March 24, 2011

doakan kesihatan beliau..

masa kat kenduri yantie last sunday, abah told me yang atuq tak sedarkan diri sebab kahak dalam paru-paru dia banyak.ayahlong dah bawak pergi hospital and tunggu je resultnya..
kalau ikutkan kepenatan aku,aku malas nak balik dari rumah yantie lagi..ingat nak balik pagi isnin,tapi hati rasa tak sedap..so aku gagahkan juga balik rumah,dalam keadaan hujan yang lebat tu..

esoknya,aku bangun tido,abah cakap doc sahkan atuq kena stroke..so abah suruh semua balik..pe lagi,aku bergegas angkut adik2 aku la nak bawak balik kampung..
dan terus ke terengganu..sampai kat sana pukul 1 pagi..tu pun kalau tak boleh sampai lagi awal,abah la tak bagi bawak laju2..aku bawak 80km/j je..

hari selasa pagi,terus pergi tengok atuk..sedih sangat tengok condition dia..dia langsung tak sedar...cuma kadang2 mengerang sebab banyak kahak dalam paru2 dia...
hari rabu,kitorang dah balik KL sebab atuk still tak ada improvement..cuma tunggu ajelah berita dari ayahlong...

ya Allah,panjangkan lah umur atuk...

No comments: