December 20, 2010

While I can't sleep

Blogging sambil baring diatas katil adalah sangat pemalas okei huhu tapi dah tak boleh tido n malas nak ngadap lappy.

Okei,nak update pasal kem yang aku attended last weekdays.selama 5hari ye! Disebabkan wajibul ghunnah,aku dan kawan2 pun pergi la dalam keadaan terpaksa.kem tu held kat Kem Bina Negara,Maran,Pahang.

Macam2 perspektif yang aku dapat dari member2 yang pernah pergi dan tak pergi lagi.tapi bila aku kat sana,okei je hehe (okei sebab semua aktiviti lasak dibatalkan sebab hujan!)

Kat sana,kena pakai baju kurung putih,kain hitam n tudung masa kelas.aku ikutkan aje.kena bangun pagi,solat jemaah,kena eksesais macam2 la.

aku terasa seperti di-brain wash pasal politik negara.yela,aku bukan amik port sangat pun pasal politik.
Well kat sana dapatlah kawan2 baru.ada yang best n kureng.tapi..ha,aku nak cerita pasal sorang imam rock.mamat ni aku tak ingat nama dia tapi dia sebaya aku n dia dah ada degree from Al-azhar okei! Masa mula2 budak2 ni lantik dia jadi imam,aku terkezut gak sebab takde gaya langsung.nak tau kenapa? Sebab kemeja putih yang dia pakai masa 1st nyte ala-ala macam Awal Ashaari pakai (fit ikut body),rambut spiky lagi.muka lak ade iras2 iqram dinzly hehe. Bukan stok muka baik,skema. Tapi wa cakap sama lu beb,wa jatuh cinta masa dengar dia azan n baca ayat suci al-quran.memang sedap n menusuk kalbu.bertuah siapa dapat suami camtu.hehehe

Enuff la pasal imam tu,yang penting aku dah habiskan salah 1 syarat wajib untuk jadi pekerja gomen.cumanya berdebar nak tunggu result sama ada pass ke tak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: