December 29, 2017

REVIEW MOVIE - BAD GENIUS


Sinopsis BAD GENIUS

Cerita pasal budak sekolah nama Lynn yang genuis nak meninggal. Dia baru bertukar sekolah dan rapat dengan Grace, student yang kaya tapi tak berapa cerdik. Kiranya memula Lynn ni just tolong Grace untuk pass exam je sebab manjang fail nya. Lepas tu si Grace ni pergi bagitahu boyfie dia Pat. Pat ni anak orang kaya. So Pat ni nak bayar Lynn ni untuk bagi dia meniru masa exam. Pat ni nak bayar 3000Baht per subjek! Dah la tu, bukan dia sorang je nak meniru, ada lagi 5 orang kawan dia yang sama bebal cam Pat ni..

Memula Lynn ni macam berat nak accept job tu tapi sebab dia pun bukan orang senang, dia terima la offer Pat. Maka bermulalah 'piano lesson' untuk si Pat and the gang. Memula Pat and the gang je, lepas tu berkembang pulak ramainya 'pelajar' Lynn ni. Siapa nak join memang kena bayar kat Lynn. Pakcik kayo la si Lynn ni.

Sampailah muncul mamat nama Bank, sama genius macam Lynn gak tapi skema nak meninggal. Dia memang tak bagi siapa-siapa tiru dia, siap report kat cikgu besar lagi. Tapi last-last si Bank ni....... haaa jadi apa kat si Bank ni? tengok laaaa sendiri hehehe tak best la bagi spoiler sampai habis kan....


My Review:

  • Memang kagum jap la tengok gaya dorang meniru yang tahap dewa punya. Kita dulu nak meniru just bisik-bisik je. ni siap pakai coding tau!
  • Storyline simple je and fun. So takyah banyak guna otak nak fikir 
  • Memang tak rugi la tengok cerita ni

Cerita ni aku bagi 9.5/10



November 27, 2017

NESTLE MOM & ME - Susu untuk ibu mengandung

Alhamdulillah dah melepasi first trimester. Yeayyy we've made it through first semester baby manja!!

well, bukan mudah sebenarnya bila dah ada pengalaman miscarriage ni untuk stay positive sebab seringkali datang negative thoughts takut perkara sama berulang.

Tapi alhamdulillah so far, so good. Baby and me sihat walafiat ^_^

Kali ni nak share about susu yang bagus untuk ibu hamil. Diriku ini adalah seorang yang anti susu tepung! 

yuck! 
tapi demi baby manja, kugagahi diri ini..

tried this susu masa TCE BABY EXPO bila entah lupa dah. mula-mula sangat skeptikal bila dioffer susu ni tapi bila dah try, yummm sedap sebab perisa vanilla ^_^
dalam hati, oh ada susu sedap rupanya.

nak tahu susu apa yang aku tried?


Nestle Mom & Me Vanilla Flavour

Yes inilah susu yang sedap ditekak orang yang anti susu tepung ^_^
yang paling best sebab boleh bancuh dengan air sejuk dan lagi rasa best macam aiskrim hihihi

Dalam susu ni ada DHA, Bifidus, Asid Folik, dan Vitamin lain.

DHA - untuk perkembangan otak bayi
Bifidus - membantu menambah bakteria baik dalam usus
Asid Folik - membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan fetus. TUrut membantu pembentukan sel darah merah.


Susu ni bukan je untuk ibu mengandung, untuk ibu yang menyusu pun bagus.
So, untuk ibu-ibu dan bakal ibu bolehlah try susu ni kalau rasa tekak tak boleh telan susu tepung :)

October 2, 2017

LOOKING BACK.... ALHAMDULILLAH HAPPIER NOW

Umang aiiii bersawang habis blog ku ini.. Kalau lah sawang ni kat rumah, jenuh nak bersihkan. Tiba-tiba hari ni rasa nak berblog pulak ^_^

Tadi baca balik older posts... well banyak posts yang sangat depressed. Yelah sebab dulu cinta tak pasti, merebut hati yang belum tentu mencintai.. Diri sendiri rasa Ya Allah depressed nya diri ini dulu -_-" 

Tapi I am beyond grateful atas segala nikmat bahagia yang Allah kurniakan sekarang dengan FI. 
Kalau dulu terasa macam diri ini tak dihargai, tapi sekarang alhamdulillah ^_^

Semoga rumahtangga kita ni kekal hingga Syurga sayang.. 

So now rasa macam nak berblog balik hehehehe kita tengok setakat mana tahap kerajinanku nanti hiks!

So ciao for now!

March 6, 2017

Look who's back!

Yeah dah berkurun tak update blog. Life is good and i'm enjoying every moments. Married life is wonderful. Tipu kalau kata tak ada gaduh, we fought like almost everyday but always remember not to go to sleep without kissing or hugging your spouse. My husband is one annoying species hahaha but i love him just the way he is.

Well enuf bout my marriage life, kang ada yang muntah darah. Hihihi
So, last entry was trip to krabi, tu pun tak habis hihihi.  And we are going to Bali this month!!
A trip that was planned about a year ago by my cousin. Kami akan pergi dengan agent yang my cuz dapat from fb. Quite reasonable, RM740 per person termasuk flight ticket, hotel and breakfast, transport and driver. Makan tak termasuk rasanya.

I am soooo excited for Bali ! Cant wait for our departure hihihi 
Hopefully dapat kerajinan untuk share the fun there ! (Tapi ada ke orang nak baca hihihi)