June 28, 2016

TRIP KE KRABI - PART 3

Hari ni ada mood sikit nak mengarang so kita sambung part 3 trip pergi krabi ye. hihihi

HARI KETIGA

Hari ni ktorg chose untuk berkayak! yes berkayak hehehe.. memang suka outdoor activity macam ni and memula nak buat surprise kat FI nak bawak dia berkayak. tapi awal-awal lagi dia dah request nak berkayak hehehe so ibarat pucuk dicita ulam mendatang kan?

Starting and ending point kayak AO THALANE BAY
Kos untuk package Half day Kayak ni cuma THB400 sorang. Nervous jugak sebenarnya sebab takut tangan lenguh, takut kayak terbalik dan takut macam-macam lagi hahaha.
Okay, pepagi lagi lori dah datang angkut kitorang dari hotel. Ada 1 group of 6 Malaysian Chinese jugak tapi tak bertegur pun hihihi iols pemalu. Agak jauh jugak dari hotel, dalam 30-45 minit camtu.

Sesampai je kat starting point, dia bagi ktorang safety jacket dan juga paddle sorang satu. Lepas tu dia brief shortly pasal nak mengayak. Ada 2 orang guide yang bertanggungjawab. Sorang tu fasih English tapi yang sorang lagi sepatah tak tau.

LESGO! 

Matahari dah memunculkan diri huhuhu


punyalah excited sampai lupa incik husband kat belakang hihihi

Cantik !
Nampak tak yang ktorang tertinggal kat belakang huhuhu ni FI  la.. dia punya nak menikmati keindahan sampai tertinggal jauh.. aku ni dah la penakut takut apa-apa jadi dorang tak aware. banyak kali gak la FI kena marah huhuhu

Lake ni seriously gorgeous! air hijau and some spots memang jernih sampai nampak akar pokok bakau. FI teruja gila sebab dia memang suka gila dengan pokok paya bakau hihihi



ni dah masuk mangrove area. 
 Mangrove area agak mencabar sebab ada akar2 pokok bakau yang besar sampai susah nak kayuh. and ada 1 spot tu berselisih dengan group lain yang nak balik dah. kawasan tu memang sangat sempit. berlaga-laga la kayak ktorang.


Ponek dah hahaha


PITSTOP! 
 Berhenti kat sini tak lama, 15 minit je. ktorg berendam sikit pastu ambik gambar dan melepaskan lelah hehehe penat weiii katang rasa dah. Sini memang sangat sejuk rasa. View pun gojes!


mangrove area lagi. ni yang FI excited sangat heheh

Ada kat mangrove area tu, ktorg tertinggal agak jauh dari yang lain tapi tak risau sangat sebab ada sorang lagi guide kat belakang. tiba-tiba! perasan air makin banyak masuk kayak. cuak dah aku. FI rileks je.. dia panggil guide tu and guide tu suruh tukar kayak. masa nak tukar kayak ni cuaknyaaaa takut jatuh hahaha. seram jugak nak pijak akar pokok tu walaupun air sangat jernih dan boleh nampak kaki. Lepas tu, ktorang proceed kayuh huhuhu 




Ni antara pemandangan yang aku sangat suka! gambar memang raw, tak edit sikit pun. Dalam 2 jam berkayak, akhirnya habis patah balik ke starting point tadi. kat sana dorang jamu ktorg dengan air mineral and baby nenas. bau baby nenas tu sangat manis hokey! tapi FI tak bagi makan sebab periodku lambat dekat 2 minggu masa tu... sampai balik kat hotel dalam pukul 1 lebih. Sumpah penat gila! dengan muka legam gila hahaha

petang tu ktorang just naik skuter and pergi meronda Pantai Ao Nang. Untung betul beli tripod ni hehehe senang ktorang nak bergambar berdua. Ronda-ronda Ao Nang sambil cari the famous krabi pancake hihihi 

Dah maghrib baru jumpa kedai pancake tu. YAMIN KRABI PANCAKE is a MUST TRY! Sumpah sedap! Takleh nak ambik gambar sebab bateri sjcam out huhuhu guna ipong pun tak berapa nampak sebab area tu kurang cahaya lampu. I've tried TUNA PANCAKE, NUTELLA PANCAKE and CHICKEN CHEESE PANCAKE. Tuna pancake sangat sedap! first time rasa dan terus faberet! Masa ktorang sampai takde orang kat gerai tu, bila ktorg tengah tunggu order, berduyun-duyun orang. Fuhhh mujur!
Lepas makan pancake, ktorang jenguk-jenguk lagi makanan apa ada sepanjang jalan tu. Tried Fried Chicken dia, sedapp gile! Nak beli sotong tapi bapak mahal huhuhu  Dah happy tummy, maka pulanglah kami.





On the way balik hotel tu singgah kat macam gerai-gerai kecik depan Masjid Ao Nang bought another tuna pancake hahaha yang ni pun tak mengecewakan, sedap! lepas tu singgah pasar malam kecik nearby our hotel. Seronok beli makanan lagi hehehe tapi area ni orang tak ramai yang fasih english. macam ayam dengan itik la nak beli ice blended hahaha 

Okay, hari keempat next entry la ye, panjang sangat dah ni..
TILL NEXT ENTRY! 

June 21, 2016

TRIP KE KRABI -PART 2


Setelah beberapa minggu meninggalkan post trip ke krabi ni hanging, marilah kita menyambung kesinambungannya (Apa kau merepek ni Ninot oiii)

HARI PERTAMA

  • Tiba di Airport Krabi jam 2.30pm (kalau tak salah,lupa sudah hihihi.. Sila isi kad putih dalam flight sebab nanti bila turun, boleh terus pergi book teksi. masa ktorg turun, passengers lain baru sibuk nak isi kad.ktorg je yang terus pergi kaunter teksi.
  • Terus ke kaunter booking teksi dan booked teksi untuk ke hotel dan untuk ke airport nanti. Tambang sehala adalah 600THB tapi untuk return dia bagi 1100THB. Jangan ambik package yang ditawarkan di kaunter ni sebab mahal ! 
  • Beli simkad di pintu keluar airport tu tak ingat nama apa tapi 100THB untuk seminggu sebab kitorang stayed 4H3M.
  • Naik van macam Alphard menuju ke hotel kitorang dalam 30minit dari airport. Tapi masa tengah jalan tiba-tiba van ni berhenti kat taman perumahan n suruh kitorang tukar van. Cuak jugak memula tapi alhamdulillah memang just tukat van je.
  • Sampai je kat hotel, check in dan terus sewa skuter. Sewa skuter 250THB/day (mahal sikit compared to kalau sewa di area Aonang)
  • Singgah kat 7E beli makanan ringan sebelum ke Aonang untuk book package. Teruja gila masuk 7E dia sebab dah macam mini market, sangat besar dan banyak gila barang. Sila perhati packaging takut ada babi. Hampir-hampir beli roti yang ada babi huhuhu
  • Menuju ke Aonang naik skuter tu terasa FOREVER! dengan panas terik, terasa macam jauhhhhh je aonang tu padahal 5km je.Kitorang survey package2 untuk island activity di kedai-kedai di aonang tu. Dapat pakej ke PHI PHI ISLAND + KAYAK + 7 ISLANDS SUNSET untuk 4800THB. Paling murah dikalangan semua package yang ktorang surveyed. Gerai package ni bukan kat tepi2 aonang tu, dia kena masuk lorong sikit.. dekat 1 hotel apa tah nama lupa.
  • Ktorang makan petang merangkap makan malam kat gerai-gerai tepi hotel tu. Nasi goreng ayam + Nasi goreng tomyam + 2 milk greentea = 260THB. memula rasa macam murah tapi bila convert aiyakkk, mahal jugak untuk 2 orang.
  • On the way balik ke hotel, ktorang sesat sebab lupa simpang mana masa datang tadi. ah sudahhhh dah la gelap gulita, ktorg naik skuter, dah ke jalan estet dah. waze pulak buat perangaiiii.. pastu bila waze back to normal baru lah dapat pulang ke pangkal jalan fuhhhh
  • Sempat singgah dekat macam downtown nearby hotel kotrg, nak beli waterproof bag tu sebab tak sempat tengok kat aonang tadi. ada 1 je gerai jual dan dia jual beg 10L dengan harga 400THB! pastu esoknya bila kat onang nak pergi island hopping tu, tengok org jual beg tu 300THB je huwaaaaa takut takde kedai yg bukak pepagi tu..

HARI KEDUA


to PHI PHI ISLAND we go!!!
Bila upload gambar ni kat FB ada la kengkawan yang cakap rambut macam hape je.. laa FI cakap okay je.. pastu sebab pikir nak snorkeling bagai, kang rambut kesat tu sebab sanggul tinggi je.. tapi takpela, kuterima jelah nasihat mereka-mereka..
Lori pickup ktorg dalam pukul 8am untuk gather di Aonang. Okay PHI PHI Package ni kalau ikutkan 1600THB untuk 2 orang, kami menaiki speedboat. Tempat-tempat yang ktorg pergi VIKING CAVE, MAYA BAY, PHI PHI DON, MONKEY BEACH, BAMBOO ISLAND, PILEH BAY dan ada 1, 2 tempat lagi rasanya.. Disebabkan naik speed boat, so awal-awal kena telan ubat mabuk hihihi

tempat ktorang gathered dan diberi wristband yang kaler lain2 ikut boat.

All aboard!! Terpaksa berhimpit sikit huhuhu

Bamboo Island! In love with the scenery.


Baru jejak kat beach dah legam dah haihhh.. tak mandi pun kat sini just jenjalan enjoy pemandangan sebab panas gila kalau nak mandi.



MONKEY BAY
Ni dekat MONKEY BAY. Boat tak berhenti kat pantai, di berhenti jauh sikit untuk ktorg snorkeling. Punyalah leka tengok nemo, sampai dah jauh ktorg dari boat. dah la aku tak reti berenang, memang lambat la nak sampai balik ke boat hahaha

PHI PHI ISLAND

Kat PHI PHI ISLAND ni memang cantik tapi tak dapat nak ambik gambar sangat sebab manusia sangat ramai dan boat pun banyak yang parked. Kat sini we had lunch secara buffet. Nasi putih + tomyam + wedges + sayur + tembikai. Walaupun tomyam tak rasa tomyam tapi makan jelah sebab dah lapar hihihi


VIKING CAVE
Viking Cave ni dalam dia ada banyak sarang burung lelayang yang diternak dan diusahakan oleh Millionaire from Malaysia! Dulu boleh masuk dalam tapi since he bought this cave, penceroboh akan ditembak huhuhuh Konon-konon nampak cave ni macam kapal lanun la dari luar.





MAYA BAY!

Sangat cantik! Air crystal clear, pasir putih halus.. Subhanallah memang cantik! Ktorg mandi-mandi sikit tepi pantai tu lepas tu lepak dekat celahan batu sebab panas lit lit lit Pasir putih dia memang sangat halus macam gula icing hehehe 

Pulang sudahhhh



Okay end of day 2! ohsem gila! puas bersnorkeling, puas mandi laut, puas berjemur hihihi

Untuk day 3 dan seterusnya next entry ya hehehe panjang dah karangan ni..

Daa..


May 6, 2016

TRIP KE KRABI (KONON-KONON HONEYMOON) PART 1



dah 2 entry pasal DIY thingy je kan.. so nak pause kejap nak share pasal trip pergi krabi woot woot! well, ada orang yang kukenal cakap Krabi tak best compared to another island. tapi kita ni dah beli tiket and based on survey yang dibuat, ramai cakap krabi not bad. my advice, JANGAN DENGAR cakap orang lain, experience it yourself. tak kisah lah if it turns good or bad, but hey its experience kan!
Kitorang laki bini pergi Krabi 18 - 22 Feb 2016.

FLIGHT TICKETS
Bought 2 tickets to Krabi ( FI and I) last year before kahwin lagi. tak ingat bulan berapa hiks. Harga tiket RM 344.16 termasuk seat selection untuk ke krabi sebab tah kenapa tak dapat seat sebelah sebelah padahal seat lain banyak kosong. So beli la 2 seat lain.. Tapi masa balik KL we were lucky sebab dapat HOT SEAT ^_^ (ni tak termasuk meal sebab FI cakap takde menu yang menawan kalbu)



RESEARCH / SURVEY

Sebelum nak pergi travel memana memang jadi kebiasaan I will buat research thru blogs orang2 yang pernah pergi tempat tu. Guys, please la RAJINKAN DIRI buat research sendiri kalau nak ke mana-mana. Jangan rely on your friend yang pernah pergi je sampaikan dari A-Z semua nak tanya dia.. Bukan tak boleh, tapi do survey on your own first then baru tanya-tanya your friends. Ni sampaikan ada yang tanya hotel mana best ye rasa2? dah kalau kawan tu pergi 1 hotel je mana la dia nak tau pasal hotel lain kan..

Countless blogs yang disurvey. Excited punya pasal hihihi.. Survey nak makan kat mana best, hotel mana okay, nak pergi mana tempat best, what to do and what not. Senang je, sekarang kan semua dihujung jari aja. 


TUKAR DUIT

Ni part paling penting sebab akan menentukan berapa belanja atau budget keseluruhan trip kita. Disebabkan currency kita agak jatuh masa tu, so harga 100THB adalah RM11.90. that was the cheapest rate. tapi hari ni lagi murah 100THB = RM11.40 kalau tak salah. Okay masa tu just tukar RM1190 dapat 10000THB (nangis tepi bucu) 
Port tukar duit yang selalu ku pergi, dalam MIDVALLEY dekat tepi escalator ataupun dalam kedai NEWS kalau tak silap. dengan kat JALAN TAR. tapi kena rajin compare 2,3 tempat. Ada kedai tu ambil service charge mahal sangat tu yang kadang harga lain-lain walaupun kita tengok kat internet lain.


HOTEL

Part ni pun kena RAJINNNN survey. baca blogs, search kat agoda or trivago tengok harga and jarak dari hotel ke AO NANG BEACH. oh yes, ambil hotel yang dekat dengan beach supaya senang nak bergerak dan makan.
Macam kitorang ambik HOTEL KRISADA VILLA. tengok kat dalam google map tak jauh pun jarak dari pantai, cuma 5km je.... tapi disebabkan Krabi tu panas yang amat, 5km terasa macam 20km naik skuter!!!
Hotel kitorang RM333 untuk 4 malam. Murah kannnnnn hehehe. walaupun jarak agak jauh dari pantai tapi kitorang enjoy sebab dapat jalan-jalan night market yang nearby hotel tu, banyak kedai makan halal yang lagi murah dari yang dekat pantai.

Ni lah hotel Krisada Villa ^_^ colorful kannn hehehe bilik pun agak selesa dan besar siap ada balcony lagi tau. Bilik kitorang tingkat 1 yang color pink tu, memang saja request tingkat 1 sebab takut dia bagi tingkat atas lagi. hotel ni tak ada tangga hehehe.. overall sangat puas hati dengan hotel ni sebab bersih, bilik besar, bilik air pun besar, boleh sewa skuter dengan receptionist je (250baht per day)
Tapi hotel ni dekat dengan jeti yang nak ke 7 island hehehe.. Ala tak kisah sebenarnya duduk jauh sikit sebab semua island pakej akan datang ambik kat hotel.

Okaylah, nak kena stop kat sini kejap sebab ada kerja nak disettlekan..
Nanti sambung part II. bila tu, tah heheheh

May 4, 2016

DIY BUNGA TELUR 2

Okay semalam update pasal bunga telur untuk jemputan lelaki kan...
Today nak update pasal bunga telur yang untuk jemputan perempuan.. kenapa ada asing-asing? sebabnya...


haaa inilah sebabnya.. sebabnya it was a lotus flower bunga telur hehehe takut lelaki rasa gegurl sangatkan bila bawak so kita buat asing..

memula nak buat kaler dark purple + green tapi paper dark purple sangat dan teramatlah susah untuk dicari... ,makanya inilah yang ada..

Serius jenuh nak buat 500pcs bunga ni! mujur dapat pertolongan daripada Mama (yang sangat bertungkus lumus). Joe, Teha, dan Syaza.
Mau tak jenuh, kena potong A4 paper, pastu lipat (setiap bunga memerlukan 12 lipatan kertas ye!) pastu nak cantum dan bukak kelopak dia. Yes sangat leceh dan jenuh! tapi bila dah siap, haaaa all worth it! (kepada orang yang takde keinginan nak berdiy dorang akan kata nina buang masa dan tenaga, baik beli je..) but hey, it's my passion!





Yes this is the instruction! 

Sangat-sangat-sangat gigih kan ^_^ but i loved it! 
Berapa ukuran paper tu? sorry tak ingat dah hehehe.. try google DIY LOTUS FLOWER confirm ada.

hari tu ada orang nak tempah bunga ni 200pcs, sorry takmau dah buat! hahaha sebab tau tak mampu buat sengsorang and takmau susahkan orang lain dah.. 

Lagipun kalau orang nak buat bunga ni confirm harga dia akan RM2 ke atas sebab a lot of effort akan digunakan!

So that's it, for bunga telur hehehe nanti kalau rajin sambung lagi naaaa... (bajet-bajet macam ada orang baca hehehe)

May 3, 2016

KONON KONON NAK UPDATE PASAL DIY THINGY HAHAHA - DIY BUNGA TELUR 1

ha'ah kengkonon sangat kan nak update pasal DIY thingy yang aku buat untuk my wedding wakakaka

dah 6 bulan pun nikah tapi haprak kan... Nina nina nina.. nyanyuk tak dan tua namanya ni (macam mama selalu cakap)

Tak payah lah kot kan nak cerita keBESTan berkahwin ni hahahaha NO NEED! of kos la BEST! walaupun ada gaduh, masam muka, tapi semua tu jadi best hihihi (Please jangan la cakap 'ala biasa la mula2 kahwin memang best' tapi cuba start doakan kita supaya bahagia happy till Jannah.. Gittew)


Ok hari ni nak start la update pasal benda-benda DIY yang telah dengan jayanya terjadi ketika majlis. Alhamdulillah (^_^)

Okay kita start dengan bunga telur la ye..

Tadaaaaa hihihih

Ini adalah bunga telur didalam box. Bunga telur ni adalah untuk para tetamu lelaki yang hadir. Kenapa ada lelaki dan ada perempuan? sebab penat nak buat 1000pcs huhuhu

cara-cara nak buat ni?


Haaa ni lah cara-caranya.. senang gila..

all you need is PAPER CUP. macam Nina, pilih paper cups polkadot purple and pink (sebab purple out of stock)

Paper cup tu dipotong sama besar sebanyak 8 bahagian kemudian lipat, letakkan bunga telur atau any goodies dan tampal sticker on the top. Senang kan?


Okay, nak tahu more? tungguuuu sebab dah pukul 5pm, iols nak pulang hehehe