March 13, 2012

cuci last kopek, TERBAEKKKK!!




aku dapat tiket CUCI THE MUSICAL LAST KOPEK  seats VIP free dari tangan Hans Isaac! haaaa giler tak best!
al-kisahnya aku and wawa pergi Maju Junction sebab dapat tau pasal dorang nak bagi 300 free tickets, thanx to si tob (^.^)
masa nak dapatkan tix ni, hans tanya aku berapa tinggi awie, aku jawab 'rendah sikit dari saya" awie tak puas atim, suruh aku naik stage,ukur tinggi, sama tinggi! hahahaha awie merajuk dengan aku! hans bantai gelak!

tiket free!

mereka yang sempoi

 hari khamis yang hari show tu, aku balik dari site sangat lambat, campur dengan jem lagi! nasib baik kesayangan nak pergi teman (^.^) aku tau aku panik, aku ada marah dia,ampun hehehe
weolls lambat, show started pukul 8.45malam, weollss sampai pukul 9pm. Masuk2, yang jaga pintu tu tahan, suruh FI bukak cap, pakai blazer ahaks! segaknya kamu...tapi dia tak bagi amik gambar dia pakai macam tu huhhuhu

sinopsis sikit:
Pakej lengkap adik beradik yang mempunyai satu hasrat yang sama, untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti, mencuci menara berkembar Petronas, yang tinggi dengan saingan yang kuat dari pasukan Wira Maju. Masih dengan tema dan juga jalan cerita yang sama, cuma yang berbeza adalah lawak yang bakal mereka tampilkan yang menurut pihak produksi sendiri, hampir setiap malam, ada sahaja yang berubah dan diubah.

 CUCI sangat lah best! first half memang gelak je sampai aku sakit perut! dengan awie yang dalam hati ada hello kitty, nabil yang sengal-sengal, hans isaac yang macho dan sweet, afdlin yang sangat comel!, vanida imran yang cantik dan best, dina yang loqlaq hahahaha. best kombo korang! sampaikan dorang sendiri pun banyak kali tergelak sendiri! serius ROTFL!

mana nak dapat tengok vanidah imran bershuffle?! afdlin and the gang siap i want nobody nobody butchu! super cute okay! sangat syiok! tapi yang second half macam slow down sikit, sebab ada part berjiwang, nyanyi jiwang-jiwang...si FI dah start ngantuk hahaha

tapi keseluruhannya memang sangat OHSEM! pergi la tengok bagi yang tak tengok lagi.berbaloi baloi wei!!!

thanx to my kesayangan yang sudi temankan (^.^) sori kena marah bagai hehehe




No comments: