kau ada pasangan yang setia menyayangimu
kau ada kerja idaman
kau ada keluarga yang sempurna
itu bahagia mu.
dia mencintai tetapi tidak dicintai
dia menyayangi tetapi tidak memiliki
dia menunggu yang tidak pasti
itu bahagia dia
siapalah kita untuk mengukur tahap bahagia insan lain
mungkin kita lihat itu sebagai derita
tetapi padanya itulah bahagia
dia bahagia kerana di hatinya ada cinta
dia bahagia kerana melihat kesayangannya bahagia walau bukan dengannya
dia bahagia kerana kesayangannya bahagia walau bukan kerananya
dia bahagia dengan perasaan yang diberikan kesayangannya
dia bahagia dengan kenangan itu baik pahit mahupun manis
dia bahagia kerana pengorbanannya untuk yang disayangi
dia bahagia melihat kebahagiaan itu dengan titisan airmata
dia bahagia mengharap walau segalanya kabur
dia bahagia dalam derita
kamu.kamu.dan kamu.
mungkin bahagiamu tidak seperti 'bahagianya'
namun janganlah doakan penyesalan kepadanya
sebaliknya doakan kebahagiaan diakhir 'bahagianya' itu
jangan menanti untuk menyatakan 'aku dah cakap dulu,kau taknak dengar'
tapi katakan dengan hati yang tulus 'mungkin itu bahagiamu, redhalah'
ikhlas ku katakan ku bahagia
menyayangi.mencintai.mencurah kasih.menjadi penyokong.menjadi penunggu cinta.
aku bahagia melihat dia bahagia.gembira.
aku tidak menyayangi kerana aku perlukan dia
tetapi aku perlukan dia kerana aku menyayanginya
No comments:
Post a Comment