October 7, 2010

teori bodoh

aku ada 1 teori bodoh yang direka oleh aku sendiri.
opps bukan direka tapi setelah observation dijalankan dari semasa ke semasa

TEORI BODOH:

apabila seorang lelaki rapat dengan ku / berkenalan dengan ku, dia akan jadi terlalu suka/jatuh cinta denganku...tapi tak sampai beberapa lama, dia akan sama ada:
a) menjauhkan diri disebabkan dah bosan denganku atau
b) dapat gf lepas berkawan dengan ku

aku memang la akan ambil masa untuk sayang seseorang tu..tapi bila aku dah boleh terima seseorang, time tu la dia beralih kepada orang lain dan menjauhkan diri dari ku.
banyak kali dah pengalaman ni...
mula-mula aku ingat kebetulan tapi lama-lama macam badi la pulak.

memang perit dan sedih bila kita rapat dengan seseorang tu mula-mula lepas tu tiba-tiba takde salah silap, dia senyap jauhkan diri dari kita....

kalau tak,mula-mula mesej, call bagai nak rak...
lepas beberapa minggu, senyap tiba-tiba!
aku pulak yang rasa bersalah...bila tanya kenapa...
jawapan yang diberi:
'u tak de buat salah apa-apa tapi i rasa kita dah terlalu rapat'
hello! kau yang mula-mula gatal nak rapat dengan aku,mesej call tak berhenti..siap cakap sayang kat aku la bagai...tup tup tinggalkan aku terkontang kanting bila aku dah start sukakan kau! tapi sebenarnya,kau dah ada gf...

aku tak tau la camne nak cakap lagi pasal benda ni...memang pada orang lain, itu just negative thought aku je..
tapi pada aku, ianya seakan fobia untuk rapat dengan lelaki..

macam situasi sekarang ni...orang yang memang aku admire dan sayang, mula rapat dengan aku sehingga menimbulkan rasa pelik...memang aku happy dan suka bila kitorang rapat tapi aku mula takut..
takut teori aku tu berulang lagi...

*sigh*

aku betul-betul berharap agar benda ni takkan terjadi lagi..
aku sayang dia..

No comments: