October 17, 2012

Wordless Wednesday





October 2, 2012

bajet2013

selesai sudah pembentangan bajet2013 oleh PM kita Pak Ajib kan...
macam-macam respond lepas Najib announced bajet2013 tu.

yang happy nya bila Najib announced
  1.  penjawat awam dapat bonus satu setengah bulan
  2. belia 21-30 tahun yang bujang dan berpendapatan bawah RM2000 boleh dapat BR1M RM250.00
  3. belia 21-30 tahun dapat RM200 bila beli smartphone

takpelah kalau tak entitled untuk BR1M tu pun asalkan dapat bonus! yeay boleh guna untuk belanja pergi Singapore next year!!!!

tapi terpikir jugak kenapa kebanyakan benefit / peruntukan yang diberikan adalah one off payment ye... hurmmm

walaupun tatkala pekerja gomen seronok dapat bonus, still ada suara-suara sumbang dari pekerja swasta. "kenapa swasta tak dapat bonus" "bajet2013 tak bagi benefit sangat pun kepada pekerja swasta" "makin naik lemak la pekerja gomen, dok curi tulang pun boleh dapat bonus"

owh please la.. cuba bukak sikit minda tu. bukan aku ni nak memihak kepada kerajaan sangat bila dah dapat bonus ni tapi cuba fikir lebih mendalam. swasta dapat bonus 3 4 5 bulan tu, takde kecoh pun. gomen baru nak dapat bonus sebulan setengah, korang dah dengki. dah lah setengah2 pulak tu... jangan la cenggini..

lagi satu, ye memang aku akui pekerja gomen ramai yang amalkan pukul 8am breakfast, 10am minum, 12pm lunch, 3.00pm baru masuk ofis, 4.00pm minum petang,5.00pm balik. tapi alhamdulillah aku tak tergolong dalam golongan tu. in fact 1 department aku tak tergolong dalam group tu. itu adalah budaya certain department yang tak banyak kerja... macam kitorang ni tak terkejar masa nak buat kerja...

hah dah la nye membebel pasal ni, orang still akan cop government servants camtu jugak. sedih!




September 20, 2012

Latest addiction!

Addiction? Ah sudah ketagih apa pulak aku ni!!

hihihihi aku ketagih tengok drama - JANE BY DESIGN


Ceritanya pasal sorang highschool teenager nama Jane Quimby yang berlakon kekonon dia adalah adult yang nak bekerja di Donovan Decker, a hip fashion house! So si Jane ni kena la hidup di dua alam iaitu sekolah dan kerja. Lagi satu sebab dia buat macam ni sebab nak tolong abang dia yang takde kerja tetap. Takde orang tahu rahsia sebenar dia kecuali bff dia, Billy Nutter. Aku suka gila tengok Billy ni. Gaya badboy tapi baik and always be there for Jane! Sampaikan dia sanggup masuk detention class semata-mata nak tolong Jane. Well, dekat Donovan Decker, Jane ni assistant kepada Gray Chandler Murray, a world-famous fashion designer at Donovan Decker. Dan si Gray ni ada orang yang envy iaitu  India Jourdain. She always tries to sabotage Jane and steal Gray's job.

Cerita ni agak light and fun sebab tengok si Erica Dasher as Jane tu yang cute and kadang nampak clumsy. Lepas tu ada pulak Billy as her bff yang nampak macam bad boy tapi sangat baik dan sayangkan Jane as his bff eventhough gf dia si Lulu tu tak ngam dengan Jane.

Cerita ni kat Starworld, Astro. Kat rumah sewa takde astro, so paksa abah record cerita ni and aku akan tengok on weekend ^_^ dan bila aku nak tonton cerita ni, mama, ameer dan yang lain kena beralah dengan aku wakakaka seronoknya!

casts of Jane By Design
Lulu~Nick~Ben~Billy~Jane~Gray~Jeremy~India

Billy n Jane ~ comel kan *_*


suka sangat dis lil cute pink dress!!

Korang patut tonton Jane By Design ni sebab memang release tension hehehehe Lagipun aku memang minat bout fashion design dulu-dulu, sekarang dah kureng hihihi

Cerita dia setiap Selasa kat Starworld. Pukul berapa, lupa hehehe