November 22, 2012

#PrayForGaza

 
Assalamualaikum...
 
 
Saban hari hati sebak dan tersentuh mendengar berita tentang nasib Gaza. Tak tahu bagaimana cara untuk membantu saudara Islam disana. Hanya doa dari kejauhan dikirimkan. Moga sekelumit doa dariku bakal membawa cahaya kepada mereka disana.
 
 
Tak sanggup nak post gambar-gambar dari keganasan Zionis tu... Sebak sangat. Time menaip ni pun airmata berlinang. Apalah dosa anak-anak kecil yang kau bunuh tu!!!
 
Perang ni dah berlarutan sekian tahun... Entah bila akan berhenti. Bersama lah kita mendoakan agar mereka yang tidak berdosa disana mendapat keselamatan dan kesejahteraan.
 
Pagi ni dengar di MHI, bahawa genjatan senjata akan dilaksanakan. Tapi zionis ni kan jahat nauzubillah, entah apa pula strategi dorang lepas ni untuk serang Palestin.
 
 
DOA! DOA! DOA!
Doakanlah mereka disetiap waktu selesai solat. Doakanlah mereka di setiap malam sebelum tidur.
Doakanlah mereka dikala mata mula dibuka setiap pagi.
 
 
Itu lah perkara paling berkuasa sekali andai kita tak mampu untuk membantu mereka dari segi lain.
Semoga Allah melindungi saudara Islam di Gaza setiap masa. Keamanan mereka bukan didunia tapi insyaAllah di akhirat kelak. Syahid itu untuk mereka.
 


November 6, 2012

Review - awana genting highland


holla ^_^

hari ni terasa nak buat review la pulak hehehe nampak tak ketiadaankerja disitu ^_^

bulan lepas weolls ada meeting kat awana genting highlands.

dari KL ke Genting kejap je, dalam setengah jam je. tak dan nak tidur pun hehehe

okay nak review and rate keadaan kat Awana hari tu.

Bilik Meeting :
  • kitorang dibagi bilik meeting yang salah at first. dah la menunggu kat bilik meeting yang salah tu dekat sejam.
  • lepas tu pergi bilik meeting yang betul, table setting tak seperti yang kitorang harapkan. kitorang mintak U-shape, dia set-up classroom. boss masuk, boss suruh tukar. tapi staff situ taknak tukar sebab dia cakap sales person dah informed PIC kitorang yang dorang nak buat classroom style. kitorang yang susun sendiri meja kerusi jadi U-shape.
  • mic dia bagi as per in order form je yakni 2 mic nak mintak lebih lagi, kena bayar.
  • minum pagi - OK. lunch - OK,banyak makanan. minum petang - OK.
  • kesimpulannya : LOUSY SERVICE! (3/10)
Bilik Hotel:
  • deluxe room - 2 super single bed. sangat comfy
  • view cantik. kemas.
  • bilik air,okay
  • iron and hair dryer ada dalam bilik
  • internet kena beli (malangnya) tapi disebabkan kitorang ambil pakej meeting, so internet adalah free tapi ada dia bagi password la.
  • harga sangat mahal RM300++ (tak ingat exact price )
  • kesimpulan : BOLEH LAH ^_^ (6/10)
 

okay la kot tu je hehehe. eh kejap tapi tapi tapi... ada diantara kitorang yang kena kacau malam tu. alhamdulillah lah bilik aku n farah tak kena kacau. yang kena kacau adalah di tingkat 15. cuma dorang dengar bunyi-bunyian. nasib baik semua selamat.

buat yang mabuk kenderaan macam aku, nak naik genting theme park tu silalah makan ubat tahan muntah ye huhuhuhu kalau tak jadi macam aku la, dok wek wek wek hahahaha

malam tu kitorang naik cable car pergi theme park. lepas tu experienced 4D movie. tajuk movie yang kitorang tonton Haunted Mine. best woooo kak ija sampai tutup-tutup mata, jerit-jerit hehehe tapi memang terasa macam kita yang lalu lombong berhantu tu. sebab dia 4D, kerusi dia pun akan bergerak sekali.

sekian review pasal AWANA GENTING HIGHLANDS ^_^






November 1, 2012

HAPPY BIRTHDAY KESAYANGAN!!!


23102012

Birthday kesayangan ~ Incik Faizul Ismail.

Happy sangat sebab on his birthday this year, aku ada dengan dia, happy compared to last year. ^_^

Takde buat apa sangat pun cuma tempah kek chocolate moist dengan kawan Hajar yang ada chocolate rose atas kek tu and celebrated dengan dia malam tu ^_^

Memula hajatnya nak pergi Penang sekali dengan si Syaza since birthday boyfie dia pun sama tapi budget tidak mengizinkan. Memula aku taknak beli kek sebab tau dia tak makan kek sangat, ingat nak beli burger pastu tulis guna mayo je and letak lilin hehehe tapi kegilaan dia sekarang adalah choc moist cake ^_^

Incik Faizul Ismail,
 
One year older, promise me you'll be one year wiser.
Happy 29th Birthday my kesayangan,
Wishing you a very good, healthy, happy, bless year ahead.
Orang harap jodoh kita berpanjangan setelah banyak gila dugaan yang kita hadapi.
Tak pernah lepas walau sehari pun doa agar semuanya baik-baik aja untuk dia.
Semoga dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dariNya
Semoga perubahan dan azam untuk menjadi a betterman akan istiqamah ^_^
 
Sepanjang 4 tahun kita kenal, banyak yang orang belajar dari dia terutamanya belajar untuk jadi extra sabar. Betul lah apa dia pernah cakap, sesuatu yang kita tunggu dengan penuh sabar, akhirnya akan lebih indah. alhamdulillah. ^_^
 
XOXO
 




F