aku tahu cerita ni dah basi.
sebenarnya lama dah nak buat entry ni tapi asyik lupa memanjang.
makan semut banyak lettew (-_-")
kisah puisi yang dibaca dan dikarang oleh Zahiril Adzim (pelakon juvana) kepada isterinya Shera Aiyob masa wedding dorang tu....
sangat-sangat touching...
"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku."
diiringi pulak dengan lagu Dirimu Satu by Ungu.
sumpah sweet. gila tak sweet.
siapa yang tak terharu kalau other half kita dedicate puisi yang dibuat sendiri kat kita? homai, aku memang nanges time tengok youtube masa zahiril baca puisi ni.. even sekarang ni pun aku tacing lagi hehehe
tapi zahiril ni memang pandai berbahasa. tengok blog dia pun tahu.
bestnya kalau dapat hubby yang romantik macam ni.... tapi tak kisah pun macam mana hubby ku itu hehehe
i accept you just the way you are (^_^♥)
No comments:
Post a Comment