February 23, 2010

3 IN 1

lamenye tak update blog ni..dah bersawang rasenye huhu..
emm let see..banyak gak nak cite in one entry..

shall we start with 2nd anniversary?

urm 2nd anniversary...dah dua tahun rupenya aku kerja kat Etiqa Contact Center ni ye..aku ingat lagi aku first joined Etiqa 22/2/2008. aku memang baru gak lagi abis study masa tu.
memula aku replaced kak ieka yang bersalin so sepatutnya selama 3 bulan je.next kak ira pulak bersalin, pastu aku ganti kak su pulak.ramai betol bersalin time tu..well masa ni aku under Complaint Management Unit yang saban hari boleh bikin kepala ku botak disebabkan stress melampau.lepas aku selesai menggantikan kaum ibu ni..at last kak ayu (complaint )nak amik aku under dia..so kekal la aku bawah complaint unit for about a year. then bulan 3 tahun lepas, aku disuruh masuk under customer service (yang keje jawab2 call) memula mati-matian aku takmo.macam2 alasan aku bagi..aku cakap aku tak reti speaking, tak reti nak bercakap and bla bla..tapi satu pon alasan aku tak diterima.alasan aku ditransfer? ekonomi gawat,complaint unit perlu dikecikkan,and CS shorthanded..aku redha jew..
but anyhow i'm happy working here..with the friendly environment and other stuffs, besides, kat contact center banyak gile xtvt yang kitorang buat compared to other dept. weehuu..
(tapi bila la boleh nak dapat permenant ni..)

next is..MR Tonsil..

aku tak pernah tau tonsil akan mengganas sampai macam ni sekali.dulu memang la pernah kena tonsil ni tapi sekejap je and takde la sampai macam ni punya seksa.
aku kena ari isnin 15/2/2010 (sebab ari ahad minum air sejuk yang teramat banyak)
pagi isnin dah start demam tapi disebabkan nak pergi mandi kat sungai sendat dengan bebudak ni..aku katakan yang aku tak demam. (padahal klau hari keje maunye terus mc) then lepas je first round mandi, terus aku gigil lama gile.badan seram sejuk.tak penah pulak jadi camni.so aku pun fikir,betul la aku demam ni.bila balik je umah terus melepek..mandi2,makan,terus buat muka kesian kat mama. 'along demam..'
selasa,still demam.petang sikit g klinik.doc bagi mc seari..ok lah takpe..aku makan ubat dengan harapan cepatla baik.. (pekerja bdedikasi) hari khamis aku rasa cam dah ok so aku pon gagahkan diri ke opis.yeah i did it! aku berjaya picked up call macam biasa tapi tekak aku makin perit.puas dah aku makan ubat,minum air masak etc..ari jumaat pon cam ok gak paginye..pastu lama2 tekak ku makin sakit.
ha sabtu la kemuncaknya.aku bangun pagi..sebab ada tournament inter-floor bowling kat ampang point..aku rasa cam bila nak bercakap teramat2 sakit.aku tak boleh nak bukak mulut untuk bercakap,then sakit masa minum and makan.peritnye..aku gagahkan gak gi main bowling.balik je umah,abah bising2..
tonsil bukan boleh main panas sangat..kan dah teruk.g la klinik lagi..doc bagi aku antibiotik,ubat demam lagi..dengan mc 2 ari.serius sakit sangat2..
aku tak cukup tido sebab bila nak telan air liur je sakit,mesti terjaga.adala dalam 20-30 minit je aku tido pastu jaga.pastu aku kena letak cool fever kat leher ditukar2 dengan ais.masa tu aku doa,kalau bagi aku boleh minum je pun dah besar rahmat..
sabtu,ahad,isnin aku macam ni..malam isnin aku makan strepsils,(lepas kena paksa dgn mama) eh eh aku boleh telan air liur..terus aku try minum air..Ya Allah bestnye dapat minum air.dah berapa ari aku minum sikit je pastu just makan sup and roti berapa cubit je..then selasa,aku dah ok,boleh makan n minum cuma aku pun pelik kenapa aku bercakap tak berapa betul.macam OKU cakap.takpela nanti elok la tu..tadi aku g klinik lagi untuk mintak mc sebab aku still tak leh nak bercakap elok,camne nak jawab call..hopefully khamis dapatlah g keje..
lama2 mc ni tak syiok la pulak.menipiskan harapan nak permenant huhu


last but not least..Etiqa Inter-Floor Bowling

ni yang macam aku story kat atas,ari sabtu kat Ampang Point.1 team 3 orang.
floor ktorang anta 2 team.CC1 and CC2. kak salwa, kak mas and cik mat (CC1) manakala aku,reza n izam (CC2)..dah la dengan aku tak berapa sihat..muka pepagi cam zombie kg pisang..tapi yang bestnya bak kata izam,aku ni sakit2 pon bila nak pose amik gambar,bukan main hehe haruslaaa :)
ktorang main 3 game sorang..1st frame reza n izam memang dasyat la..aku ni je tak berapa menjadi..skill dah ilang..sume skor aku ala ala je..keciwa aku..
then 2nd frame reza mula menurun..aku still corot.seratus lebih sikit je.keciwa aku sebab aku keciwakan reza n izam
3rd frame pon same gak aku ni adoyai cuma naik sikit la..reza naik balik..izam maintain..then bila dah abis game..aku n izam tunggu la sebab reza kena balik.takpela,kitorang ade ramai teman kat situ.faizul,azahan,lai,hafiz,kak noni. sume pakat bagi support kat kitorang tadi.
jeng jeng masanya tiba..ade award untuk ratu n raja longkang..nasib baik aku tak dapat,malu je huhu..best player,best dressed team and pe lagi tah
aku cakap dengan izam (aku taip kat hp) kalau kita dapat tempat 17 dari 34, kira terer la tu..ktorang tunggu dengan suspen..aik dah lepas no 17..wah,terer kita :D kitorang dah siap bersorak dulu hehe pastu kitorang cakap kalau top 10 memang gempak la kita!! hehe jeng jeng sekali ktorang dapat no 11 :D
ok la tu..bila aku sms reza,dia terus call tanya sebab tak caya hehe..n winner pulak,CC1 weehuu..cayolah akaks n cik mat..kak salwa n kak mas memang jagoan..memang terer..

well itulah ceritera2 yang terkumpul dalam 1 hikayat (entri)
sekian..

No comments: