July 30, 2010

titipkan doamu untuk sahabatku..

aku dah lama tahu pasal kawan aku yang ada dugaan yang besar melanda dirinya dan famili.tapi aku cuma dengar dari mulut orang saja,tak direct dari tuan badan..

kalau ikutkan hati,aku memang nak luahkan dalam entri ni apa dugaan hamba Allah tu..tapi kawan aku nasihatkan jangan dihebahkan..so aku pun dah janji..sebab kalau aku bagi klue sikit je mesti orang2 yang kenal dia akan tahu bahawa aku bercakap mengenai siapa..

aku hanya minta kawan-kawan yang baca entri ni, sedekah kan doa supaya ayah kawanku ini sembuh dari stroke,disembuhkan sakit anaknya dan juga diringankan segala dugaannya..

sebenarnya aku tersentuh bila baca sms dari hamba Allah ni yang diforwardkan oleh kawanku.sampai nak menangis aku rasa..memang sangat besar dugaan dia..bukan setakat apa yang aku katakan diatas,lebih dari itu tapi aku rasa, cukup la itu aja yang aku hebahkan.sekadar minta jasa baik untuk titipkan doa buat keluarganya..

No comments: