November 6, 2010

seharian bersama orang yang disayang..tapi dia sayang saya ke?

hari ni sehari suntuk aku bersamanya...
pagi2 pukul 7 am dia text aku..suruh aku datang jumpa dia awal pagi sebab dia tak still tak tido lagi..
tapi aku baca sms tu pukul 9 am,tu pun setelah diganggu oleh anasir jahat yang dengki saya mahu tido *yawn*
aku terus call dia bila baca sms dia..dan dia still awake huhu..dia paksa aku datang jumpa dia secepat mungkin sebab dia takut kalau dia tido,susah nak bangun huhu *dia memang tido mampos*
then aku membatalkan lah hasrat untuk sambung tido.bergegas bangun, basuh baju dan mandi.

aktiviti kami yang pertama adalah ke bangi untuk tinted munchkin kesayanganku.aku tak tahu kenapa dia beriya-iya nak teman aku tint munchkin.dah berapa minggu dia asyik remind aku untuk pergi tint munchkin.
aku bukannya reti sangat bab-bab kereta ni,so kena lah bawak pakar huhu pakar ke? :P

dia pilihkan warna tint dan aku setuju dengan warna dia. tint munchkin lebih kurang kaler tinted baby dia juga hehe..
then sejam kemudian, munchkin berwajah baru *alamak lupa amik gambar*

lepas tu, we all menuju ke tempat mengisi perut, Sup Meletup Bangi. wah, nasi!!! setelah seminggu tak sentuh nasi, aku jadi amatlah teruja. aku suka makan dengan dia,sebab dia suka suap aku hehe..mesti ada sekali dia akan suap.tapi disebabkan tadi dia makan sup perut,yang mana aku tak makan perut, dia tak jadi nak suap.
*aku pelik sebab banyak faberet dia sama dengan mamaku*

okay lepas makan, tak perlu lah nak cerita panjang lebar ke mana lagi we all pergi hehe kang jadi karangan lebih 300 patah perkataan pulak. 
main point nya,aku amat happy bila bersamanya.

lepak-lepak dengan dia sampai la pukul 9.30 pm baru gerak balik dari seri kembangan.dan sampai rumah pukul 10.15pm,mandi dan terus ke office.

tapi dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya apakah perasaan dia terhadapku?
aku tetap sabar menanti, kerana aku tak mahu memberatkan kepala otaknya dengan hal perasaanku..
aku nak jadi seorang yang dia boleh jumpa untuk meringakan kepala otaknya..
yang penting, dia sentiasa buat aku happy.

nota kaki tangan: dia ada cakap: asal buat muka comel ni? *banyak kali* dan cubit hidungku

it's okay, i'll wait as long as i can..
if one day, i stop waiting.... i hope you will regret that you didnt catch me before i fall into other man's hand... but just so you know, i've waited for a year....

Jasa Kepada Rakyat!!

disebabkan banjir yang telah semakin teruk dan di tahap merbahaya, pihak JKR telah mengambil langkah untuk berbakti kepada mangsa-mangsa banjir..

staff departmentku telah ditugaskan untuk bergilir-gilir menjaga 1 bilik puaka iaitu bilik bencana..
kalau ikutkan, kalau banjir tak teruk, kitorang just kena jaga dari pukul 8am-6pm je..tapi disebabkan banjir dah makin teruk, kena beroperasi 24 jam!

hari ni, malam ini, adalah turn aku untuk berkhidmat..

shift aku pukul 12am-8am. bersama-sama dengan Azmi dan Siti.tapi disebabkan Adda dan Luqman takut nak balik malam-malam ni, dorang pun join ktorang huhu..

apa yang kami buat:
-update laporan jalan yang ditutup
-jawab call dari orang awam berkenaan jalan mana yang boleh lalu
-berfacebook
-mengarut

*kami amatlah bz*

nota kaki: teringat masa zaman2 keje contact center dulu..

November 3, 2010

i dun give a damn!

sape yang tak marah kalau ada lelaki yang cakap dia jamban besar?!
kepada yang kurang tahu, jamban besar maknanya adalah punggung besar!

aku tak pernah kutuk kau,kau nak kutuk aku camtu kenapa?
dah taknak kawan, tak payah la kutuk aku camtu sekali.
aku tak hard-up pun nak kawan dengan jantan macam kau!

hello!! selama ni ex boyfies aku tak pernah cakap jamban aku besar tau!
kawan2 lelaki pun tak pernah cakap macam tu!
konon nak bagitau yang aku ni tak kena dengan taste kau la? aku dah bagitahu mula2 yang aku ni besar! so what?

aku tak pernah kutuk kau dekat member kau,kau tak payah la nak kutuk lebih2.ingat kau perfect sangat ke?

aku doakan kau tu dapat wife yang lagi besar jambannya dan lagi huduh dari aku!

kau ingat kau bagus sangat encik Herey? jalan macam kepit telur, muka macam apek jual kangkung banyak bunyi pulak!

p/s: maafkan lah kekasaran bahasa saya sebab saya memang sangat pissed off! walaupun benda ni dapat tahu semalam, tapi terasa nak post gak! nasib baik ada yang menenangkan hati :D