October 4, 2011

i am sorry

Pelindung rahsia perempuan.shhhhh...

Semua perempuan akan datang penyakit bulanannya. Suka ke tak ke, mesti kena hadapi penyakit tu (^_^) apa lagi, datang haid la..
Macam-macam pe'el bila perempuan datang bulan kan, ada yang nak mengamuk je, ada yang nak nanges je, ada yang nak makan je.. macam-macam la..

tapi semua tu berkaitan dengan hormon. tau tak sebenarnya pemakaian pelindung rahsia a.k.a pad pun adalah mempengaruhi mood kita semasa period?

yela, cuba bayangkan kita pakai pad yang tebalnya macam pampers baby tu.selesa tak? konfirm tak kan?
nak pakai seluar ketat pun tak cun, nampak terbonjol je hehehe

ada yang suka/selesa pakai maxi,overnight,slim etc. dan pad pun ada macam-macam jenama dah sekarang, tengok je iklan kat tv macam-macam ada! kalau aku pulak, aku lebih selesa pakai Kotex sejak azali lagi. bukan tak pernah try brand lain tapi entah lah, Kotex jugak yang serasi.

Aku memang selesa pakai yang overnight, tak reti nak pakai maxi.  tapi overnight tu paham-paham jela, tebal dan panjang. memang kengkadang agak kurang selesa tapi aku rasa secure sebab dia panjang. Tapi sekarang aku dah tak payah risau lagi sebab dah ada Kotex Ultrathin Overnight (^.^) sangat selesa dan rasa macam tak pakai pad pun. Satu lagi pad Kotex yang aku suka, Kotex Style Overnight, memang selesa sangat! sebab dia menyerap ke dalam,cumanya harga dia slightly mahal.

So sesapa yang selalunya pakai overnight yang tebal-tebal tu, ce try yang baru punya Kotex Ultrathin Overnight ataupun Kotex STYLE Overnight

*aku tak disponsor oleh kotex untuk buat entri ni pun hehehe sesaja je*

October 3, 2011

Jamuan Raya BSFJ

haaaa dah lama gile tak update blog..bukan apa,jiwa tersangatlah kacau sehinggakan kalau aku blog mengadu masalah aku kat sini, konfirm aku akan nanges..

okay tak mo nanges nanges, ni aku nak bercerita pasal jamuan raya bahagian aku.

jamuan tu 27hb Sept. actually combined dengan meeting sekali. kiranya sambil menyelam minum air la ni..
memula ada la presentation dari Dato' and etc... pastu ada ceramah agama tajuknya Bagaimana Rasulullah Menyambut Aidilfitri.. after that jamuan makan...macam2 ada! biasalah juadah raya, do i have to name it one by one? takyah la kot...juadah standard hehehe..masa dok makan-makan, mulut penuh dengan satay dan rendang ayam, ada la diselit-selitkan lucky draw. majority yang dapat lucky draw adalah ibu-ibu mengandung! aku sangat jeles! tapi tapi tapi.... tiba-tiba nama aku dipanggil sebab dapat hadiah misteri iaitu hadiah orang paling ceria, sporting! OMG! lihatlah dunia hahaha...okay lepas dah buncit perut, sambung balik dengan ceramah tapi kali ni ceramah dari seorang penganalisis jenayah yang memang feymes, Kamal Affandi! he's hillarious! memang best gile, dari mula sampai habis ceramah, semua tak berhenti gelak.



okay now,let's camwhoring hehe
bersiaran dari meja pendaftaran.nampak bunga didada? (^.^)


we olls pakai sama kaler uolls

kanak2 riang ria ribena hahaha
haaa inilah muka paling ceria n sporting BSFJ! cam tak caya je hehe tang mana yang aku ceria pun taktau la (^.l^) thanx kepada yang mengundi hehehe

owh perasan tak gambar ketika makan tak ada...ini adalah kerana kami kusyuk makan sampai tak sempat amik gambar hehehe

sekian~peace out~