July 1, 2010

all about komuter..

sigh..
ha first-first dah sigh-ing..
yela,asalkan cerita pasal naik komuter,mesti ada je benda aku geram

cerita dia begini:

1) sekarang ni semua orang dah tau yang komuter ada LADIES' COACH yang mana middle coach adalah untuk WANITA sahaja! okay it's a compliment to KTM for came out with this idea. tapi malangnya kaum ADAM ni ramai yang tak paham bahasa. terutamanya mat2 indon, bangla dan yang seangkatan dengannya. dah terang-terang kau nampak sticker kat pintu,tingkap yang kaler pink tu
 pic dari sini
it's obvious OKAY! tapi kenapa lelaki2 ni sibuk gak nak naik? rasa nak sepak je sorang2 lelaki yang naik gak. dah la naik LADIES' COACH pastu kau buat muka tak bersalah. ada yang dah ditegur oleh kaum hawa tapi still buat bodoh dan naik gak. adoi la korang ni kenapa?!!

2) everytime aku nak balik naik komuter dari stesen Bank Negara, akan ada segerombolan makcik2 indon yang sangat annoying! bila tren dah sampai,dorang akan tolak2 orang yang dah beratur didepan. selagi boleh tolak,dorang akan tolak sampai semua kaum kerabat dia masuk tak sempat2 orang nak keluar. lepas tu dalam tren memekak macam kau adalah orang negara ini! cakap bahasa dorang dengan kuat! dorang ni akan turun stesen segambut (dua stesen lepas bank negara), bila tren berhenti kat stesen putra (lepas bank negara), mereka akan menjerit2 bila ada orang nak turun, kononnya nak suruh orang bagi passengers yang nak turun ni laluan tapi kau, berdiri depan pintu tak nak keluar dan masa tadi kau nak naik, tak sempat2 orang nak keluar kan! pendek kata aku sangat benci makcik2 ni!

3) tren lately (as usual) selalu delay. bila dia delayed, aku akan sampai ofis lambat. kalau time balik, tak kisah sangat. dan banyak kes yang serius dengan komuter.kalau tak silap last week, kabel atas talian terbakar, sebelum ni pun lebih kurang gak ceritanya. ni yang buat aku malas nak naik tren ni..tap what to do, nak pindah mama tak bagi,nak drive, jem lak tol lagi...

itulah antara luahan hati pasal komuter ni..

3 comments:

اميليه said...

sabar nina sabar...ini lah adat menaiki komuter... aduhaiii

shada said...

nina KTMB memang sengal!!!
aku pun facing da same problem mcm ko dulu..
sabar nina...

anata said...

mmg kesabaran aku amat tggi kan naik komuter huhu