February 23, 2018

Hotel Review - Tok Aman Bali, Kelantan

Hari tu cakap dengan incik sumi, nak pergi bercuti sebelum 'meletop'. asalnya plan dalam kepala nak pergi langkawi tapi tiket flight mahal la pulak. so diamkan saja lah hasrat itu.

kebetulan ada cuti 2 hari -Thaipusam + Hari Wilayah (Rabu + Khamis) makanya, plan nak balik kampung sumi kat kelantan tu plus nak stay 1 night dekat Tok Aman Bali Resort. Dah lama ngidam nak stay kat Tok Aman ni tapi tak berkesempatan lagi..

Kebetulan pulak, masa hari ahad sebelum cuti tu, FIL warded sebab susah nak bernafas. Jadi adik beradik sumi dok pakat nak balik kampung. Makanya instead of nak balik Kelantan Selasa malam, kami bertolak isnin malam. Dan alhamdulillah FIL cuma ditahan ward 1 malam je. So, plan nak stay kat Tok Aman Bali kembali on hehehe

Booked bilik thru website Tok Aman sendiri sebab ada online reservation promo. harga per room per night aku dapat RM162 sahaja termasuk breakfast. Dan kebetulan adikku yang baru kahwin tu, nak pergi pusing-pusing kelantan bawak bini nya.. so aku belanja la dia stay 1 night kat Tok Aman Bali sebagai hadiah kahwin.

well, honestly aku sangat excited nak stay kat Tok Aman Bali. Siap planning nak ambil gambar konon-konon maternity shoot. tapi..... there was few things yang buat aku tolak markah untuk Tok Aman Bali ni. Start review dengan benda best dulu la ye...

Inilah pemandangan Tok Aman Bali Resort. Best kan!
Tok Aman Bali Resort ni jauh jugak dari bandar KB tau. around 40 minutes gak. So sesiapa yang nak pusing-pusing KB atau nak JJCM di kelantan, better jangan stay di sini sebab jauh, bazir masa. Kelantan jem wooo..

1) Bilik sangat luas dan comfy dan lake view yang calming. Ku ambil deluxe room. ada 1 queen bed, meja tulis, dan lain-lain yang basic la dalam tu.. Luas kan? boleh bentang toto lagi untuk sumbat lagi 2-3 orang ^_^



2) Part bilik air dia.. siap ada cermin dekat bath tub tu sebagai dinding antara katil dan bilik air. So honeymooners bolehlah bermanja. aicehhh

*ni gambar copy dari pakcik google sebab gambar haritu terdelete*


3) View yang sangat calming. 



4) Swimming pool yang besar dan sangat sesuai untuk yang bawa family. 


Okay now part yang kureng sikit pasal resort ni yang buat aku agak keciwa sebab dah letak high expectation sebenarnya..


1) Masa booked thru website dorang, aku mentioned nak bilik sebelah sebelah dengan bilik adik aku. dan siap mentioned nak katil queen untuk both rooms. tapi receptionist boleh tanya masa nak check in tu, puan nak katil queen ke twin bed ye? hurmmm nampak macam kau tak baca pun request aku kat dalam box tu sebenarnya.

2) Kami tak dapat pun bilik sebelah sebelah, tak apalah aku ingatkan bilik penuh. tapi rupanya bilik sebelah kiri dan kanan bilikku kosong je..

3) Memang teruja dengan bilik yang besar dan comfy.. tapi bilik air dia agak kurang bersih. Pada floor trap ada rambut sedangkan aku belum mandi lagi. Bath tab dia ada kesan kotoran tapi since kesan kotoran tu memang tak boleh tanggal, so aku anggap itu bekas cat.

4) Yang paling keciwa sekali adalah breakfast dia.. aku ingatkan breakfast dia, banyaklah pilihan tapi yang ada, sendu. Cuma ada nasi kerabu, bihun goreng, roti bakar, bubur, mee sup, cereals, scrambled egg, sausage dan muffins. ku harapkan dari resort 4 stars, adalah option western dan local macam omelette, boiled eggs, roti canai, nasi berlauk, pastries etc.

5) Kalau tengok kat online, banyak aktiviti rekreasi boleh buat kat sini contohnya ada kayak, paddle boat, basikal etc tapi bila kat sana, tengok paddle boat macam dah lama orang tak guna je dan rusty.. kayak ada la 2 orang je tengah main. basikal pun banyak yang macam rusty.. 

6) Kalau tengok ig setengah orang yang pernah stay sini, ada yang bergambar dalam persekitaran resort ni, ada buaian yang besar tu baru ingat nak bergambar kat situ fefeling tapi bila sampai sana, buaian tu rosak and takde orang maintain pun. keciwa lagi..

Hurmmm itu saja lah kot review kecewa dariku.. Serius, harapanku tinggi pasal resort ni tapi... sedikit keciwa..

Overall, Nora bagi 3 bintang je..

No comments: