January 20, 2012

dulu dan kini

dulu

tak pernah menyukai dirinya
biar giat dikenen oleh sahabat, tegas tidak menyukainya

dulu

mula rapat dengannya
berkongsi kisah hidupnya
mendengar cerita hidupnya

dulu

bersimpati dengannya
berpisah dengan kesayangannya
sehingga merubah segalanya

dulu

tekad dalam diri untuk membantu dia berubah
tekad dalam diri hanya menyayanginya sebagai sahabat
tekad dalam diri membantu dia berhenti segala 'kekotoran itu'
tekad dalam diri hanya mahu melihat dia gembira,bahagia

dulu

perasaan sayang dipendam jauh di sudut hati paling dalam
perasaan sayang sebolehnya tidak diperlihat
hanya perasaan sahabat ingin melihat sahabatnya berubah


kini

perasaan tamak membelenggu diri
sayang berubah kepada cinta
yang tidak diketahui sebabnya

kini

airmata menjadi teman kerana sering disakiti
namun airmata dilupakan ketika dia menghadiahkan tawa

kini

dia adalah sebahagian diri
dia adalah penyeri hari
dia adalah pengubat lara hati
dia adalah kesayangan di hati

kini

hanya mahukan dirinya menjadi yang halal untuk diri ini
hanya mahu menjadi satu-satunya yang disayangi
hanya mahu dia bersama diri ini
hanya mahu diri ini sahaja disayangi dan dicintai

hingga lupa pesan pada diri yang disemat dulu
perasaan tamak menyelubungi

mungkin perlu balik kepada perasaan dulu
yang hanya mahukan yang terbaik untuknya

meski yang terbaik itu bukan diri ini
meski berendam airmata untuk memberi yang terbaik kepadanya
meski tersenyum dalam tangis melihat dia mendapat yang terbaik
meski berat untuk melepaskannya kepada yang terbaik

malu pada diri kerana tamak ingin memilikinya
malu pada diri sekiranya dia tidak menyayangi seperti diri ini



No comments: