December 13, 2012

FELINNA INCHLOSS LOTION

Percubaan untuk selim melim!!!

Memula hari tu macam was was nak beli Felinna Inchloss Lotion ni sebab takut macam pakai lotion2 slim yang lain dulu yang mana tidak berkesan!

Tapi dok survey2 testimoni and my cousin, Tya adalah pengguna dan pengedar jua, makanya aku pun try beli dengan Tya.

Tya pesan : sebelum pakai, ukur dulu.

tapi aku, lupa -_-"

target part aku adalah:

  • peha
  • lengan yang gelebeh-gelebeh tu
  • tummy yang dah macam triple cheese burger -_-"
  • betis yang macho sangat cam jantan -_-"

Sekarang ni dah nak dekat sebulan aku try lotion tu. Aku pakai setiap kali lepas mandi. sehari 2x, kadang2 sekali je sehari sebab tak sempat pakai masa pagi.

resultnya:

  • seluar dah terasa kelonggaran di bahagian peha
  • lengan dah less gelebeh.baju kat bahagian lengan dah longgar.
  • perut tak banyak hilang inci sebab makan sangat banyak lately -_-"
  • betis dah jadi lembut sikit lemak dia,compared to before this yang keras kental huhuhu
  • selulit dah less kelihatan ^_^
Ini adalah betul, bukan tipuan! memang aku tak ukur, tapi badan kita, kita boleh terasa sendiri perubahannya. baju pun dah longgar sikit kat lengan. result tu mestilah berbeza-beza antara semua orangkan... tak sama kan kadar lemak setiap orang. pada badan aku, dengan lemak tepu kental ni, sikit2 dia melembut dan mengurang... insyallah akan konsisten pakai lotion ni.

yang paling aku suka pasal lotion ni, dia tak panas sangat bila kita sapu kat badan. bau dia wangi, tak macam kebanyakan lotion kurus yang bau macam minyak angin dan agak malu nak pakai bila keluar. tapi felinna bau macam bedak,soft2 gitu.. pakai time gi keje pun tak segan.

Okay, sesiapa yang nak try Felinna ni boleh lah order dengan iolls ye kengkawan ^_^ RM75.00 je sebotol. boleh whats app/sms/call kat 019-2534105  kalau nak tanya tahan berapa lama, ikut kepada berapa banyak yang kita pakai la..banyak parts kita sapu, cepat lah habis hehehe kalau nak tau lebih pasal Felinna, ace pergi visit fb www.facebook.com/anggunboutique1 kat situ ada further info.


 
ni stok yang baru sampai hehehe
 
 



December 4, 2012

ShoutAwards2012!

23 / 11 / 2012 hari tu gigih aku, aiman n ayu pergi Sunway Lagoon Surf Beach semata-mata nak jadi screamers!!!

Memula ingatkan akan dapat tshirt shoutawards hari jumaat tu gak, alih2 dia suruh pergi amik kat ofis dia bulan depan -_-" aku pakai singlet n cardigan je sebab ingatkan nak sarung je tshirt tu...ayu siap gi beli tshirt baru sebab dia pun ingatkan macam tu... sengal la organiser ni!

Dah la bagi arahan tak clear, kejap suruh kitorang beratur kat sini, kejap kat sana.... malas la dah aku lepas ni...

Okay, cukup lah disitu mengatakan ketidakpuasanhati pasal volunteer team huhuhu

Kitorang dapat tempat depan stage sebab kitorang jadi tukang jerit hehehe

Jap nak letak gambar hehehe

Kitorang memang dekat dengan stage and kalau nak amik gambar artis memang clear la malangnya bateri masing-masing kong sebab awal gile kena ada kat sana...

So just a few camwhored pictas before show started heheheh

 
 
Kat sebelah kitorang ada la a group of college girls yang memula aku tengok dorang ni poyo-poser-gedik-perasan lebih tapi akhirnya my conclusion adalah memang BETUL PUN!!!!
 
Al-kisahnya, dorang ni aku rasa kaki club kot, bila music electro, techno je dorang layan joget, lagu lain dorang boo. Siap jerit tukar la performance lain!! WTH?! ingat show tu untuk please kau je ke? Pastu ada la 2 orang mamat yang pakai kemeja kotak2 tak berapa hensem cam nak tackle salah 2 orang dari dorang. Yang sorang girl tu bolayan maybe sebab dah ada bf kot. Yang girl sorang lagi ni memula aku tengok ingatkan just being friendly, and aku ingat mamat tu bukan taste dia... alih2 last2 event korang tau, mamat tu siap dapat peluk pinggang dia, dia pun lentok2 kepala n mamat tu cium2 kepala? Adoi, sedih aku tengok bebudak ni...baru je kenal a few hours dah camtu huhuhu Dah la mamat tu dok tolak2 ayu yang kecik tu semata2 nak dekat dengan pompuan tu. Ayu suruh aku berdiri kat spot ayu. Pastu dia tolak aku, aku tolak balik, aku kan besar apa ada hal! Pastu aku ketuk kepala mamat tu dengan balloon pillow yang kitorg dapat muahahaha padan muka!
 
Haaa tu la cerita nya... Lantak pi la kan dia bukan adik aku pun!!
 
Tapi tapi ni nak tunjuk retis2 yang aku suka dan jerit kuat gila baq hang bila dorang keluar heheheh
amy search yang awesome!
 
redza minhat yang hensem + sara ali yang comels
henry golding yang sangat......nvrmind

eh ramai lagi sebenarnya hehehehe tapi malas la nak amik gambar dorang bebanyak hehehe
 
anyway, the opening act sangat awesome!!!!! siap ada robot gundam and glowing skeletons in the dark!!!


 





December 2, 2012

Kenangan. Ada untukmu.

Tadi dengar lagu baru Najwa Latif feat Sleek feat sapa entah sorang lagi. Tajuk Sahabat.

Tak hafal lirik dia tapi it's bout being there for each other.he's been there when she was down, frustrated,devastated.

Terus teringat waktu FI down. Yang sangat2 down tahun lepas. Macam2 masalah menghentam bahunya. Dan aku ada disisi dia waktu tu. Sentiasa. Bagi sokongan, bagi semangat. Tapi sumpah aku tak sanggup tengok dia macam tu. Aku rasa kalau beban tu terletak di bahuku, tak mungkin aku sekuat dia. Allah jadikan FI seorang yang sangat kuat. Dan kekuatan itu adalah kekuatanku kini.

Cuma, aku tak dapat lagi tengok apa reaksi dia bila aku pula ada masalah seberat dia dulu. Alhamdulillah, hidupku stabil dari segi emosi, kewangan dan kasih sayang tatkala dia hadir dalam hidupku.

Aku berharap dia pun akan ada disisi aku sama seperti sewaktu aku ada disisinya... Always be and always will...
~NF~