Showing posts with label happy happy. Show all posts
Showing posts with label happy happy. Show all posts

June 11, 2011

May has treated me well

akhirnya aku dapat juga mood dan masa nak update blog aku yang dah mula bersawang...
haaa hari tu aku cakap nak blog pasal last month kan heheheh

well macam yang aku dah war-warkan sebelum ni, besday aku bulan Mei.
kalau nak compare tahun lepas dengan tahun ni,banyak lagi tahun lepas punya hadiah yang aku dapat tapi tapi tapi tahun ni lebih bermakna sebabnya i've been showered with love love love and love...

macam biasa la mesti ada family dinner punya hehe...makan pizza kat wangsa maju..ingat memula nak gi tengok wayang tapi punuh seyh,maklumlah cuti umum...


gambar teruja tengok kek + aiskrim.tapi sebenarnya tengah pikir camne nak habiskan sebab dah kenyang hehe

okay itu dengan family......dengan KG pulak....tak celebrate pun hehehe
cumanya macam tahun lepas,dia adalah orang pertama yang wish...dia called dan nyanyi untuk aku...of kos la aku tacing hehehe... dan aku ingatkan dia takde bagi hadiah,yela aku pun paham keadaan dia di tengah bulan...tapi rupanya ada gak (^_^) hadiah dia alamak tak amik gambar hehe...seekor sibu2 atau pepatung magnet berwarna hijau...dia cakap dengan aku,dia tak beli kaler purple sebab dia nak aku simpan kaler faveret dia,hijau (^.^) haaa sebenarnya sebelum dia bagi hadiah tu,aku pernah mimpi yang dia bagi aku hadiah kaler hijau gak dan ayatnya adalah sama...haaa camne tu hehehe i sayang u lebih la (^.^) dan dan dan hadiah yang memang takkan aku lupakan adalah dia berusaha dan berjaya mengikutku ke langkawi bersama kesayangan yang lain...walaupun takde celebration di langkawi, aku anggap itu hadiah paling best sebab dia dapat gak pergi langkawi dengan aku (^.^) kesanggupan dia menempuh 4 hari bersama dan juga kawan2 ku yang dia tak pernah kenal adalah sangat bermakna...


lagi pe lagi yang berlaku bulan 5 ea..ha for the first time aku pergi jejakkan kaki ke Perlis Indera Kayangan (^.^) best best best...dah la pergi perlis lepas besday aku hehehe owh ye lupa lak,besday aku adalah sama dengan sultan perlis dan tahun ni cuti umum sekali dengan wesak day hehehe
lepas balik dari perlis terus ke trolak pula....untuk berkursus selama 3 hari...

see, may treated me well...i know you love me May (^.^) syukur alhamdulillah...

March 6, 2011

wah terkejut mak!

semalam,hari sabtu ada bowling tournament anjuran Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan...team kami sebagai jemputan. kami berempat iaitu kak tikah,adly,akmal yang tidak mengetahui apakah hadiahnya, menyertai pertandingan itu..

held kat Alamanda,Putrajaya. tempat dia memang sangat tak best,dah la tempat kecik.
well, aku main macam tahik! tak tau la kenapa prestasi makin menurun..sobs sobs

aku punya score langsung takde yang llebih 100 untuk 1 frame. sedey giler sebab memang menurun giler prestasi..

whatever pun congrats to kak tikah sebab dia dapat BEST BOWLER! dan BSFJ dapat tempat ke 3 yeay suka suka

October 14, 2010

new member in the room

i am so damn happy
it was an unexpected surprise from my parents!!!
ini adalah kerana, abah n mama hadiahkan LAPPY :))

sangat happy kerana tak sangka hehe
aku takde la pulak mintak lappy tapi tup tup semalam abah bagi 1 kotak yang besar tapi cakap tu adalah travelling bag sebab aku selalu rembat beg abah hehe
then abah cakap jangan tertipu dengan kotak nya.so aku pun bukak la dengan rakusnya..tup tup yang tersembul keluar adalah lappy hehe

aku tak godek-godek sangat pun lappy tu sebab dah mengantuk.just on, then tengok sikit-sikit pastu off hehe
malam kang baru nak godek balik..

anyway...

THANKS A LOT MAMA N ABAH
NI YANG SAYANG LEBIH HEHE

October 11, 2010

he stole her from us!

10.10.10 memang date yang sangat cantik dan cuma datang sekali setiap seratus tahun. memang ramai gile nak kawin time ni.. Syeikh Muzzafar, Aqasha, ramai lagi la..
okay berbalik pada tajuk diatas..siapa yang rampas siapa ni?

sebenarnya my bestie dah selamat bergelar puan pada 09.10.10! siapakah?
shema yang telah sah bergelar Puan Zakaria


aku suka sangat tengok bila waktu akad nikah..sebab masa tu la dapat tengok riak muka lelaki yang bakal menggalas tanggungjawab yang maha besar dan perempuan yang bakal menjaga kehormatan suaminya.
dan aku pun suka bila sang suami memandang wajah sang isteri masa nak akad nikah tu dengan pandangan yang penuh kasih dan sayang.
yang kelakarnya time shema nikah, si shema ni mula-mula tak nangis pun.sebab pe, aku selalu tengok masa selesai je akad,perempuan mesti akan nangis sebab touching tapi si shema ni rilex je. hati kering betul haha..
dia cuma start mengalir airmata masa zack serahkan duit mas kahwin dan cium dahi dia..tu pun aku tengok zack dah bergenang dah airmata dia..
aku pun touching masa zack bacakan sumpah sang suami kepada isterinya...

10.10.10 merupakan hari yang paling best untuk shema. sebabnya adalah birthday dan juga persandingan shema!
bestnya dia..berseri-seri shema..
still cant believe she's married..hilang la sorang lagi member untuk bergelak dan bergedix huhuhu..
anyway, i wish her all the best in her marriage life ahead.we will always love you and support you :))

dan masa hari persandingan, aku lah pengapitnya hehe..aku terasa macam orang mengatakan yang mekap aku lagi over dari pengantin..dan baju aku lagi menyerlah dari pengantin...
sowie shema,tak disengajakan hehe
sedeynye sebab bunga telur dan goodie bag tak dapat huhu ni sebab tersalah budget kuantiti la ni dan adik dia pulak tah kat siapa la dia bagi goodie bags tu sampai habis sedangkan shema suruh bagi kat kawan shema je....sobs sobs

nuff said, enjoy the picta!!


zack tangan terketar-ketar tapi sah sekali lafaz

masa ni zack dah nangis,shema baru nak touching


kami je masih single

 

hari persandingan 10.10.10



 inilah mekap artist mak hehe



sekian...

June 17, 2010

muvee + berfoya2

THE KARATE KID sudah tonton dengan family dan muvee tu memang best! ada humor gak and ada part yang suspen..and i started to adore JADEN SMITH! he's cute and his acting similar to his daddy.. tapi cumanya cerita ni more to kung fu instead of karate!
 
hari sabtu yang lalu,aku keluar berfoya foya bersama-sama LAI. and lai brought her friend, dayah.
kami menonton muvee Lagenda Budak Setan seperti yang diwar-war kan sebelum ni hehe

memula aku booked tix thru m2u konon-konon nak tengok show pukul 2pm tapi disebabkan aku ter-berangan masa drive kat hiway,aku terlepas simpang exit sg buloh! dan aku masuk duke untuk ke selayang.then JEM yang maha jem! aku keluar rumah pukul 11 lebih then sampai seri gombak pukul 2.30! mana nak sempat.suruh lai ambil aku kat seri gombak naik nouvo dia. kitorang pun merempit huhu. then ambil tix show pukul 7pm sebab pukul 4.30pm dah habis! sobs sobs

sementara menunggu nak tengok LBS, kami sempat berfoya-foya dengan abang transformer hehe. memula cam malu2 nak ambil gambar dengan abang transformer tu tapi lepas dah start snap2, taknak blah pulak hehe sampai abang transformer tu bersuara 'wow,bestnye' huhu gatai ha abang transformer!

then kami pun menonton la LBS. cerita dia memang sedey. dan there was some part in the muvee reminds me to someone. aku tak nangis sangat hehe sebab lai la. masa part yang agak2 sedey, dia mesti tanya 'ha,nina nangis ek' huhu potong stim betul hikhik

sebaris seat kitorang semua perempuan. dan perempuan2 ni masa mula2 gelak bukan main lagi.pastu minah yang sebelah aku ni tak habis2 gelakkan lisa surihani yang pelat r. contohnya cughang  hehe. tapi later, aku tengok dia dok kesat2 airmata sebab touching huhu

tapi aku suka tengok farid kamil with braided hair. sangat kewl hehe. lisa pun sweet and her acting much better. and que as always, memang terbaeekk.cuma yang tak bestnya, kameraman dia macam tak pandai nak cari angel yang best. banyak dia close up. wei tak feel la tengok close up sampai semua parut jerawat farid kamil leh nampak. kalau dia ambil shot jauh sikit,maybe lagi berkesan and lagi touching aku rasa.

gambar berfoya-foya:

December 20, 2009

happie nye!!

happy nye weekend ni sbb:

1. dapat g rantai art setelah 2 thn berhajat nak pegi tapi xpegi2.dapat tgk live performance from local talent.best lagu dorg

2.dapat jumpa my beloved and coolest bro ever bro lii.dpt lepak kejap je dgn dia tp mmg enjoy lepak dgn dia..aku tak penah rase boring bila lepak dgn abg lii..ade je idea bengong dia 2..aku tgk dia,rmbut je yg panjang,tp dia tak panjang2 pon hehe.ruginye xbwk camera..xde pon 1 pic aku dgn dia..

3. dapat jumpa megat sazari.. org yg dh 13 thn aku xjmpe..windu sgt..lepak dgn dia best even dia tgh demam n even sekejap pon jd la..dia mmg xhenti2 bcakap je..tapi bagus la,xde la aku boring..