aku dapat email dari kawanku... bunyi nya macam ni...
Satu eksperimen yang membuktikan mkanan di restoran McDonald's tidak reput
menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung didalamnya.
Seorang jurufoto dari New York mambiarkan sebiji burger Happy Meal bersama
kentang gorang di atas rak dirumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar
perubahan makanan itu setiap tiga hari.
Bagaimanapun sehingga hari ke 137, makanan tersebut masih kelihatan sama
seperti mana ditinggalkan dahulu.
Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput
tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan
tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.
Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak
dan makanan tidak reput.
Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia
berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.
*sumber dari Sinar Harian*
OWH NEHIIIIII!!!!
2 comments:
sedap dowh black paper mcdeluxe. ngehehehe. ah hentam ajela! janji perut bahagia.
haaa tu la kn dik huhuhu
Post a Comment