February 15, 2011

day 22 : a letter to someone who hurt you recently

emm letter to someone who hurt me? recently? how about to someone who made me cry and laugh at the same time?

dear you, F.I
terima kasih diatas segala memori yang tercipta..
terima kasih kerana beriku peluang untuk berkawan denganmu...
terima kasih kerana kau pernah membenarkan dirimu bertakhta dihatiku...
terima kasih kerana tanpa kau sedar sebenarnya kau telah menjadi seorang yang sangat penting dalam hidupku..

kau telah menjadi sebab untukku bangun dengan ceria setiap pagi..
kau telah menjadi pembuai mimpi2 ku setiap malam kerana ku sentiasa teringatkan mu..
kau adalah antara penyebab utama setiap senyum dan tangisku kebelakangan ini..
kau juga adalah antara penyebab aku bersemangat untuk meniti hari-hariku..
kerana kau membuatkan ku rasa diriku penting untukmu..

ingatkah kau pernah berkali-kali ucapkan terima kasih diatas setiap pertolonganku kepadamu..
dan aku membalas..'kau pun pernah menolongku'
mungkin kau tidak sedar bahawa kau adalah penyebab untuk....
aku melupakan orang yang pernah ku sayang selama ini,yang telah ku ambil masa 2 tahun untuk kulupakan..
kau juga penyebab untuk wajahku berseri saban hari kerana aku bahagia bergelar sahabatmu..

aku senantiasa memohon kepada Illahi agar setibanya saat untukku pergi dari hidupmu nanti,
kau akan dapat berubah menjadi seorang yang aku harapkan,yakni yang lebih baik dari sekarang..
aku juga berharap kau akan mengingatiku dan kenangan kita bersama...
kau akan tersenyum tatkala kau melewati tempat-tempat yang pernah kita kunjungi..
untuk ke sekian kalinya F.I,
aku ingin kau tahu bahawa aku teramat menyayangimu sehingga tiada ruang untuk insan lain..
tetapi ku tahu siapaku disisi mu,cuma seorang sahabat..
mengetahui bahawa aku antara insan penting dalam hidupmu,cukup buatku bahagia..
mengetahui bahawa kau menghargaiku,cukup membuatku puas..
apa yang aku inginkan hanya kebahagiaan dan kegembiraan mu,walaupun ianya tanpaku...






No comments: