di luar kelihatan lasak, ganas sedikit brutal (sekarang la,dulu lagi brutal)
zahirnya kelihatan seperti dia tidak memikirkan masalah orang lain
luarannya nampak seperti dia gembira dengan hidupnya..
tapi cuba selami dalamannya..
di dalam dia hanya seorang perempuan yang sangat lemah dan rapuh
batinnya sungguh halus sehingga dia bisa menangis hanya dengan melihat kesayangannya disakiti atau bersedih
dalamannya tak siapa tahu dia menangis kerana hatinya acapkali dipermainkan..
ya orang itu adalah AKU.
ya akulah orang itu.
tapi kini aku seakan tak kenal diriku...
selama ini aku ingatkan aku seorang yang lemah semangat tetapi sikit pun aku tak sangka yang sebenar-benarnya aku seorang yang tabah!
aku seorang yang kuat!
aku tak menangis tatkala aku menemukan penipuan..
aku tak marah tatkala aku melihat kebenaran disebalik dusta yang pernah ditabur
aku tiada perasaan langsung tatkala itu semua berlaku...
aku pun pelik kerana dulunya aku seorang yang cengeng, sikit-sikit nak nangis, tapi pabila semua tu terjadi, ternyata aku sendiri terkejut dengan diriku,ya aku kuat dan tabah!
nina, janjilah pada dirimu sendiri bahawa ini adalah kali terakhir kau menyakiti dirimu sendiri..
ini adalah kali terakhir kau meletakkan orang lain di hadapan dirimu..
ini adalah kali terakhir kau mengalah kepada penipuan..
ini adalah kali terakhir kau akan menangis disebabkan kebutaan insan lain yang tak dapat menilai kebaikanmu dan pengorbanan mu...
No comments:
Post a Comment