Showing posts with label woot woot. Show all posts
Showing posts with label woot woot. Show all posts

March 21, 2012

jessie j

lately macam bertuah banyak kali, alhamdulillah...

macam sebelum ni bertuah dapat blackberry kan.. lepas tu dapat tiket VIP Cuci the musical, dan latest dapat tiket Tunetalk Zone untuk konsert Jessie J! wow worth RM298 tu!

si adam ni la,kat twitter, offered tiket free untuk konsert tu.aku kalau tak takde la nak pergi sangat walaupun minat kat dia..tapi dah ada chance orang nak bagi tiket free kan hehehe

aku orang pertama reply tuit dia! dan dan dan hari konsert tu aku jumpa si adam ni ambil tiket dan he's cute hehehe. aku ajak ayu pergi sekali eventho ayu just tahu 1 lagu je hehehe

she was superbly amazing, energetic and fun! kitorang memang enjoy la performance dia! dah la dapat duduk dekat dengan stage, lagi la teruja hehehe





March 1, 2012

gold coast trip

wahhh pergi GOLD COAST noq!!!

tapi bukan GOLD COAST AUSTRALIA yeeee GOLD COAST MORIB je hahahahaha

nama nak kerlaasssss je kannnn

ala, hari tu pergi meeting je kat sana..

so ni nak tunjuk la macam mana rupanya kat sana

bilik ni adalah RM290 / night. agak mahal ye kengkawan tapi disebabkan weolllsss ambil pakej meeting, so sikit murah la.



dalam bilik dia ada jakuzi woiiii siap bertingkap so kalau couple leh la manje2 sorang berendam,sorang tengok tv haha 4.5/5

toilet dia best cuma leaking sikit  4/5


katil 4/5

seaview dari bilik. ohsem 4.5/5


ni la waterpark dorang. kewl gak.cuma kena pakai swimming attire :( 3/5

tapi kat hotel ni yang tak best nye :

- bila angin tiup ada bau kurang enak macam dedak and bau babi oink oink
- service agak poor
- towel dia tak tukar! dia lipat balik towel yang kita pakai tu pastu letak elok2. nasib baik driver kitorang ada kat bilik masa kitorang dok meeting
- iron kena request
-breakfast siap lambat, tulis pukul 7 pagi, kitorang pergi pukul 7.15 pagi, tak siap lagi.
-service untuk meeting room pun lambat!

okay sekian saja review GOLD COAST MORIB RESORT (^.^)
 *ada gambar bergedixxx tapi nantiiii laaaaa hehehe*


February 20, 2012

avril lavigne + blackberry ?!

konsert avril lavigne BLACK STAR TOUR on 18/2/2012



 menang lucky draw by tunetalk BLACKBERRY CURVE 9300


tak sesia topap tunetalk rm30! (^.^)

dapat chillex dengan minah senget najwa + ayien




 okay,itulah ringkasan hari sabtu ku yang best!!!!

taknak cerita apa yang tak best! sebab I'm a happy girl liddat hehehe


February 10, 2012

she is MRS. SHAIFUL AZLAN

cik nor safura telah sah bergelar puan nor safura, isteri kepada shaiful azlan pada 04/02/2012 (^_^)
aku,aida,hajar n syaza pergi lah bertandang ke ipoh sempena hari bersejarah itu....

malas nak cerita panjang, let's the pictures do the talking. (walaupun lagi banyak gambar kitorang yang bukan pengantin hehehe)

♥ inilah bride and groom ♥


anak-anak dara ber camwhore hehehe

♥♥ pelamin bersanding adalah comel
♥♥ mini pelamin adalah cantik
♥♥ kami sedih sebab tak dapat tengok pengantin bersanding sebab sibuk di meja goodies dan wishing tree
♥♥ terima kasih kepada lalan sebab bagi weolls tumpang rumah dia and sorry sebab tak sempat kemas elok2 before balik peace hehe

yang penting, kejadian pada jumaat malam adalah sangat tak boleh dilupakan! 3 kali pusing kat roadblock jpj dan 2 kali pusing kat roadblock polis! gara-gara tak jumpa lorong nak masuk rumah lan hehehe






February 3, 2012

first time

first time tengok bola kat stadium bukit jalil wei!!!

jakun kejap. aku  memang minat tengok bola tapi nak pergi tengok kat stadium tu memang malas la dengan ramai orangnya...

tapi ni, ayu pujuk punya pujuk, aku pun pergi la tengok friendly antara Malaysia dengan Kelantan.
dilema aku nak sokong mana satu. last-last aku sorak untuk dua-dua hehehe

bak kata Azmi, 'kalau shahrul idlan yang gol,nina sorak orang akan ingat semangat jati kelantan kuat ni hehehe' (aku bukannya orang kelantan pun hehehe)

result:

MALAYSIA 5 - KELANTAN 0


ini je gambar kat stadium hehe


January 6, 2012

Ada Apa Dengan 2011?

Hello 2012!!! Welcome welcome (^0^)
No matter what will happen in 2012, i hope i'm able to face it with arms wide open. Bring it on bebeyh!
owh, today is the first day of 2012 and i'm in Bilik Bencana, on duty (^.^) gigih kan heeee

well sebelum ke azam tahun 2012, nak recap pasal 2011 yang sangat2 mencabar aku rasa...

Januari
  • berazam nak KURUSKAN badan
  • still in love and still stand by him (KG)
  • me and him spent time together during NYE
  • aku ke kelantan dengan KG, ayu,nor,dolah. kenangan yang terindah di sana (^.^) 
Februari
  • still bear with him (KG)
  • gaduh. baik. gaduh. baik.
Mac
  • masih.dengan.KG.
  • menang bowling tournament anjuran BSFB (menang pun sebab dalam team aku,kuat2 belaka hahaha)
  • berjimba di bandung dengan bebudak GYLO (^.^)
  • KG tersangat sweet masa aku di bandung dan lepas aku balik bandung (^.^)
  • my bestie kawin, Yantie n Wan... and now dorang sedang menunggu orang ketiga..happy for you guys

April
  • arwah atuk kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu coma sebab stroke. i miss you atuk. bila atuk meninggal, ada 'drama swasta' yang jadi.
  • gaduh.baik.gaduh.nak let go.baik balik
Mei
  • my birthday!!!!
  • went to langkawi with KG, wawa, lalan, mimi (^.^)
  • dapat pergi perlis for the first time. walaupun pergi audit, tapi best :)
  • i'm in love with you more more more
  • dapat hadiah dari KG :)
Jun
  • gaduh lagi dengan KG, tried to let him go. tahan 2 weeks je lepas tu dengan dia balik.
  • KG berdepan dengan masalah yang sangat2 besar. aku terasa macam tak berguna tengok dia give up macam tu..
  • masalah ekonomi sebab belanja terlebih masa gi langkawi
Julai
  • bulan puasa!
  • still.with.him.
  • dapat job buat kad kawen untuk reza
Ogos
  • dapat bonus raya (^.^)
  • perang besar dengan KG. bertahan tanpa dia untuk sebulan. lepas tu......
  • beraya di hotel for the first time. disebabkan problem family :(
  • kad reza dah siap dan dah diedar. cumanya ada typpo kat kad dia huhuhu
September
  • reza kawen...tapi tak dapat attend sebab emergency
  • aku berhadapan dengan emosi yang sangat2 tak stabil sebab keadaan aku dengan KG. semua orang tegur muka aku asyik masam je
Oktober
  • Aku benci dengan sorang pompuan gile ni sebab menyusahkan hidup aku! dah la stalked fb aku!
  • Birthday KG. aku belanja makan n karoks and belikan dia jam tangan polo (^.^)
  • attended OctTwtFest. best gak la
  • ramai gile celebrated birthday bulan ni !
November
  • Dapat pergi induksi kat perlis untuk 2 weeks. so lepas ni tunggu nak confirm je hehehe
  • Things getting complicated between us. too much heartache. i'm willing to let him go for the zillionth time but in the end, we're back together.
December
  • things are still complicated between us. i'm giving up....but he dont wanna let go...me either..
  • vacay dengan family ke penang lagi!!!!
  • Gatal2 buat eyelashes extension hehehe
  • spent time with him on new year's eve (^.^)
Nothing much happened last year. most of what had happened, involved him (KG). I dont know what is awaiting for me this year. Yes, 2011 brought too much dramas, too much heartache, too much tears, but still, i love him too much.

i hope, i wish, i pray that 2012 will bring a new light to me and my beloved family and him.







November 6, 2011

Pending entry 2 : #OctTwtFest

apakah #octtwtfest? itu adalah 1 event yang kali kedua dibuat oleh dan untuk ahli twitter (^.^) ni kira first time evver aku joined.tahun lepas tak pergi sebab baru lagi dengan twitter..

haaa tahun ni aku pergi dengan retis twitter wooo hehehe

tak banyak gambar time tu sebab aku pergi dengan ajib,segan nak mintak dia amik gambar!
agak menarik gak la kat sana, banyak gile perfomance yang dibuat oleh ahli2 twitterjaya.
artis pun ramai gak. antaranya altimet, dj nas-t,fauziah ghous,iqram dinzly, fazura, lisa surihani,joe flizzow etc.
yang paling epic adalah Cinta Muka Bulu Parody! sangat lawak weiiii
pastu ada gak lagi best, poco-poco twitterjaya!

heehehehe enuff la,gonna post vids and pics

ajib-boy-angah

wit altimet

mami shuffling!epic woo!





 
Cinta Muka Bulu Parody

March 6, 2011

wah terkejut mak!

semalam,hari sabtu ada bowling tournament anjuran Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan...team kami sebagai jemputan. kami berempat iaitu kak tikah,adly,akmal yang tidak mengetahui apakah hadiahnya, menyertai pertandingan itu..

held kat Alamanda,Putrajaya. tempat dia memang sangat tak best,dah la tempat kecik.
well, aku main macam tahik! tak tau la kenapa prestasi makin menurun..sobs sobs

aku punya score langsung takde yang llebih 100 untuk 1 frame. sedey giler sebab memang menurun giler prestasi..

whatever pun congrats to kak tikah sebab dia dapat BEST BOWLER! dan BSFJ dapat tempat ke 3 yeay suka suka

December 22, 2010

new thingy

sepatutnya entry ni diterbitkan lama lagi, tapi kelupaan hehe

pertama-tama sekali, aku menang Giveaway dari SimpleRhyme. first time menang ni, sangat lah teruja nya.
taaadaaa ni la dia. handmade book.sangat kemas okei buatan tangan dia! dan sangat comey.thanx a bunch

next thingy adalah bag yang baru aku beli online hehe oooppsssiiie lupa lak aku beli dari blog mana...


taaaadaaa sangat comel..i loike ^.^
memula nak beli kaler purple (my fav kaler) tapi dia purple putih, disebabkan saya ni tak rasi dengan putih, maka belilah magenta.comel kannnn ^.^

October 7, 2010

saya comel?! ^_^

saya berbaju kurung pink berkain batik hari ni..saja je pakai baju pink ni setelah sekian lama tak pakai sebab hari ni ada makan-makan a.k.a jamuan raya.

dan bila perut dah penuh sumbat macam-macam (roti jala, nasi impit, makaroni, kuih raya, sardine roll, bihun sup dan air ribena) saya terasa macam nak bersenang lenang di ofis sambil borak-borak dengan wawa dan hajar...tiba-tiba aku dapat sms dari dia suruh saya call.

dan hari ni dia lain macam sikit sebab dia macam manja sikit hehe..dia ajak saya keluar lepak-lepak dengan dia..

aku pun setuju tanpa berfikir panjang. ^_^
memang dia lain sikit hari ni.. dia happy, ceria dan sweet hehe
dan dia puji saya berulang-ulang kali hari ni...
'kenapa comel sangat hari ni?'
saya pun apa lagi, sengih-sengih la hehe

maybe sebab saya pakai lens barbie eyes kot hehe..
tapi memang saya sedang kekembangan hari ni hehe


August 14, 2010

yang diidamkan tiba..

akhirnya....
blackberry didalam tanganku..hehe

terkejut kejap tadi masa kat sg wang sebab harga Bb naik compared to last week aku pergi survey.dorang cakap pasal pe tah tadi,aku pon tak ingat dah.

yang bestnya,aku n kawanku reza,amik BB Bold 9700 White Pearl yang sama hehe tetiba lak nampak smart yang putih..

ha ni nak cerita gelagat reza..

memula janji nak beli sesama hari ahad ni..tapi tadi reza call ajak beli harini gak lepas kerja sebab dia takut dia habiskan duit. aku pon ikutkan je la.lepas buke tadi terus ke sg wang. reza,bila dah beli je Bb,masa dalam kereta, dia teruja habis la hehe..pantang dengar Bb berbunyi,dia pun keluarkan bunyi hehe tapi yang bunyi tu bkn dia punya,izam punya..excited giler dia hehe pastu dok sengih2 masa izam settingkan dia punya bb hehe..

hehe apa2 pun,masa berbuka tadi memang best..dapat kumpul n berbuke dengan bebudak ECC dan bergelak ketawa hehe..

nota kaki:congrats to izam,payid,reza,kak ezlin,kak nore,anne,kak intan.. :)) ye saya tau kalau saya tunggu saya akan terima yang sama..tapi mungkin ini rezeki saya..