July 5, 2015

DIY-bride-to-be

Aku memang suka ber-diy.. Kalau boleh from a to z nak diy hukhukhuk tapi apakan daya, kadangkala kemalasan melanda diri ini..

List of diy stuffs for my wedding :

1) kad kahwin for both sides
2) 1000 pcs bunga telur 
3) tasbih for groom's family
4) guestbook / guest wishes cards
5) hantaran for both sides
6) yasin cover for majlis bertandang


Banyak kan? Hahahaha tu la..
Takpe tengok yang mana sempat untuk disiapkan.. Kalau tak sempat siap, beli sajo huhuhu

Orang cakap kenapa nak susah2 diy bagai? Sekarang kan orang beli je.. Sekarang banyak murah2 dah..

Sebabnya adalah... 
1) nak jimat
2) nak give personal touch to my wedding. Handmade with love 😍
3) its my passion! Suka sangat buat benda2 kreatif ni heheheh

Nanti kalau sempat, iols buat tutorial untuk barang2 yang di-diy 😊

May 4, 2015

Guess who's back?!

Wow.last entry was 2013! Dah dekat 2 tahun tak post entry hahahaha
Busy kah? Malas kah? Semua ada hahaha 
Tapi alasan sebenar adalah malas sebab ada stalker. Tapi rasanya sekarang takde dah kot..

Well banyak benda nak share! Tapi tak tahu nak share mana satu dulu hehehe
Takpela.. Ok from now, i will blog about me being a bride-to-be ahaks! 

December 12, 2013

kawan

baru mataku terbuka melihat warna sebenar dirinya
yang selama ini ku anggap sekepala rupanya tidak
baru ku lihat sikap pentingkan diri itu
baru ku sedar sikap tamak itu

aku salahkan diriku yang lambat menilai orang
aku salahkan diriku yang mungkin bukan sahabat yang baik untuknya

kadang tertanya
kenapa aku diberi kawan seperti itu
adakah kerana aku juga pernah begitu pada yang lain?

siapa yang nak ingat keburukan diri sendiri kan?
aku sendiri lupa kiranya aku pernah begitu

mungkin aku yang tak pandai berkawan
atau mungkin aku yang biarkan kepala ku dipijak oleh kawan

aku sedaya updaya cuba menjadi kawan yang baik
bahkan aku cuba untuk menjadi sister kepada mereka
tapi.. hurmm mungkin puncanya aku