter how ugly or dark your geelings may be.
You should not have to bear them alone.

insyallah, i will love you, cherish you, till the moment Allah call me to Him.

July 6, 2012

readymade cotton kurung

READYMADE BAJU KURUNG COTTON FOR SALE!!!!

sebelum ni memang dah jual pun baju kurung cotton ni cumanya tak diwar-warkan kat sini hehehe

so sekarang ni dengan suka hati aku nya nak maklumkan yang saya, ada jual readymade baju kurung cotton.
material dia sangat selesa dipakai. aku pun pakai jugak baju ni,sangat selesa dan nampak kurus (itu penting). cutting dia adalah baju kurung riau/pahang.
aku pakai saiz M (^.^)

ni ada gambar baju kurung sempat diambil..ada yang takde ditangan tapi fret not nanti kite amik stok lagi ye ^_^








sila klik gambar untuk tumbesaran

RM 65.00 sepasang / RM 120.00 dua pasang

material : english cotton (walaupun kerap dibasuh, tapi warna tak mudah luntur.senang nak digosok.sometimes tak payah gosok pun ^_^ )
saiz : XS, S, M, L, XL
measurement :


XL

Baju
Lengan: 7.5"

Bahu: 18.5"

Dada: 47"

Punggung: 50"

Labuh baju: 38.5"

Pinggang:46"

Kain
Punggung: 50"

Labuh kain: 39.5"

Pinggang kain: 34-40"


L

Baju
Lengan: 7"

Bahu: 15.5"

Dada: 43"

Punggung: 50"

Labuh baju: 38"

Kain 
Punggung: 46"

Labuh kain: 39.5"

Pinggang kain: 31"


XS

Baju
Lengan: 7"

Bahu: 14"

Dada: 35"

Punggung: 40"

Pinggang: 34"

Labuh baju: 38.5"

Kain 
Punggung: 38"

Labuh kain: 39.5"

Pinggang kain: 24"

kalau nak beli boleh lah call or sms or jumpa terus i ye (^_^) alamak,measurement M n S takde...nanti akan diupdate kemudian ye :)

July 5, 2012

mungkin ini bahagiaku ^_^

SYUKUR.

aku berharap, berdoa ini adalah bahagian bahagiaku yang telah ditetapkanNya dari Lul Mahfuz.
aku berdoa sehari-hari biarlah bahagia ini kekal ke Jannah.

walaupun pada pandangan manusia, aku bersalah, aku jahat...
hanya Allah saja tahu siapa yang patut dipersalahkan, siapa yang cuba mengalah
tak perlu lah aku terangkan panjang lebar kerana aku tahu kau takkan percaya
sebab dalam hati kau, akan tetap cop aku ni bersalah.

aku biarkan semua tu ditangan takdir.

kalau kau rasa kau dah redha, kau patut lepaskan semuanya
dan bukan mengata buruk tentang aku lagi
aku dah minta maaf bukan?
kau dah skodeng blog, fb dan twitter aku,
kau nilai la sendiri siapa salah.


July 2, 2012

Dah puas aku cuba sorok
Dah puas aku cuba sembunyi
Macam mana entah dia boleh dapat blog aku, twitter aku.
Semua dia nak stalk.
Semua dia nak tahu.
Semua dia nak korek.
Sekarang semua dia dah tahu.
Semua dia dah puas korek.
Nyah la kau dari hidup aku.

Walau macam mana pun...
Di sebalik semua ni, ada hikmah dan nikmat Allah.
Masalah dia antara aku, dia dan dia, selesai. (Insyallah)

Aku berdoa,berharap, semua yang jadi dulu takkan jadi lagi.
Dan pray hard yang bahagia yang aku dapat ini akan berkekalan sehingga jannah.
love,
me

May 28, 2012

masa yang kau pinta

patutkah diberi masa lagi
patutkah ditunggu lagi

aku buntu
aku bingung

sungguh sayang itu menyekat ku pergi
cinta itu menghalang langkahku

tapi kadang terasa lelah untuk mengejar
kadang terasa ingin henti semua

mungkin Allah dah beri petunjuk supaya aku berhenti
tapi aku buta
mungkin Allah dah beri petunjuk supaya aku berlalu
tapi aku degil

bingung dalam memilih antara
sayangku padanya
dan sayangku pada diriku

Allah telah kabulkan doaku
doaku setahun dulu
doa agar FI menyayangiku seperti aku menyayanginya
alhamdulillah syukur sangat
tapi dia masih tak berdaya lepaskan masa silamnya

bisik hati kecil agar lepaskannya
tapi separuh jiwa tak membenarkan

aku tak mahu menjadi kepunyaanmu
kerana aku hanya milik Allah
tetapi aku sangat ingin menjadi separuh dari jiwamu hidupmu

hanya petunjuk ku pohon dariNya
samada perlu ku melangkah pergi atau memberinya masa lagi

Allah dah kabulkan doaku
berharap Dia kabulkan doaku lagi



May 20, 2012

i'm officially 26 years old

yeay 17 mei 2012 adalah tarikh di mana aku menjangkau umur 26!
oh man, aku terasa tua. banyak lagi benda yang tak dapat aku kecapi lagi. like seriously, aku rasa aku tak achieve apa-apa pun yang hebat.

insyallah aku nak try buat something yang akan buat aku bangga dengan diri sendiri..tapi tak tahu lagi apakah ia.
birthday tahun ni, si FI jauh nun di gua musang. sedih je.. hujung bulan baru dia balik...hanya wish thru the phone je..
celebrated dengan my familia kat chop n steak,selayang. well boleh la makanan western dia. tak de la best sangat..

hurmm so far, May agak kasar terhadapku.. macam-macam jadi.. tapi aku sentiasa ada yang menyokong aku dari depan dan belakang. sentiasa ada yang membuat aku lupa pada masalah ku sekejap dan gelak. ada yang boleh buat aku terharu dan surprised.

as usual, abah adalah pengge'wish' yang berjaya aku touching sesangat. dia tak pernah failed untuk buat aku terharu dan menangis..

kejap ye aku taip apa mesejnya :

'No matter how time passed,u still remain as a lil girl to me.u stumble n fall,we pick u up.every step u make,we hold ur hand. every sentence u utter,we correct it for u.even to the day your 'sharnaaz ahmad' take away u away by ur right hand,we will still hold ur left hand from afar.that's what u are to me, my lil 26th years old daughter, happy birthday'

tapi aku amat-amat lah bersyukur sebab aku dapat hadiah sebelum birthday aku dariNYA. sangat-sangat terharu aku...tak sangka aku perasaan itu seindah ini..terima kasih Ya Allah. dah lama aku tak rasa seindah ini...

*berharap hari-hari mendatang dapat ditempuhi sematang-matangnya dan sebijak-bijaknya*


perhentian gateaway!


first time aku dapat jejakkan kaki kat pulau perhentian kecil!
 teruja + terharu + syukur sebab scenery sangat cantik

aku,syaza,hajar adalah antara insan terpilih untuk jadi peserta bengkel kat perhentian hehehe
dari 7mei -11 mei weolls ada kat sana ^.^

scenery sangat cantik subhanallah!
kengkawan yang kat sana sangat gile, tingtong dan best!
aku pinjam camera yuna aiman, soo pictas sangat cantik..
cumanya bila dah kita jadi photographer of kos la gambar kita kurang huhuhu

7/5/12
-pagi nak pergi LCCT, eksiden terlanggar bumper myvi. FI hantar pergi LCCT.

- weolls naik airasia ke kota bharu.first time makan dalam flight beb hehe

- then naik kereta ke jeti kuala besut. fendi amik guna kereta ofis. kalau naik teksi maybe dalam RM60 satu teksi.

- then naik speed boat ke perhentian! weeeee! tambang bot RM70 pergi balik + cukai jabatan laut RM5

- check in kat Sha-rila Resort. resort ni aku bagi 4 stars sebab bersih dan pekerja pun friendly. cumanya iron kena mintak n deposit RM50. dan kena tunggu turn.

- minum petang bersama pemandangan cantik.

- jenjalan kat pantai

dalam flight

dalam flight airasia
sharila resort
view chalets

our room - deluxe


 8/5/12

-berbengkel dari pukul 9 pagi

- perut memulas mulas dari pukul 4pagi

-snorkelling dari pukul 3pm sampai 5 pm - 4 tempat kitorang pergi.
~kk island ( cantik,banyak ikan,air hijau sangat) ~shark point (ada anak shark tapi aku tak dapat jumpa) ~ turtle point (ada turtle besar! cantik) ~lighthouse (tempat banyak batu karang cantik.ada blue coral)
(untuk snorkeling pakej dia :1) 3 places RM30 termasuk equiments. untuk 3 jam trip.   2) 5 places RM35 untuk 5 jam.)

-malam sambung bengkel



9/5/2012
- pagi sambung presentation

-  free and easy. kitorang pergi long beach.cuci mata. dan nikmati snickers' shake (RM10 SATU GELAS!) yang dikhabarkan perkara wajib! it was delicious!

-cuci matoo kat long beach bersambung di malam hari hehehe..pergi dengan bos,so takleh terkinja sangat.kat Long beach, orang duduk bersila atas pasir sambil minum and tengok persembahan abang api hehehe

10/5/2012
- check out pukul 10am.

-dekat jeti kuala besut beli souvenir untuk family n him n bff
- naik flight kat airport kota bharu

-sampai lcct, kesayangan datang ambik ^.^

it was fun! it was awesome!