November 22, 2012

#PrayForGaza

 
Assalamualaikum...
 
 
Saban hari hati sebak dan tersentuh mendengar berita tentang nasib Gaza. Tak tahu bagaimana cara untuk membantu saudara Islam disana. Hanya doa dari kejauhan dikirimkan. Moga sekelumit doa dariku bakal membawa cahaya kepada mereka disana.
 
 
Tak sanggup nak post gambar-gambar dari keganasan Zionis tu... Sebak sangat. Time menaip ni pun airmata berlinang. Apalah dosa anak-anak kecil yang kau bunuh tu!!!
 
Perang ni dah berlarutan sekian tahun... Entah bila akan berhenti. Bersama lah kita mendoakan agar mereka yang tidak berdosa disana mendapat keselamatan dan kesejahteraan.
 
Pagi ni dengar di MHI, bahawa genjatan senjata akan dilaksanakan. Tapi zionis ni kan jahat nauzubillah, entah apa pula strategi dorang lepas ni untuk serang Palestin.
 
 
DOA! DOA! DOA!
Doakanlah mereka disetiap waktu selesai solat. Doakanlah mereka di setiap malam sebelum tidur.
Doakanlah mereka dikala mata mula dibuka setiap pagi.
 
 
Itu lah perkara paling berkuasa sekali andai kita tak mampu untuk membantu mereka dari segi lain.
Semoga Allah melindungi saudara Islam di Gaza setiap masa. Keamanan mereka bukan didunia tapi insyaAllah di akhirat kelak. Syahid itu untuk mereka.
 


No comments: