Jika dia memang bukan untukku,siapalah aku untuk menafikan ketentuan Illahi..
Ya Allah,sekiranya dia bukan jodohku,
Ketemukanlah dia dengan orang yang boleh menyayanginya lebih dariku..
Ketemukanlah dia dengan bahagia yang mungkin bukan ada padaku..
Kau sedarkan lah dirinya bahawa sekeping hati bukan untuk dipermainkan..
Kau sedarkanlah dirinya untuk menghargai kasih seorang wanita
Kau sedarkanlah dirinya dari terus hanyut dengan keseronokan dunia
Kau sedarkanlah dia bahawa sayangku padanya bukan harapkan balasan cuma inginkan penghargaan..
Jika dia bukan dijodohkan sebagai imamku,
Kau ketemukanlah dia dengan wanita yang bisa menjadi makmum terbaiknya
Kau ketemukanlah dia dengan wanita yang bisa membuatnya tersenyum sentiasa sepertimana dia selalu membuatku tersenyum
Kau ketemukanlah dia dengan hidayahMu untuk menghentikan segala kealpaan dunia..
Mungkin orang fikir aku bodoh kerana mencintai tanpa harapkan balasan..tapi bukankah sebenarnya cinta untuk melihat orang yang kita cintai sentiasa bahagia walaupun bukan kita puncanya?
Mungkin orang fikir aku bodoh kerana hanya menelan segala kepahitan yang dilemparkan kepadaku..tapi bukankah tugas kita untuk menelan yang pahit dan memulangkan yang manis kepada insan yang disayangi?
Mungkin orang fikir aku bangang kerana mengenepikan airmataku yang pernah gugur kerananya malah aku berpura-pura bahagia didepannya.percayalah,bahagia yang kalian nampak dimataku bukan pura-pura tapi kebenaran.aku mengenepikan amarah dan tangisku kerana aku benar-benar sayang!
Mungkin dia bukan untukku..
Walau apa sekalipun ku lakukan,sebesar mana pun aku berkorban,
Dia tetap tidak akan menjadi milikku..
*andainya lah dia masih membaca semua ini...aku masih menyayangi sehingga kini - tapi aku tahu dia telah lama berhenti membaca karutanku*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment