June 5, 2010

ibarat jatuh cinta pada pandangan pertama..
ibarat ternampak fahrin ahmad didepan mata..
ibarat sang arjuna melihat sang bidadari memakai kebaya merah didepannya..
ibarat terlihat channing tatum yang sexy berdiri sambil tersenyum didepanku..
ibarat terlihat teddybear yang sangat fluffy dan besar..
ibarat kanak-kanak terlihat lollipop yang colorful...
ibarat apa lagi boleh dikatakan ye..

itulah perasaanku tatkala aku melihat seseorang yang sangat sweet, nice, handsome, smart dan ahh,speechless...memakai baju melayu berdiri didepan ku..aku tak pernah tengok dia pakai baju melayu..just dalam gambar adalah..
tapi bila tengok dia pakai macam tu for the very first time,terasa dub dab dub dab :) (hopefully he didnt read this *shy*)
sampai aku teringat-ingat bawa ke tido..

channing tatum yg sgt delicious

June 3, 2010

bila otak penat..

bila otak penat, ianya menyekatku dari menghupdate ini blog huhu
otak penat,badan penat..
well actually otak bukan penat sebab kerja baru tapi penat memikirkan design handmade card yang baru huhu..

tapi bila penat ni terasa macam nak manja2 dengan someone tetapi aku tiada itu 'someone'..

aku cuma boleh bermanja dengan KG ku..wah,KG ke? hehe..dia yang boleh buat aku cair dengan hanya mengungkapkan 'iye yunk' atau tatkala dia membelai rambutku dan juga mencium ubun2 ku hehehe
angaukah aku? mungkin kot hehe tapi aku tau aku je yang berperasan begitu..
pada dia,aku cuma kawan rapat dia..

but it's okay, as long as i still can manja2 dengan you hahahaha

June 1, 2010

hari pertama

hari ni first day merangkap hari lapor diriku di KKR.
aku sampai stesen bank negara pukul 7.40am dan terpaksa menapak selama 10-15 minit untuk sampai ke KKR. mak aii boleh kurus aku dalam masa sebulan.
then aku pun menuju ke bilik meeting seperti yang diarahkan.
okay, aku sampai pukul 8 kat bilik tu.tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 10.15 baru start taklimat! aku dengan lapar tak makan secebis makanan pun,mulalah nak mengamuk huhu tapi aku still control ayu..

mereka menerangkan serba sedikit pasal KKR then bagi taklimat macam mana nak isi borang2 yang banyak itu. kemudian kami menanti dengan penuh debar..iaitu dimana kami akan diposting hehe..dan..NINA FAIRUZ BIN SAHARUDIN..aik bila pulak aku tukar jantina? sungguh kurang sopan! nasib baik boleh betulkan nama kat surat tu. dan aku dipostingkan di bangunan sebelah tu je hehe..nasib baik dapat KL gak..

kemudian aku pergi makan bersama rakan2 yang baru kukenali hehe peramah rupanya aku ni..pukul 2 aku naik ke HR untuk membetulkan namaku. then turun balik ke bangunan sebelah untuk report duty kepada Ketua Jabatan.punyalah jauhnya mencari..bila dah lapor diri ke KJ, kena turun bawah pulak jumpa puan XX. then dia just bagi kitorang (aku dan beberapa orang teman baru) beberapa borang lagi yang perlu diisi dan yang bestnya,we all still taktau under unit mana sebab bos meeting.nasib baik dia bagi balik awal.adoyai...

anyway, aku amat berterima kasih kepada rakan2 ku yang mesej ku pagi2 untuk mengucapkan selamat.. dan tak sangka KG pun berbuat begitu hehe *wink* *wink*