September 20, 2012

Latest addiction!

Addiction? Ah sudah ketagih apa pulak aku ni!!

hihihihi aku ketagih tengok drama - JANE BY DESIGN


Ceritanya pasal sorang highschool teenager nama Jane Quimby yang berlakon kekonon dia adalah adult yang nak bekerja di Donovan Decker, a hip fashion house! So si Jane ni kena la hidup di dua alam iaitu sekolah dan kerja. Lagi satu sebab dia buat macam ni sebab nak tolong abang dia yang takde kerja tetap. Takde orang tahu rahsia sebenar dia kecuali bff dia, Billy Nutter. Aku suka gila tengok Billy ni. Gaya badboy tapi baik and always be there for Jane! Sampaikan dia sanggup masuk detention class semata-mata nak tolong Jane. Well, dekat Donovan Decker, Jane ni assistant kepada Gray Chandler Murray, a world-famous fashion designer at Donovan Decker. Dan si Gray ni ada orang yang envy iaitu  India Jourdain. She always tries to sabotage Jane and steal Gray's job.

Cerita ni agak light and fun sebab tengok si Erica Dasher as Jane tu yang cute and kadang nampak clumsy. Lepas tu ada pulak Billy as her bff yang nampak macam bad boy tapi sangat baik dan sayangkan Jane as his bff eventhough gf dia si Lulu tu tak ngam dengan Jane.

Cerita ni kat Starworld, Astro. Kat rumah sewa takde astro, so paksa abah record cerita ni and aku akan tengok on weekend ^_^ dan bila aku nak tonton cerita ni, mama, ameer dan yang lain kena beralah dengan aku wakakaka seronoknya!

casts of Jane By Design
Lulu~Nick~Ben~Billy~Jane~Gray~Jeremy~India

Billy n Jane ~ comel kan *_*


suka sangat dis lil cute pink dress!!

Korang patut tonton Jane By Design ni sebab memang release tension hehehehe Lagipun aku memang minat bout fashion design dulu-dulu, sekarang dah kureng hihihi

Cerita dia setiap Selasa kat Starworld. Pukul berapa, lupa hehehe






September 12, 2012

dugaan tanda Allah sayang ^_^


Baru sahaja usai satu dugaan
Dugaan lain datang menyapa
Kalau tak pada aku, pada dia
Tapi banyaknya pada dia

Walaupun dugaan menimpanya
Takkan aku nak duduk sahaja
Dah berjanji susah senang bersama
Tempiasnya juga kurasa

Sungguh kalau dugaan itu padaku
Aku tak yakin aku sekuat dia
Dia, masih terukir senyum di bibirnya
Keluh kesah memang ada
Tapi akhirnya dia redha

Banyak, memang banyak dugaan kami
Kadang terlintas adakah ini petanda
Petanda kami bukan ditakdir bersama
Tapi alhamdulillah dengan izinNya semua dihadapi bersama

Aku perlu kuat untuknya
Dua kali lebih kuat dari dirinya

Katanya, mungkin ini balasan atas perbuatannya dulu
Kenangan silam yang banyak dosa katanya

Aku yakin, setiap dugaan ada hikmahNya
DIA takkan menguji lebih dari kemampuan hambaNya
DIA kan maha penyayang lagi maha mengasihani
Mana mungkin dia menganiaya hambaNya

Dugaan adalah tanda DIA sayang
Dugaan adalah tanda DIA ingat kita
Dugaan adalah tanda DIA mahu kita meminta dariNya
Dugaan adalah tanda DIA mahu kita mensyukuri

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. [Surah Al-Baqarah, 155- 156]
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Insyallah wahai kesayangan, kita akan hadapi segalanya bersama selagi diizinNya.