July 24, 2012

Biarlah dia...

Alhamdulillah
itu yang sering terucap di bibir dan hati
dengan kebahagiaan yang dikurniakan hari ini.

Walau hati sedikit gundah
Yang mungkin sayangnya pada yang lalu masih ada,
Namun ku gagahi jua...
Menyokongnya, sentiasa di sampingnya..

Aku benci rasa bersalah setiap kali aku 'stalk' insan itu
Aku rasa bersalah walaupun pada hakikatnya dia tidak tahu
aku juga mangsa keadaan
Pada insan itu, aku punca segalanya..
Tidak!
Keadaan dah sebegitu sejak dulu
Cuma aku pengakhirannya.

Biarlah,Allah itu lebih mengetahui
Walau macam mana aku cuba terangkan
Dia tidak akan mahu menerima semuanya
Dia hanya akan percaya apa yang dia mahu percaya
Dia hanya akan percaya yang aku punca segala

Ah, lupakan lah segalanya
Kau dah pilih jalan kau
Dan dia sedang pasrah
Dalam kepasrahannya, aku ada.

Aku pujuk hati jangan membenci insan itu
Aku pujuk hati yang insan itu tengah marah
Aku pujuk hati ini yang insan itu kurang pertimbangan
Sekarang aku serahkan segalanya pada Pencipta jalan cerita.

No comments: