April 28, 2011

Aku bukan untukmu (walau ku berharap kau untukku)

Jika dia memang bukan untukku,siapalah aku untuk menafikan ketentuan Illahi..

Ya Allah,sekiranya dia bukan jodohku,
Ketemukanlah dia dengan orang yang boleh menyayanginya lebih dariku..
Ketemukanlah dia dengan bahagia yang mungkin bukan ada padaku..
Kau sedarkan lah dirinya bahawa sekeping hati bukan untuk dipermainkan..
Kau sedarkanlah dirinya untuk menghargai kasih seorang wanita
Kau sedarkanlah dirinya dari terus hanyut dengan keseronokan dunia
Kau sedarkanlah dia bahawa sayangku padanya bukan harapkan balasan cuma inginkan penghargaan..

Jika dia bukan dijodohkan sebagai imamku,
Kau ketemukanlah dia dengan wanita yang bisa menjadi makmum terbaiknya
Kau ketemukanlah dia dengan wanita yang bisa membuatnya tersenyum sentiasa sepertimana dia selalu membuatku tersenyum
Kau ketemukanlah dia dengan hidayahMu untuk menghentikan segala kealpaan dunia..

Mungkin orang fikir aku bodoh kerana mencintai tanpa harapkan balasan..tapi bukankah sebenarnya cinta untuk melihat orang yang kita cintai sentiasa bahagia walaupun bukan kita puncanya?

Mungkin orang fikir aku bodoh kerana hanya menelan segala kepahitan yang dilemparkan kepadaku..tapi bukankah tugas kita untuk menelan yang pahit dan memulangkan yang manis kepada insan yang disayangi?

Mungkin orang fikir aku bangang kerana mengenepikan airmataku yang pernah gugur kerananya malah aku berpura-pura bahagia didepannya.percayalah,bahagia yang kalian nampak dimataku bukan pura-pura tapi kebenaran.aku mengenepikan amarah dan tangisku kerana aku benar-benar sayang!

Mungkin dia bukan untukku..
Walau apa sekalipun ku lakukan,sebesar mana pun aku berkorban,
Dia tetap tidak akan menjadi milikku..

*andainya lah dia masih membaca semua ini...aku masih menyayangi sehingga kini - tapi aku tahu dia telah lama berhenti membaca karutanku*

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berikanlah aku kekuatan

Aku tak sekuat itu..
Untuk melepaskan orang yang paling aku sayang jauh dari hidupku..
Aku tak setabah itu..
Untuk merelakan orang yang paling disayangi ke tangan orang lain yang mungkin lebih berhak
Aku tak sekental itu...
Untuk menghanyutkan semua kenangan bersama dengan tersayang

Aku takut..takut untuk menghadapi hari-hari tanpa gelaknya,nakalnya,senyumnya..
kerana aku tahu aku tidak sekuat itu...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

April 25, 2011

what can i say ♥♥♥♥

aku memang dah lama kepingin nak gi I-City...ala yang banyak2 lampu kat shah alam tu..
yela,orang lain semua dah pergi...aku je tak pergi2 lagi huhu

aku of kos la nak pergi dengan KG ^_^ dan sabtu baru ni ianya dimakbulkan setelah beberapa percubaan asyik gagal disebabkan hujan huhu..

okay first,nak cerita best coincidence hehe..camni, aku pakai tshirt Guess hitam (yang aku beli kat bandung je).memula aku terasa macam nak pakai tshirt putih Burberry tapi baju tu tak kering lagi so aku pakai tshirt Guess tu.bila aku sampai untuk jumpa dia, dia tak siap2 lagi.bila aku call,dia cakap tengah cari tshirt putih Burberry yang aku beli untuk dia tu. (tshirt tu design sama dengan aku). last-last dia tak jumpa tshirt putih tu,dia pakai tshirt Guess yang aku belikan untuk dia gak. ^_^ aku suka tengok dia pakai tshirt tu,kehenseman terserlah hehe..pastu dia cakap aku tiru dia,dia pakai tshirt Guess,aku pun nak pakai gak hehe..dalam hati aku,macam ada makna je kebetulan ni hehe..aku pun mula-mula nak pakai tshirt Burberry gak..bila aku cerita kat dia, dia cakap,kita memang sehati sejiwa la hehe okay aku menyengih je..

secondly,nak cerita pasal I-City. okay aku dah pergi dan tak de mende yang super best,cuma lampu2 yang buat aku teruja hehe..kitorang takde pun gambar berdua sebab takde orang nak tangkapkan huhu..so gambar aku sorang je la yang ada.. -_-

masa kat situ,terserempak dengan Janna n hubby n anak2 dia hehe..kantoi aku dengan KG hehe..lepas tu jenjalan lagi,terserempak pulak dengan si Hajar..senyum simpul hajar tengok aku dengan KG. (-_-") asal semua orang nak terserempak ni huhu..tapi pape pun,aku memang enjoy keluar dengan dia..he always know how to  make me smile ^__________^ ♥♥♥♥♥♥

*can i claim you as MINE?*

April 18, 2011

Hargai sebelum terlambat

It was devastating when you see a man that you care the most shed his tears towards a girl..

Selama ini dia begitu tabah dan kuat di hadapan semua orang walau sebesar mana sekalipun masalah atau dugaan yang ditanggung di benaknya, dia masih mampu tersenyum malah yang aku puji dan banggakan tentangnya adalah dia mampu untuk membuat orang lain tersenyum walaupun semasa dia crying inside.

Tetapi kini dia lemah... begitu lemah dan rapuh sehingga menitiskan airmata jantannya demi perempuan yang teramat disayanginya.. Buat pertama kalinya,aku menyaksikannya..Ianya turut meruntun hatiku..

Kesalahan dan kesilapan dia cuma satu : tak tunjukkan / beritahu betapa dia sayangkan perempuan itu.. sehinggakan perempuan tu ingatkan dia tak sayangkannya sepertimana dirinya. memang dia menyesal sangat2 sebab dia cuma tunjukkan kasih sayang dia melalui perbuatan tetapi motifnya tak sampai ke perempuan tu.

Aku sendiri sedih tengok orang yang aku sayang menangis dan bersedih sampai macam tu sekali aku tau macam mana rasanya,trust me,i do. Nasihatku cuma satu, tabahkan diri.i know you are strong and i know you can get through this. even though i know it will takes time or maybe the rest of your life to get over it...but please be strong dearie..i will be there for you..

p/s : hargailah orang yang di depan mata kita, yang always be there for us, always sacrifice for us through thick and thin, let her/him know how much you appreciate and love him/her. jangan tunggu sampai dia hilang baru kita nak menangis dan menyesal...

April 15, 2011

who's that girl

di luar kelihatan lasak, ganas sedikit brutal (sekarang la,dulu lagi brutal)
zahirnya kelihatan seperti dia tidak memikirkan masalah orang lain
luarannya nampak seperti dia gembira dengan hidupnya..

tapi cuba selami dalamannya..
di dalam dia hanya seorang perempuan yang sangat lemah dan rapuh
batinnya sungguh halus sehingga dia bisa menangis hanya dengan melihat kesayangannya disakiti atau bersedih
dalamannya tak siapa tahu dia menangis kerana hatinya acapkali dipermainkan..

ya orang itu adalah AKU.
ya akulah orang itu.

tapi kini aku seakan tak kenal diriku...

selama ini aku ingatkan aku seorang yang lemah semangat tetapi sikit pun aku tak sangka yang sebenar-benarnya aku seorang yang tabah!
aku seorang yang kuat!
aku tak menangis tatkala aku menemukan penipuan..
aku tak marah tatkala aku melihat kebenaran disebalik dusta yang pernah ditabur
aku tiada perasaan langsung tatkala itu semua berlaku...

aku pun pelik kerana dulunya aku seorang yang cengeng, sikit-sikit nak nangis, tapi pabila semua tu terjadi, ternyata aku sendiri terkejut dengan diriku,ya aku kuat dan tabah!

nina, janjilah pada dirimu sendiri bahawa ini adalah kali terakhir kau menyakiti dirimu sendiri..
ini adalah kali terakhir kau meletakkan orang lain di hadapan dirimu..
ini adalah kali terakhir kau mengalah kepada penipuan..
ini adalah kali terakhir kau akan menangis disebabkan kebutaan insan lain yang tak dapat menilai kebaikanmu dan pengorbanan mu...

April 14, 2011

Fantasi Perkahwinan

haaa jangan salah anggap akan title itu ye.. bukan fantasi tentang alam perkahwinan dikala malam ye...teeeett

bukan fantasi apa pun..hari tu entah macam mana sebelum nak tidur aku boleh terberangan macam mana konsep majlis perkahwinan aku nanti huhuhu..tiba-tiba*

lepas tu esok nya aku borak2 la dengan wawa pasal ni. dia bantai gelak kat aku (-_-) yela, aku tau la aku bukan ada calon untuk kahwin dalam masa terdekat ni kan huh!

okay berbalik kepada fantasi aku hehe..aku cakap dengan wawa yang kalau boleh aku nak kebanyakan benda untuk majlis aku nanti adalah DIY. aku memang suka buat benda-benda handmade ni. kalau boleh aku nak buat kad kahwin sendiri yang of course la exclusive tapi untuk VVIP (families n friends yang rapat saja) kalau semua kemungkinan besar aku akan pengsan sepuluh hari lepas semua siap.

aku rasa aku nak buat sendiri kad kawen, goodies, bunga telur, podium flowers, mini pelamin, center piece, my goodness banyak nye benda nak kena buat..



ish banyak la lagi hahaha...tapi bila date nak kawen nya tak tau la lagi..calon pun takde lagi ni ha..
keep on dreaming nina!

April 10, 2011

ku berdoa agar aku tidak seperti itu..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadamu agar aku dan adik2 ku yang lain dijauhkan dari derhaka terhadap mama dan abah...

drama swasta yang aku saksikan sepanjang minggu ini benar-benar membuatkan aku beristighfar panjang.aku tak sangka ada anak yang akan memperlakukan ayah (arwah) sebegitu rupa disebabkan harta!

Aku berharap aku dijauhkan dari sifat itu..ya memang aku akui aku sering bertekak dengan mama dan abah tapi jauh di sudut hatiku tidak pernah sekali aku terdetik untuk derhaka terhadap mereka.

Aku berharap adik2 ku juga seperti itu,tiada perasaan derhaka didalam hati mereka. Aku berdoa agar suatu hari nanti aku akan dapat membalas sekelumit dari jasa dan pengorbanan mereka terhadapku...kerana ku tahu aku tidak akan dapat membalas semua pengorbanan mereka terhadapku..

walau seburuk mana pun mereka, walau sekejam mana pun mereka, walau sebesar mana pun perselisihan faham dengan mereka, ingatlah kita tidak akan dapat membalas semua pengorbanan mereka. (reminder to myself)

April 9, 2011

amanlah kau disana..

akhirnya setelah 2 minggu tidak sedarkan diri akibat serangan stroke, seorang hamba Allah, Mohd Yunus Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 4/4/2011 pada jam 7.40 malam. Kami sekeluarga bergegas balik dari KL ke Terengganu malam tu jugak lepas cikde informed berita ni.
aku, walaupun kepenatan baru sampai rumah dari office, bergegas kemas baju and ambil adik2 aku kat KL Sentral. then aku sorang je yang drove sampai Terengganu sebab abah bukan nampak sangat malam2.
we all sampai sana pukul 5 pagi. terus check in hotel, dan aku gedebush tidur. bukan tak nak duduk kat rumah atuk tapi orang ramai so nanti tak dapat nak tidur.
jadilah dapat tidur 2jam je recover balik keletihan yang teramat.drove 6 jam! sesampai je kitorang kat rumah atuk, atuk sedang dimandikan oleh cucu-cucunya. adik2 aku pun join sama berbakti kepada atuknya buat ke sekian kali.
alhamdulillah aku berbangga dengan sepupu-sepupu lelaki dan juga adik-adik ku sebab dorang mandikan,tolong kapankan dan angkat keranda turun dari rumah.mereka memang berjasa kepada arwah atuk yang disayangi.
alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan dengan lancar dan cepat.
amanlah hendaknya atuk di sana.....

AL-FATIHAH

April 1, 2011